Menjadi Kawan Rapat

884 28 1
                                    

Bab 5

" Sarah,Asyraf , belikan aku ' mocha frappe' nah ni duit. Aku pergi cari tempat dulu ok." mintaku sebab beratur punya panjang..

Daripada aku buang masa tunggu yang lain , lebih baik aku buka laptop aku update blog aku... Baru je aku nak update' mocha frappe' aku dah sampai atas meja,aik cepatnya... ' Thanks Sarah.. ' ucapku di bibir tapi mata di laptop...

" Sarah??? Ni bukan Sarah lah.." eh sejak bila suara Sarah tukar jadi lelaki? Aku pun mendongak melihat tubuh si lelaki itu..." Haikal?" terbaliak mata aku bila pandang muka dia yang comel dan kulit putih tuh... " Finaz, boleh Haikal duduk?" segera aku mengangguk kepala aku dengan pertanyaan Haikal..

"Finaz,Haikal nak minta maaf dekat Finaz sebab pagi tadi tak sempat nak minta maaf bila terlanggar Finaz... " Haikal mulakan.. " Haikal rasa bersalah sesangat bila tidak minta maaf dekat Finaz tadi.. Kita jadi kawan??" Mata kami bertentangan sambil Haikal ucapkan kata-kata maaf..

"Finaz dah maafkan Haikal. Okay kita kawan.." Sambil aku menghulurkan tanganku untuk bersalaman dengannya.. Sejak saat itu geng dia dan geng aku jadi kawan yang sangat rapat..

Dalam geng Haikal cuma ada kawan baik dia iaitu Faiz dan Afiq..

" Siapa pula yang kacau aku pagi-pagi buta ni.!!! Aku nak tidur pun susah lah!!!" sambil mencapai handphone di atas meja.. Sebaik sahaja aku unlock phone ' 120 Notification ' yang tetera. Aku terus bangun dari katil dan lihat jam di atas meja,lintang pukang aku mencapai tuala mandi terus lari masuk tandas.. Dah pukul 9 pagi kelas mula jam 10 pagi. Aku kalau siap dah mengalahkan pengantin aku rasalah...

Sampai Universiti,aku kelam kabut lari terus ke kelas.Sebab kelam kabut , handphone aku tertinggal atas katil.. Ergghh!!!

Sampai depan pintu kelas, nasib baik Prof belum masuk lagi. Aku pun menganbil nafas lega sambil berjalan kearah satu tempat kosong disebelah Haikal sebab tempat yang lain dah penuh.. Lagi pun aku tahu geng aku sengaja kasi aku duduk sebelah Haikal sebab dia orang tahu aku sukakan Haikal.

Sambil aku jalan,ada pula burung pagi-pagi dah bising " Eh aku rasakan singa betina yang gemuk ni tersangkut dalam tandas sebab tuh datang kelas lambat.. hahahahah" suara gedik si Nadia membuat satu kelas terketawakan aku kecuali geng aku dan Haikal.. Aku macam nak cekik je si Nadia ni,tapi tak sempat sebab Prof dah sampai!!

*********

okay harap2 korang happy baca bab yang ini...

Bukan Paras Rupa Yang Aku CariWhere stories live. Discover now