Lagi satu masalah yang timbul

1.3K 15 0
                                    

Bab 23

" Ibu!" kataku sambil turun dari tangga mencari ibu.

" Ibu ada di ruang tamu ni"aku pun terus menuju ke ruang tamu.

" Ibu,Finaz nak keluar dengan kawan-kawan. Balik petang atau malam kot.Tapi janji tak balik selepas jam 8."sambil menghulurkan tanganku.

" Finaz,duduk sini kejap.Ibu ada perkara nak bincangkan.Auntie Melissa,mama Faisal datang nak cakap sikit dengan Finaz." aku hampur tidak perasan ada tetamu yang hadir.Aku terus menyalam tangannya dan senyum.Walaupun anaknya sudah kurang ajar dengan aku.Aku tetap harus hormat orang tua.

"Finaz,auntie minta maaf atas kejadiaan yang berlaku atas Finaz disebabkan Faisal."suara kesal auntie Melissa sungguh perlahan.

" Auntie, bukan salah auntie pun.Finaz dah maafkan dah pun.Finaz cuma minta Faisal jangan ganngu Finaz lagi" balasku membuat mata kami bertemu.

"Terima kasih Finaz." aku tersenyum dan ingin meminta diri tetapi ayat yang diucapkan seterusnya membuat aku terkedu.

"Finaz kahwin dengan Faisal,hujung bulan depan?"

Ya Allah,hatiku bagaikan dihempas ke batu,hancur berkecai.Api membara dihati membuat aku pandang tajam ke mata mama Faisal.Lalu aku lihat muka ibu,yang sudah tahu sebab kehadiran Auntie Melissa.Muka ibu turut kecewa,dan tidak tahu nak jawab apa.Aku tidak menyalahkan ibu.

" Auntie, Finaz tidak boleh"

"Finaz,auntie dah fikir masak-masak.Faisal cuba mencabul atas Finaz.Dia dah sentuh Finaz,lebih baik berkahwin terus."

"Maaf auntie. I can't accept this. Finaz tidak sayang ataupun cintakan dia."

"Tapi ini satu-satunya untuk auntie nak tebuskan kesalahan Faisal.Biarlah dia jadi halal bagi Finaz.Lepas ini maruah Finaz akan terjaga." kata-kata itu membuat hatiku berasa lagi geram.

" AUNTIE! Finaz tidak mahu bersikap kurang ajar dengan auntie .Keputusan Finaz muktamat,Finaz tidak akan menikahi Faisal dan tolong hormat keputusan Finaz." kataku dan terus keluar dari rumah dengan mengalirkan airmataku.

Aku menghidupkan enjin kereta dan pandu untuk bertemu kawan-kawanku. Tetapi sambil aku pandu,aku berhenti ketepi seketika dan kata-kata Auntie Melisa berputar kembali di ingatan.Sedang aku mengelamun telefon bimbitku berbunyi,ada pesanan ringkas dari Farah.

'Kau kat mana? Kita dekat restoran Swensen.Kita semua tengah tunggu kau.Kita dah lapar,cepat sikit eh. Hehe'

'Sorry , aku lambay sikit.Tapi aku dah on the way .Lagi 10 minit sampai.'

Aku terus menurunkan handbrake dan pandu,baru kusedar airmataku sudah kering dipipiku.

Aku mangambil tempat diantara Farah dan Meira berhadapan dengan Haikal.Aku cuba memberi senyum yang gembira tetapi tetap saja Farah dapat menangkap sesuatu.

"Oi,kau ok ke tak ni? Asal mata kau merah? Baru lepas nangis ke?"kata Farah

"Sayang,kenapa nangis? Ada masalah dekat rumah ke? Ceritalah,kami semua sedia mendengar."lalu mataku bertemu Haikal,dia memberi ku semangat dengan senyuman manisnya.

"Finaz cakap lah.Jangan diam macam patung cendana boleh?"marah Asyraf.Aku masih berdiam.Aku tidak tshu bagaimana harus mulakan.

"Finaz?" sambung Meira sambil memegang erat telapak tenganku. " Cuba kau bilang kita apa masalah kau.Kalau kau diam macam mana nak selesai masa-"

"Faisal" akhirnya keluar juga nama itu.

"Kenapa dengan dia.Ya allah kenapa asyik-asyik nama dia.Dia dah buat apa kali ini? Tak boleh ke dia hidup tak kacau orang lain" kata Faiz.

" Bukan macam tu. Faisal tak buat apa-apa."

"Lepas tuh apa?Cakap Finaz" suara marah Haikal membuat aku rasa lagi takut untuk berterus terang.Tetapi aku tahu yang mereka harus tahu tentang ini.Aku tahu mereka akan berada disisiku.

"Mama Faisal datang suruh aku kahwin dengan Faisal."

"WHAT!!!" serentak semua di meja makan itu bersuara,tetapi suara Haikal lagi kuat kedengaran.

"Kau setuju ke?" tanya Afiq

"Tak Afiq. Aku tidak boleh terima.Aku sayangkan Haikal." aku menarik nafas panjang dan hembuskannya dengan perlahan,meneruskan cerita." Mama Faisal cakap yang aku mesti kahwin dengan Faisal sebab dia dah sentuh aku dan cuba nak cabul kehormatan aku.Untuk tutup maruah aku,aku harus kahwin dengan Faisal" semua mata menghadap kearahku dan tidak tahu untuk berkata apa lagi.

Haikal pandangku tajam.Ya Allah,Haikal tolonglah jangan marah saya.Saya tak setuju.

"Kalau macam tuh,biar I yang berkahwin dengan U.Jadi biar I yang jaga maruah U lepas ni." aku memandang Haikal bersamaan dengan mata-mata yang lain terkejut dengan ayat yang disebut Haikal.Sungguh tidak percaya.

Selepas itu,aku tidak tahu ingin menjawab apa.Aku terus pulang meninggalkan mereka di restoran.Haikal mengajariku dan ingin bincang tentang perkara tadi. Tetapi aku tidak boleh membuka mulutku didepan dia.

Tiba dirumah aku terus naik bilik yang melihat telefon bimbitku,terdapat 4 pesanan ringkas dari Haikal.

'Awak,saya minta maaf atas ayat saya itu. Saya sendiri tidak dapat mengawal perasaan itu. Awak ok?'

'Kenapa tidak balas?Masih marahkan saya ke. Percaya lah saya ingin buat ini sebab saya sayangkan awak'

' TOLONGLAH balas.Jangan buat saya risau.'

'Kalau awak tidsk setuju kita boleh bincang perkara ini berdua di hari lain. Tapi tolong balas saya. I Love You!' ' 

Aku menitiskan airmata bila melihat pesanan ringkas dari Haikal.Pintu bilikku dibuka oleh Kak Sofea.

" Assalamualaikum Finaz,boleh akak masuk?"

"Wa'alaikumsalam.Masuklah." sambil aku mengelap airmataku.

" Finaz,akak dah tahu semuanya dari ibu. Finaz sabar ya.Akak tahu Finaz bengang dengan auntie Melissa.Jangan dengar kata-kata dia." Malam itu kita bincang kan tentang masalah ini.Aku pun telah memberitahu Kak Sofea tentang Haikal,dia sokong dengan keputusan Haikal tapi kita harus ijab qabul kan Along dan Kak Diana dulu.

Malam itu aku balas pesanan ringkas kepada Haikal.Dia pun faham dengan keadaan yang rumit.Dia memberi aku masa untuk berfikir dan dia tetap melindungi aku.

******

thanks for reading jgn lupa vote and comment...

Bukan Paras Rupa Yang Aku CariWhere stories live. Discover now