Kenapa dengan Haikal?

696 22 0
                                    

Bab 9

PADA PANDANGAN SYAFINAZ

Aku tiba di dalam kelas sedikit awal kerana terlalu gembira hati ini tapi tetap kawan-kawanku yang lain sudah sampai dulu dari aku. Macam biasa aku duduk disebelah Haikal tapi,dia diam semacam membuat aku bingung. Bila aku tegur,dia hanya memberi satu senyuman tapi senyuman itu seolah-olah tidak ikhlas dan palsu. Aku pun berdiamkan diri dan tumpukan perhatian pada Prof hingga kelas tamat.

"Faiz,kenapa dengan Haikal hari ini? Dia ada masalah ke?" tanyaku sambil jalan bersebelahan dengan Faiz.

"Huh? Entah lah. Kenapa kau tanya aku. Kau kan rapat dengan dia selalu keluar dengan dia. Tak kan dia tak cakap apa-apa dekat kau? Hmm dahlah jangan risau, dia oklah tuh."

Aku hanya senyum kepada Faiz. Kenapa dengan Haikal eh? Kalau tidak ada masalah kenapa hari ini diam je,aku tanya pun dia boleh buat tak tahu je.Takkan dia marah pasal hari Jumaat lepas aku tinggalkan dia? Tapi aku dah minta maaf kan?

Petang itu sedang aku duduk dengan geng aku sementara menunggu geng Haikal,Sarah dan Meira pun mengumumkan kepada kami yang sebenarnya mereka sudah ada kekasih iaitu Sarah dengan Faiz dan Meira dengan Afiq. Kami rasa gembira dengan berita itu. Panjang umur Faiz dan Afiq,mereka pun tiba selepas pengemuman itu dibuat. Tiba-tiba Asyraf bangun dari tempat duduknya dan tenung kearah mereka.Muka kami semua terperanjat. Dah apa hal dengan Asyraf ni?

"Faiz,Afiq, kau orang jaga sahabat aku baik-baik. Jangan sakitkan hati dia orang. Kalau aku dengar yang kau orang buat hal dekat sahabat-sahabat aku ini. Aku pastikan yang kau berdua tidak akan hidup aman! Faham?" mereka hanya mengangguk kan kepala kerana terperanjat dengan kata-kata Asyraf. Kami pun gelak sebentar disebabkan tindakkan Asyraf seperti itu.Haikal pun ikut ketawa bersama kami seperti biasa. Dia pun sudah mula bercakap dengan aku. Bergurau sana-sini,ketawa sama-sama. Tapi dia masih tidak bilang aku kenapa dia sikap seperti tadi. Aku pun tidak mahu bertanya lagi sekali.

Sudah hampir 2 bulan,dan projek kita pun hampir siap  Alhamdulillah,tapi masih ada yang perlu touch up .

"Hai love birds sorry lambat. So apa lagi yang kita perlu touch up ? " tanyaku

"Eh Finaz, mana Haikal? Tak nampak batang hidung dia pun? " pertanyaan Faiz membuat aku terkelu lidah untuk menjawab.

" Errmm.. dia ada hal uh Faiz. Dah jom kita sambu-" ayat aku dipotong Faiz

" Dia tu dah apa hal?! Sekejap datang sekejap tidak datanh. Tak lain tak bukan ni mesti keluar dengan Nadia. Geram betul aku dengan dia. Kita macam orang gila dekat sini,dia senang je nak dapat markah! Eh Finaz,kau ketua kumpulan kita dan aku tahu sangat yang kau sayang dan cintakan Haikal tapi aku mesti tegur dia! Jangan kata projek kita nak lepak macam dulu pun dah tak best, sebab apa? Sebab Haikal selalu tak ada!!" Dengan marahnya Faiz berkata

" Sabarlah Faiz, biasalah dengan Haikal tu.Tidak apa lah,aku tak kisah. Dah lupakan pasal Haikal tuh.Kita sambung eh nanti pandai-pandailah aku tegur dia" suara ku sungguh tenang.

*********

Hai guys.. sorry sangat2 sebab lambat update sebab busy lah. For the next 3 to 4 day saya busy so akan update lambat sikit. Jangan lupa

Vote,Comment ok!!

Bukan Paras Rupa Yang Aku CariWhere stories live. Discover now