Pergaduhan antara Haikal dan Faiz

817 30 0
                                    

Bab 7

"Saya nak minta tolong guru besar untuk tukarkan kelas adik saya Shahrizal ke dalam kelas Suraya. Ini atas permintaan ayah saya, Tan Sri Azhar." tanpa membuang masa guru besar pun menguruskan pertukaran  kelas untuk Shahrizal. Aku dapat melihat ukiran senyuman di bibir Suraya yang ikhlas dan ceria.

"Finaz kenapa awak lambat? Bukankah kelas saya bermula jam 9 pagi sekarang sudah jam 9.45 pagi." aku hanya mampu tersenyum dan tersengeh kepada pertanyaan Prof Nizam,dan terus berjalan menuju ke tempat dudukku disebelah Haikal.Aku dapat rasakan semua mata ada kearah aku sambil aku berjalan. Sebaik sahaja aku duduk sebelah Haikal,Asyraf pun menanyakan soalan yang sama," Asy, nanti aku ceritakan kat korang ok. Now kita focus on the lesson ok."

Masa berlalu dengan cepat,kelas pun sudah tamat. Untuk tunggu kelas seterusnya kita ader masa lagi 3 jam.

" Korang jom kita makan petang kat mall? Kita ada 3 jam kot to wait for the next class? " Kata Sarah sambil membuat muka comel dia.

"Eh cadangan yang bernas Sarah,aku tak tahu pulak yang kau sepandai ini! Haha." gurau Faiz kepada Sarah sambil setuju dengan cadanganya.

" Ok kalau semua dah setuju,then can we proceed now? Kita naik kereta aku ok. " kata aku

Tanpa berlengahkan masa semua pun berjalan menuju ke kereta aku yang boleh muat 8 orang. Tiba saja di kereta aku, sebaik sahaja Haikal ingin melangkah masuk, suara Nadia kedengaran memanggil nama Haikal. Haikal mengeluh dan menuju kearah Nadia dan mereka berbual sebentar. Aku dan yang lain hanya mampu menonton drama sinetron sekali lagi, dan mata aku dan Nadia bertentangan dan dia berikan aku satu jelingan yang maut. Aku pun malas untuk layan Nadia, " Eh korang jom lah kita masuk mereta dulu, biarkan dorang tuh nak dating sekejap. Nanti si Haikal tuh datang lah sini balik." Kataku sambil melangkah masuk.

Hampir 10 minit kita tunggu akhirnya, aku lihat Haikal menuju kembali kearah kereta aku dengan muka yang ketat. Bila dia masuk, aku pun lepaskan brake kereta dan jalan. Dalam perjalanan Faiz pun menyoal Haikal, " Eh bro, si Nadia tu nak apa? Mana saja kita nak pergi,mesti batang hidung dia ada lah.Tak tenteram betul lah." Aku senyum dan mengeluarkan sedikit ketawa yang sungguh perlahan.

"Sebenarnya dia nak ajak aku makan petang dengan dia sekarang,TAPI.. tapi aku tolak,lepas tuh aku suruh lah dia pergi makan dengan kawan-kawan dia yang lain, dia jawab dia tidak akan belah selagi aku tidak setuju dengan ajakkan dia,lepas itu dia cakap kalau tidak dapat hari ini,esok. Aku dah gelabah,apa lagi aku bedal lah cakap esok aku join dia lepas kelas yang terahkir." Keterangan yang cukup panjang dari Haikal.

" Oi kau gila ke? Esok kan kita ada project  nak buat, kau lupa ke?!! Otak kau letak kat mana bro??" Marah Faiz dengan suara yang cukup tegas terhadap Haikal. Terus terang aku tak pernah lihat Faiz semarah ini. Yang lain yang duduk dekat belakang semua terdiam dengan sikap Faiz.

" Bukan aku dah cakap yang aku terlepas cakap, sekarang kau nak aku buat apa? Dah terlepas cakap kan? " tengking Haikal kepada Faiz.

" Eh korang boleh senyap tak!! Cuba sabar sikit. Benda ni boleh buat bincang lah,tak payah nak bergaduh! Macam budak-budak. Bingit kau tahu tak!" aku masuk campur seketika,dan semua senyap.

Tiba sahaja di mall,aku memanggil Faiz dan Haikal,dan suruh yang lain cari tempat untuk makan.

Aku mulakan, " Ok look, korang tak boleh macam ini tau.Korang kawan baik aku , aku tak suka bergaduh lah.Faiz, bukan salah Haikal. Disebabkan dia terdesak,dia pun terlepas cakap dan kita dah tak boleh nak buat apa,so kita biarkan Haikal pergi makan dengan Nadia. Lagi pun kan ada aku,kau dan Sarah. And you Haikal, you should think before you make a decision or come to us and asked about it. Sekarang dua-dua salah.So apa tunggu lagi dua-dua minta maaf cepat." Kata aku dengan tenang untuk menyelesaikan masalah,lagi pun mereka dah kawan lama,jadi takkan lah masalah kecil macam ini mereka putus? Tidak mungkin! Tanpa buang masa mereka pun bersalaman tanda minta maaf. Aku pun ikut tersenyum.

Esoknya,lepas kelas aku dengan yang lain lepak dekat kafeteria untuk buat project. Dan aku pun terlihat Haikal dengan Nadia yang sedang memeluk tangan Haikal. Saja nak kasi tahu satu Uni lah tu yang Haikal tu dia punya.Sekarang ini kat U nama Haikal dan Nadia dah top maklumlah anak Dato' katakan. Eh aku cemburu ke? Asal aku nak cemburu,aku cuma kawan rapat dengan Haikal he kot. Jangan nak berangan lebih lah Finaz. Walau macam mana pun kau suka dekat Haikal tidak mungkin dia suka kan kau!

**********

Harap korang like bab yang ini..

thank you for reading..

vote please

thank you.

Bukan Paras Rupa Yang Aku CariWhere stories live. Discover now