Lamaran Haikal

914 20 0
                                    

Bab 25

Sudah hampir setahun aku berada di tempat orang.Setiap hari aku tidak gagal untuk manghantarkan e-mel kepada Suraya. Untuk setahun ini aku tidak dapat untuk pulang dan menjenguk keluargaku disebabkan terlalu banyak assignment yang harus disiapkan.Aku gembira bila dapat e-mel seterusnya dari Suraya yang mengatakan bahawa cahaya mata Kak Diana,Mohammad Raykal telah masuk 4 bulan.Kak Sofea pun telah mengandung 6 bulan.

Aku harap sangat yang aku ada disisi Raykal.Aku rasa teruja untuk melihat wajah anak saudara sendiri di depan mata. Kalau lihat dalam gambar tidak cukup. Aku tidak sabar untuk pulang ke Kuala Lumpur lagi 3 hari,bila waktu cuti untuk masuk tahun kedua dalam bidang kami untuk selama 3 bulan.Aku harap waktu kak Sofea ingin bersalin,aku berada disisinya.

Sudah 2 hari aku perhatikan Haikal yang dia bersikap lain bila berdepan dengan ku.Seperti malu ingin bercakap dan seperti ingin melarikan diri dari aku.Tapi aku tidak mahu bertanya,mungkin ada sebab dia bersikap sebegitu.

Esoknya Meira,Sarah dan Farah suruh aku pergi bersiap awal-awal pagi sedangkan hari ini hari Sabtu tidak ada kelas.Tidak banyak tanya,aku terus bersiap.Mereka semua sudah tunggu aku di ruang tamu.

"Eh kau orang ni nak pergi mana pagi-pagi buat ni? Tak boleh ke duduk dekat rumah? Kita tunggu tengahari ke."

" Tak boleh tunggu dah ni. Kita dah kena pergi cepat.Mari sini kunci kereta kau,biar aku bawa." kata Meira sambil mengambil kunci dari tangan aku.Farah pula menarik tangan aku,aku pun ikutkan kehendak mereka.Ishk dia orang pun dah kena sampuk ke pagi-pagi ni. Hairan betullah aku ni.

'' Eh kau orang semua ni ada masalah ke? Yang dah macam badut,kelam kabut semacam ni kenapa?" kataku sambil Meira pandu kereta.

"Memang ada masalah pun. Kita kena cepat,yang lelaki dah ada ditempat masalah tuh." dalam kepala aku cuma ada Haikal,sebab aku tahu beberapa hari ini Haikal bersikap lain terhadap aku. Aku sudah berasa takut.

Tiba di suatu tempat yang aku tidak pernah pergi selana satu tahun aku berada di London. Tanah lapang yang penuh dengan rumput hijau yang segar,udaranya sungguh segar dipagi hari. Memang tidak menyesal berada ditempat ini.Nyaman sugguh udaranya.Kenapa aku tidak jumpa tempat ini selama satu tahun ni.Kelakar lah aku ini.

Sedang aku nikmati udara sambil menutup mataku dan memeluk diriku sendiri,tiba-tiba tangan aku dipegang dan diambil.Aku terus membuka mata dan terlihat Haikal berada didepan mata,dan kawan-kawan yang lain aku tidak nampak. Aku terus menarik balik tanganku dan berdiri tegak depan Haikal.

" Ha..haikal,kenapa dengan awak ni? Awak ada masalah ke? Cuba bilang saya." gagap pula mulut aku seketuka.Rasa gementar tiba-tiba terasa.

" Memang saya ada masalah. Dan susah untuk saya ungkapkan"

"Apa masalah awak. Awak jangan takut kan saya boleh.Cuba bagi tahu saya."

"Maaf kalau saya takut kan awak,tapi...."

"Tapi apa?? Cakap Haikal"

"Sudi ke tidak awak jadi makmum dan halal bagi saya" sebentuk cincin dikeluarkan dari kotak yang berada di tangannya.Aku tidak dapat tahan airmataku,terus jatuh membasahi pipiku.

Aku merenung kedalam matanya,memang benar-benar ikhlas dan jujur dia ungkapkan kata-kata itu.

"Saya sudi untuk menjadi makmum dan halal bagi awak" tiba-tiba sorakkan dari belakang membuat aku lebih tersentuh dihati.Rupa-rupanya mereka sudah rancang dan berpakat tentang ini.Aku mengambil cincin dari tangan Haikal dan sarong kan sendiri.Akhirnya hari yang aku tunggu-tunggu kan telah tiba.Kali ini memang betul-betul dia membuat keputusan dengan waras,bukan seperti dulu mungkin disebabkan desakkan dan masalah auntie Melissa yang membuat Haikal terus terdesak.Tapi kali ini tidak,dia ungkapkan dengan jujur sekali.

Aku tidak sabar untuk memberitahu berita gembira ini kepada keluarga tercinta.

********

ok saya harap korang enjoy this part.. thanks for reading. janagn lupa vote and comment.

Bukan Paras Rupa Yang Aku CariWhere stories live. Discover now