Kejadian di hospital

614 17 0
                                    

Bab 16

PADA PANDANGAN FINAZ

"Finaz,ibu,ayah dan adik-adik harus balik kampung ada hal sedikit. Along,kakak dan abang Shazwan kamu kerja,tapu mereka akan datang petang nanti. Ibu sudah telefon Meira untuk datang dan temankan kamu sehingga along datang. Lagi pun hari ini hari Sabtu,Meira dan kawan-kawan kamu tidak ada kelas,sebab tu ibu minta tolong dia. Anak ibu jaga diri baik-baik ya." Kata ibu dan mencium dahi aku,diikuti ayah,dan adik-adik aku hanya salam dan mencium tanganku dan berlalu keluar.

Aku pun mencapai handphone aku di tepi katil dan menghantar pesanan ringkas kepada Meira.

' Morning Meira,datang cepat sikit boleh? Aku bosan bersendirian ni.'

'Morning babe. Sabarlah kita tengah on the way. Tengah tunggu Haikal. Ibu kau dah pergi ke?'

' Dah pergi,baru je. Ishk Haikal ni lembab betullah,macam perempuan.'

' Tengok lah kekasih hati siapa? Kau punya lah. Kau dah sarapan? Sebab aku ada bawa nasi goreng,mama masak untuk kita makan sama-sama.'

' Oh ye ke? Kebetulan aku belum sarapan.Hehe cepat lah aku dah lapar ni'

' Ye aku faham,lagi 15 minit kita sampai. Kau dah mandi ke belum ni?'

Sedang aku ingin membalas Meira,pintu bilikku deketuk. Handphone aku terjatuh dari genggaman ku bila lihat susuk tubuh seorang lelaki berdiri tegak di bingkai pintu itu.

" Faisal,macam mana kau bo-"  dengan tenang Faisal memotong ayat-ayatku.

" Shh shh. Dah lama aku tak nampak kau. Akhirnya aku dapat juga jejak dan jumpa kau. Aku dapat kesan kau dari kereta kawan baik kau Meira yang selalu datang sini dan jumpa kau,sebab aku dah periksa siapa yang berada di bilik ini. Dan aku cuma cari masa yang sesuai untuk jumpa kau. Haha. Jangan takut,aku datang nak melawat sayang aku itu saja. I Miss You Finaz."

" Faisal jangan dekat dengan aku! Pergi dari sini! Jangan ganggu aku! Tolong lah kita tidak boleh bersama. Tolong faham!" aku pekik dalam ketakutan.

" Aku cakap diam!" lalu satu tangan nya telah genggam kedua-dua pergelangan tanganku dan lagi satu tangannya telah menutup mulutku dengan erat.

" Aku sayang kau,susah sangat kek au nak terima aku! Ada apa dekat jantan tu yang aku tak ada sampai kau tolak lamaran aku! Susah untuk aku lepaskan kau! Walaupun kau gemuk,tapi wajah kau telah memikat hati aku. Kau patut berterima kasih dekat aku,sebab aku sanggup terima kau dengan saiz kau macam ini. Tapi ni balasan kau untuk aku! Aku SAYANGKAN kau lah!" kata yang diucapkan Faisal ditelingan aku telah membuat aku nangis dalam ketakutan dan fikir apa yang akan berlaku selepas ini. Aku hanya berdoa kepada Allah dan tawakal dalam hati.

****

vote n comment apa yang korang rasa akan berlaku selepas ini.. thanks for reading...

Bukan Paras Rupa Yang Aku CariWhere stories live. Discover now