Part 28 [Berkenalan Dengan G.G.D!]

210 11 2
                                    


Fasha, Fazura dan Diana ternyata tidak dapat menyembunyikan keterujaan sebaik sahaja terlihat susuk tubuh manusia yang cukup dikenali.

"Gwaenchaseumnikka? Eotteon busang-aeyo?" Mata Fasha sudah tidak berkelip. Mulut Diana juga sudah ternganga luas. Fazura pula apatah lagi? Lidahnya bagaikan terkunci dan jantung berdegup laju memandang G.G.D yang berjarak hanya satu inci!

"I... I... I... Anaeyoung haseyo kamsahamnida gwiyomi oppa saranghae!!" Oleh kerana terlalu gementar dan tidak tahu hendak menjawab apa, Fazura hanya memuntahkan segala perkataan Korea yang diketahuinya. G.G.D pula hanya berkerut dahi mendengar jawapan caca merba Fazura sebelum meledak ketawa.

"Hahahahaha! I'm sorry. You're not Korean? I thought out dancers are all Koreans. Are you alright? Do you get any injuries from falling down just now?" Wajah G.G.D kini mengukir senyuman maha manis lagikan berkrim. Oh, cair sungguh Fazura dibuatnya! Memang inilah impian semua peminat artis Kpop!!

"I'm... I'm alright. No serious injury. I sprained my left ankle, but it's fine now." Tergagap-gagap Fazura menjawab sambil cuba mengawal keayuan. Terkepit-kepit suaranya cuba dimanjakan bagaikan itik serati. Harap-harapnya G.G.D akan terpikat!

"You should be more careful next time. So you're not Korean? What's your name?" OMG!! G.G.D bertanyakan nama dirinya!! Fazura sekali lagu cuba mengawal keterujaan yang melanda. Kalau ikut hati, mahu sahaja dia melompat bintang seratus kali kerana terlajak gembira. Tetapi, dia mesti menjadi sejelita dan sesantun puteri gunung ledang supaya artis Korea itu jatuh cinta memandang dirinya.

Namun, belum sempat Fazura menjawab pertanyaan G.G.D dan memberitahu namanya, tiba-tiba ada kekecohan berlaku di luar bilik kecemasan. Beberapa orang pengawal keselamatan tiba-tiba masuk dan berbisik-bisik di telinga G.G.D. Wajah G.G.D serta merta berubah sambil sekali-sekala memandang ke arah The Wannababes dengan dahi berkerut-kerut.

Waktu itu, Fazura, Fasha dan Diana sudah tidak senang duduk. Adakah berita mereka menceroboh belakang pentas sudah tersebar? Adakah identiti sebenar mereka sudah terbongkar? Masing-masing terketap-ketap bibir penuh kerunsingan. Habislah! Bagaimana mahu larikan diri?

"I'm sorry. I need to go. I just got to know that some fanatic fans broke into our changing room and messed up our belongings." Pahit sahaja air liur yang ditelan oleh mereka bertiga saat mendengar perkara tersebut. Kalaulah G.G.D tahu bahawa mereka bertiga juga telah menceroboh belakang pentas, tentu sudah dihumban ke dalam van polis.

G.G.D hanya melambai sekali sebelum berlalu pergi sambil menghadiahkan senyuman berlesung pipit sedalam 2 inci itu ke arah The Wannababes. Maka bergula-gulalah hati Fasha, Fazura dan Diana membalas senyuman tersebut.

"Amboi, Faz! Bukan main lagi awak merenyam dengan G.G.D ya! Ulat bulu naik daun sungguh!" Diana mencuit lembut lengan Fazura sambil terkekek-kekek.

"Yalah! Langsung tidak peduli kami berdua yang sedang berdiri di sebelah awak ini. Nampak G.G.D, kawan sendiri awak lupa ya?" Fasha juga sudah menepuk-nepuk bahu Fazura tanda tidak puas hati. Sampai hati G.G.D langsung tidak menegur dirinya yang paling anggun menawan antara mereka bertiga itu.

"Girls, maaflah! Saya sendiri terkejut sangat! Tiba-tiba sahaja dia masuk dan cakap bahasa Korea. Saya hendak buat apa lagi? Layan sahajalah. Hehehe.."

"You're so lucky, Faz! Nanti tentu dia ingat awak sampai bila-bila."

"Alah, hendak ingat bagaimana? Nama saya pun tidak sempat hendak beritahu tadi. Ini semua gara-gara peminat sasaeng yang buat kacau!" Fazura mendengus geram. Marah pula rasa hati saat teringat detik perkenalan yang tergendala sebentar tadi.

"Speaking of sasaeng fan.... Bukankah itu perempuan asing yang kurang ajar tadi? Jangan-jangan dia yang buat kacau!" Diana terus menunjuk ke arah kelibat perempuan asing yang sedang terhendap-hendap di luar bilik kecemasan.

"Dia lagi?! Huh, memang tidak boleh dimaafkan!" Fasha sudah menyinsing lengan baju tanda terlalu geram.

"Girls, kita tidak boleh duduk diam sahaja! Perempuan itu mengganggu ketenteraman oppa-oppa kita! We must do something!" Diana juga sudah mengepal penumbuknya yang bersaiz telur burung puyuh itu.

"I have an idea...." Fazura tersenyum sumbing sambil akal jahatnya lincah berhubung merencana idea nakal. Fasha dan Diana mendekatkan telinga bagi mendengar cadangan Fazura. Beberapa saat kemudian, wajah Fasha dan Diana juga sudah berubah nakal dan penuh muslihat.

[ Cⓥ ] The Wannababes Dan Misteri Perculikan Bintang Kpop™ | CC StoryWhere stories live. Discover now