Part 36 [Bahan Bukti]

156 14 1
                                    


"Diana, awak biar betul? Dari mana pula awak tahu siapa penculiknya?" Fazura memandang aneh ke arah Diana.

"Sebab saya berada di tempat kejadian dan menjadi saksi utamalah." Diana selamba menjawab sambil tersengih-sengih penuh misteri.

"Hello, Miss Diana! Kami berdua juga ada di sana bersama dengan awaklah! Kami juga saksi kejadian tersebut. Awak sudah hilang ingatankah?" Fazura membalas dengan nada penuh geram.

"Ya, memang benar wahai Cik Fazura. Tetapi, awak hanya menjadi saksi kosong sahaja. Bukan seperti saya yang cekap dalam setiap situasi. Awak ada bukti? Ada? Ada?" Diana kini menghadiahkan jelingan sepet sebelah kepada Fazura sambil jari-jemarinya sengaja diliuk-lentukkan penuh gedik.

"Awak ada buktikah? Awak ada gambar penjenayah? Awak ada rakaman penculikan? Jangan tahu cakap sahaja!" Fazura menggerutu geram. Huh, main-main pula Diana ini!

"In fact... Yes, I have the video of the incident! Saya sempat keluarkan iPhone saya dan merakam kejadian penculikan itu. Semuanya ada di dalam ini!" Diana kini mengeluarkan telefon pintar yang canggih itu dengan wajah bangga. Kesemua The Wannababes memandang teruja ke arah iPhone berwarna emas itu.

"Wah, hebatnya awak Di! Jadi awak tahu siapa penculiknya?"

"Bagaimana rupa penjenayahnya? Mesti buruk macam belakang kuali!"

"Kita mesti segera serahkan bukti kepada pihak polis! Biar mereka tangkap penculik G.G.D!"

"Girls.... Calm down! Saya sendiri belum sempat menonton video ini. Semalam penat sangat sampai rumah terus tertidur. Let's watch together!" Diana terus meletakkan iPhone miliknya di tengah-tengah meja. Serentak dengan itu, kesemua The Wannababes terus berkeruman ke tengah meja bagi melihat video rakaman penculikan artis Kpop itu.

Apabila rakaman video dimainkan, pelbagai reaksi terlopong, menganga dan gigit kuku dapat disaksikan di meja The Wannababes.

"Itukah G.G.D? Wah! Dalam pada kena culik, masih nampak kacak juga ya?" Nana sempat lagi menyerlahkan aura gedik semula jadi tatkala imej G.G.D yang sedang berdiri seorang diri terpapar di awal video.

"Syyhh! Diamlah, Nana! Orang mahu fokus lihat wajah penculik, awak sibukkan wajah kacak G.G.D pula!" Shasha mencuit lembut lengan Nana yang sedang terkekek-kekek diserang sindrom 'fangirl'. Terbantut terus sengihan Nana lantas diam menikus.

"Memang benar! Van putih itu yang menarik G.G.D masuk secara paksa!" Fasha yang masih jelas mengingati imej van semalam terbeliak saat van misteri itu muncul di skrin.

Masing-masing berdebar-debar mahu membongkar wajah penculik artis Kpop itu. Sedang mereka khusyuk merenung skrin, tiba-tiba kesemua The Wannababes menjerit serentak.

"EH?!"

[ Cⓥ ] The Wannababes Dan Misteri Perculikan Bintang Kpop™ | CC StoryWhere stories live. Discover now