Part 58 [Ujibakat Kpop Part 2]

150 9 0
                                    


"Kita menarilah! Masih ingat lagi gerak tari lagu kumpulan Bang Bang yang kita berlatih tempoh hari?" Diana memetik jari mengingatkan Fasha dan Fazura mengenai rutin tarian yang diajar sebelum konsert Bang Bang dahulu.

"Do we really have to do this?" Fazura sudah memonyok bagaikan cempedak basi.

"We have to! Marilah cepat. Nanti tidak sempat pula." Fasha mengangguk setuju dengan cadangan Sazzy lalu segera menarik tangan Fazura dan Sazzy.

"Eh? Lelaki tadi sudah tiada!" Sempat lagi Fazura mencuri pandang ke arah lelaki asing yang memberikan mereka arahan sebentar tadi.

"Jangan pedulilah, Faz. Saya yakin lelaki itu ejen Syed Mazlan juga. Selepas buat kerja, tentulah menghilang." Langkah kaki mereka bertega kini laju diatur ke kawasan pentas di tengah pusat membeli-belah. Sampai sahaja di sana, kelihatan begitu ramai orang sudah berkerumun dan berpusu-pusu.

"Ramainya.... semua ini berangan mahu jadi bintang Kpop kah?" Fasha terkejut melihat sambutan luar biasa rakyat Malaysia yang ingin mencuba nasib.

"Alah, mereka semua ini berangan sahaja lebih! Hendak jadi bintang Kpoo, syarat utama mestilah kelihatan kurus dan cantik! Cuba awak lihat si gemuk bergigi besi di sana itu... sah-sah gagal di peringkat awal!" Fazura memulakan sesi kutuk-mengutuk pihak lawan bagi meningkatkan keyakinan diri sendiri. Memang begitulah tabiat lazim The Wannababes.

"Hish...saya gementarlah! Bagaimana kalau kita tidak berjaya lepas ujibakat ini?" Diana tiba-tiba berasa gusar melihat betapa ramainya manusia yang berbakat di situ. The Wannababes pula? Hendak ujibakat pun terpaksa di saat terakhir.

"Di, arahan menyuruh kita sertai ujibakat sahaja. Tidak dinyatakan bahawa kita mesti lepas. Kita sertai sahajalah. Lagipun, saya yakin kita yang cantik manis semua ini akan lepas!" Fasha menenangkan Diana yang diserang darah gemuruh itu.

"Baiklah, marilah kita mendaftar segera." Diana terus mengajak Fasha dan Fazura mendaftakan diri bagi membolehkan mereka menyertai ujibakat 'KPOP Idol Search' itu.

"Hai, ini kaunter pendaftarankah? Kami bertiga mahu mendaftar. Nama kumpulan kami The Wannababes!" Begitu yakin dan lantang suara Fasha mengumumkan kehadiran mereka.

"Mendaftar? Wahai cik adik semua, kaunter pendaftaran sudah lama tutup sejak pukul 3.00 petang tadi. Sekarang sudah jam 5.00! Ujibakat juga sudah bermula." Tersentak The Wannababes mendengar jawapan penjaga kaunter yang sedang sibuk menyusun borang pendaftaran itu.

"Kalau sudah tutup, bukalah kembali! Bukannya susah sangat. Lagipun hanya satu kumpulan iaitu kumpulan kami sahaja." Fazura selamba memberi arahan kepada wanita yang lebih berusia daripada mereka itu. Sesuka hati sahaja mahu ikut kehendak mereka.

"Maaf ya, saya tidak boleh buat begitu. Di sini ada undang-undang! Kalau pendaftaran sudah tutup, maknanya ku tidak boleh ikut serta. Tambahan pula, kuota peserta ujibakat sudah penuh." Wanita penjaga kaunter itu jelas kurang senang dengan perangai Fazura yang berlagak diva.

"Kuota sudah penuh atau awam yang malas mahu buka semula pendaftaran?" Sinis sungguh nada suara Fazura diiringi dengan jelingan maha tajam lagi.

"Kamu semua tidak faham bahasakah? Orang kata sudah tutup, sudah tutuplah! Sudah! Jangan hendak buat kecoh pula." Wanita itu terus meninggalkan The Wannababes terpinga-pinga.

"Berlagak betul perempuan itu! Dia fikir dia siapa?!" Fazura mencebik sambil bercekak pinggang.

"Faz! Mengapa kamu bertekak dengannya? Kalau kita cakap elok-elok tadi mungkin dia akan pertimbangkan. Sekarang langsung tidak boleh sertai. Hendak buat macam mana?" Fasha memarahi Fazura yang suka bertindak melulu tanpa berfikir panjang. Fazura terus menggigit bibir dan menikuskan diri.

"Macam mana sekarang, Fasha?" Diana menggigit kuku kerana terlalu risau.

"Kita mesti sertai ujibakat ini juga walau dengan apa cara sekalipun! Itu arahan Syed Mazlan. Jika tidak, kita sendiri yang berada dalam bahaya. Semua orang fikirkan cara!" Serentak dengan itu, Fasha, Fazura dan Diana berteleku memikirkan cara bagi menyertai ujibakat tersebut.

[ Cⓥ ] The Wannababes Dan Misteri Perculikan Bintang Kpop™ | CC StoryWhere stories live. Discover now