Part 85 [The Wannababes Diserang!]

134 11 0
                                    


"Macam mana pintu ini boleh tembus di sini?" Fasha, Fazura dan Diana tergamam. Di hadapan mereka, tersergam bangunan tinggi tempat di mana terletaknya pejabat CEO Kpop yang pernah mereka lawati.

"Hmm... jangan-jangan kelibat yang kita nampak tadi memang adalah G.G.D! Mungkin dia bersembunyi di sekolah kita dan melalui jalan bawah tanah inilah dia berulang alik ke pejabat ini!" Diana membuat tekaan menggunakan logik akal.

"Bersembunyi? Maksud awak.... G.G.D tidak diculik, tetapi bersembunyi?" Fazura sedikit terperanjat mendengar andaian Diana.

"Tentang itu saya tidak pasti. Tetapi, pasti ada kaitannya! Jika tidak, mengapa jalan bawah tanah ini berhubung ke sini?" Diana bernada begitu yakin sekali.

"Jangan-jangan CEO itu juga bersekongkol dalam hal ini!" Fazura juga sudah terikut-ikut Diana membuat andaian.

"Tetapi, bagaimana pula dengan perbualan CEO tersebut dengan penculik G.G.D? Bagaimana pula dengan alat pengesan yang mengesan kedudukan telefon bimbit G.G.D di sekolah kita? Video penculikan pula jelas menunjukkan G.G.D diculik oleh seseorang." Fasha cuba mengaitkan semua klu yang diperolehi dengan bahan bukti. Tetapi satu pun tidak berkait rapat.

"Hish! Makin rumit betul kes ini! Macam-macam persoalan tetapi tiada jawapannya! Di mana Syed Mazlan di saat kita memerlukan kepakarannya? Ini bukan kerja kita!" Fazura mendengus kasar. Rasanya kepala sudah begitu pening memikirkan segala kemungkinan. Selama ini, dia sendiri tidak pernah dia menggunakan otak sehingga ke paras maksimum sebegitu dalam pelajaran.

"Atau... CEO itu tiada kaitan langsung dalam hal ini. Sebab itu dia cemas apabila penculik meminta wang tebusan. Barangkali... terowong bawah tanah ini menjadi tempat penculik menyembunyikan G.G.D..." Diana sekali lagi membuat andaian bagaikan Detektif Conan.

"Dan orang yang menculik G.G.D juga adalah orang dalam syarikat rakaman mereka!" Fasha juga mula mengikut rentak Diana. Kelihatan Diana mengangguk berkali-kali mempersetujui kata-kata Fasha.

"Mungkin kerana sekolah kita berada di tengah-tengah laluan, jadi mereka gunakan sekolah kita sebagai lokasi persembunyian. Yalah, siapa yang mahu curiga dengan kawasan sekolah?"

"Orang dalam? Siapa pula orang dalaman yang mahu menculik G.G.D? Tidak mungkin ahli kumpulan Bang Bang juga??" Fazura berkerut-kerut mendengar semua andaian Diana dan Fasha. Dia langsung tidak terfikir sehingga begitu. Seminggu bekerjasama dengan Syed Mazlan, Fasha dan Diana sudah berubah menjadi pemikir yang kritis pula.

"Itulah yang kita perlu cari tahu! Sekarang ini kita perlu laporkan kepada Syed Mazlan. Biar dia yang uruskan semua ini. Apa yang penting, kita sudah menjumpai lokasi persembunyian penculik G.G.D!" Fasha sudah mengeluarkan telefon pintarnya untuk memaklumkan kepada Syed Mazlan mengenai penemuan mereka.

"Are you sure, Fasha? Apa buktinya ini lokasi persembunyian G.G.D? Mana G.G.D? Mana? Mungkin semua ini satu kebetulan sahaja." Fazura masih berasa was-was.

"Faz, arahan pertama Syed Mazlan adalag menyuruh kita menyiasat bilik bawah tanah di sini. Sekarang kita sudah jumpa dan kebetulan bertemu dengan klu yang lain. Jadi saya rasa tidak salah kita maklumkan sahaja apa yang kita rasa." Fasha meyakinkan Fazura agar tidak terlalu risau. Namun, baru sahaja Fasha mahu menghantar pesanan ringkas, Fazura tiba-tiba menjerit.

"Waarrghhh! Fasha! Belakang awak!!"

"Faz, kenapa menjerit? Ada apa... aduh!" Belum sempat Fasha menoleh, satu hentakan hinggap di belakang kepalanya lalu Fasha jatuh tidak sedarkan diri. Kelihatan seorang lelaki misteri bertopeng menyeramkan berdiri di belakang mereka. Patutlah Cikgu Amnah sampai pengsan kala terlihat kelibat lelaki ini sebentar tadi. Diana cuba melarikan diri, tetapi kakinya tersadung, lalu terjatuh dan pengsan juga.

Hanya tinggal Fazura seorang sahaja berhadapan dengan lelaki misteri yang menakutkan di dalam bilik bawah tanah nan gelap itu....

[ Cⓥ ] The Wannababes Dan Misteri Perculikan Bintang Kpop™ | CC StoryWhere stories live. Discover now