[L] Part 100 [Charlie's Angels Sri Bangsar]

217 14 0
                                    

"Sazzy! Nana! Janganlah menjerit begitu! Bergegar telinga saya dibuatnya!" Shasha menepuk-nepuk gegendang telinga yang terasa gatal.

"This is a big news! We are on the internet!"

"Apa? The Wannababes dalam internet? Mana? Mana? Saya mahu lihat!" Serentak, semua 7 kepala The Wannababes bercantum mengerumuni skrin telefon pintar milik Sazzy.

"THE WANNABABES BONGKAR KES PENCULIKAN ARTIS KPOP"

"Wah! Memang betul! Hebatnya kita!" Kesemua mereka kini sudah terlompat-lompat dan bertepuk-tepuk sesama sendiri. Hanya Fasha, Fazura dan Diana sahaja yang kekal pegun dan menelan air liur.

"Girls... wait! Bila pula kita menyiasat kes penculikan? Kita bukannya polis ataupun detektif!" Shasha yang tiba-tiba tersedar akan hakikat itu terus menghentikan ketawa The Wannababes.

"Eh, yalah! Jadi siapakah pula The Wannababes yang mereka laporkan ini?"

"Betul juga... gambar pun tiada!"

"Ada The Wannababes lain? Oh no! We've been cloned!" Sekelip mata, gelak tawa sebentar tadi telah bertukar menjadi hiruk pikuk jeritan yang kurang jelas butirannya.

"Girls, listen! Dalam laporan ini ada menyebut nama Fasha, Fazura dan Diana...." Mendengar kata-kata Linda, kesemua ahli The Wannababes terus berpaling ke arah Fasha, Fazura dan Diana yang sedang tersengih-sengih tidak bersalah.

"Is there something that you're hiding from us?"

"Ya! Macam mana nama  awak bertiga boleh ada di dalam berita ini?"

"We demand an explanation. Now!" Empat orang ahli The Wannababes sudah berdiri sambil bersilang tangan mengelilingi Fasha, Fazura dan Diana.

"Okay! Okay! Chill! Kami akan beritahu."

"Fasha, tidak apakah?" Diana menarik hujung lengan baju Fasha dengan suara separa berbisik.

"It's okay, Di. Benda sudah selesai. Apa lagi yang perlu kita bimbangkan?" Diana dan Fazura hanya mengangguk sekali mendengar kata-kata Fasha.

"Alright girls... silakan duduk dan bersedia untuk mendengarkan kisah yang penuh aksi dan debar!" Semua The Wannababes terus duduk dan memasang telinga. Lantas, sepenuh perasaan Fasha, Diana dan Fazura bergilir-gilir menceritakan segalanya dari awal sehingga akhir. Pelbagai reaksi dan emosi dapat dilihat di wajah-wajah Shasha, Sazzy, Nana dan Linda.

"Oh my God! You girls are crazy! Nasib baik tidak jadi apa-apa!"

"Takutnya saya! Kena culik, kena serang, kena siasat...oh so not glamorous!"

"Berani mati betul awak semua menjadi Charlie's Angels ya. Mengapa tidak ajak kami sekali?"

"Kami juga pada mulanya tidak berniat mahu terjebak sama. Awak fikir kamu suka buat semua ini? Kami terpaksa!" Diana sedikit menggigil apabila mengingat kembali segala yang mereka lalui.

"Tetapi, awak bertiga memang hebat! Berjaya membongkar kes besar sebegini. Siapa kata The Wannababes otak kosong? We are brilliant and pretty at the same time!" Shasha terus berdiri sambil bertepuk tangan. Kemudian, ahli yang lain turut mengikut langkah Shasha memberi standing ovation kepada Fasha, Fazura dan Diana.

"Kalau begini, bolehlah The Wannababes tubuhkan kelab penyiasatan persendirian! Bayangkan...sekumpulan gadis remaja yang anggun dan menawan menyelesaikan kes hartawan! The Wannababes as Sri Bangsar's Charlie's Angels! So sexy!" Nana sudah berangan sampai terawang-awang tangannya di udara.

"What? No! Daripada buat kelab penyiasatan, lebih baik saya tubuhkan kelab shopping! Speaking of shopping....awak semua mahu ikut saya ke The Gardens petang ini? I need a pampering session at the spa. Sibuk menyelesaikan kes, sampai kulit saya tidak sempat dibelai dan dimanja!" Fasha membidas cadangan Nana dan membuka usul baru.

"Of course!" Serentak semua The Wannababes menyatakan jawapan yang sama lantas ketawa seirama. Ternyata dunia penyiasatan bukanlah dunia untuk gadis cantik molek yang glamour seperti The Wannababes! Tidak dapat jadi sepopular artis Kpop pun tidak mengapa. Asalkan boleh bersuka ria sepanjang masa!


♡The End♡















Sorry guy's lambat update part last cite ni😭😭😭sepatutnya update malam semalam tapi tenet kurang hajor plus pakcik wattpad buat masalah ( ͡° ͜ʖ ͡°) tu yang update pagi ni ( ͡° ͜ʖ ͡°)

Tepuk tangan sikit😂😂😂dah habis dah cite niヽ(´▽`)/














The wannababes dan misteri perculikan Bintang kpop
END

[ Cⓥ ] The Wannababes Dan Misteri Perculikan Bintang Kpop™ | CC StoryWhere stories live. Discover now