Part 74 [Bahan Bukti Rahsia Part 2]

144 7 0
                                    


"Awak ini berani mati betul, Fasha! Patutlah CEO itu mengejar kita bersungguh-sungguh!" Diana menekup mulut melihat telefon pintar berjenama Samsung Galaxy S6 milik CEO itu berada dalam genggaman Fasha.

"Kenapa awak ambil telefon bimbit milik CEO itu? Bukannya canggih sangat." Fazura pula mencebik melihat model telefon yang sedikit ketinggalan itu. Zaman sekarang semua mahu pakai iPhone sahaja.

"Awak fikir saya kemaruk sangat mahu telefon baru? Saya boleh beli kilang membuat iPhone kalau saya mahu. Tetapi, ini adalah arahan Syed Mazlan!"

"Syed Mazlan suruh awak curi telefon bimbit CEO itu?" Diana sedikit musykil mendengar jawapan Fasha.

"Err...dia suruh ambil senyap-senyap. Sewaktu kita berbaling-baling pen itu saya fikir saya sudah alihkan perhatiannya, tetapi dia ternampak saya ambil telefon dia pula. Sebab itu dia kejar." Fasha menjawab sedikit teragak-agak. Sangkanya idea mengalihkan perhatian dibuat dengan baik. Tetapi, terdedah juga.

"Habislah... sekarang kita sudah jadi penjenayah sebab awak mengambil telefon miliknya!" Dramatik sungguh reaksi Diana menekup kepala sambil tergeleng-geleng tidak percaya. Selepas satu, satu masalah lain yang timbul.

"Chill, Diana. Saya tidak perlukan telefon ini! Saya cuma perlukan kad sim miliknya sahaja. Cepat buka dan keluarkan! Telefon ini nanti kita tinggal sahaja di sini. Jadi kita tidak dikira mencuri." Fasha menyerahkan telefon itu kepada Fazura. Lantas, Fazura bertindak pantas mengeluarkan kad sim yang terkandung di dalam telefon berkenaan.

TING! Lif terbuka di tingkat bawah. The Wannababes terkocoh-kocoh berlari meninggalkan bangunan tersebut.

"Eh? Faz! Mengapa awak bawa telefon bimbit itu sekali? Bukankah saya sudah suruh tinggalkan di dalam lif?" Fasha berdecit ke arag Fazura yang kelihatan membawa telefon tersebut keluar dari lif.

Kelihatan pintu lif mula tertutup. Oleh kerana mereka dalam keadaan cemas dan kelam kabut, Fazura terus mencampak telefon itu masuk ke dalam lif. Habis berderai telefon tersebut kerana mendarat di atas lantai.

"Faz! Mengapa pula awak baling sampai pecah berderai? Kalau begitu baik tidak payah pulangkan!" Diana menampar lembut bahu Fazura sambil berlari-lari anak meninggalkan bangunan menara syarikat Kpop itu.

"Sudahlah, jangan peduli lagi! Mari kita lari cepat!" Kesemua The Wannababes kini berlari beriringan macam dikejar anjing.

"Faz, hati-hati!" Tiba-tiba ada sebuah kenderaan datang dari arah belakang berhenti di hadapan mereka.

[ Cⓥ ] The Wannababes Dan Misteri Perculikan Bintang Kpop™ | CC StoryWhere stories live. Discover now