part 10 [Projek Tarik Perhatian]

276 18 1
                                    

"Apa dia cadangan awak itu?" Diana dan Fasha mengerling ke arah Fazura sambil menanti jawapan yang keluar dari mulutnya.

"Selalunya di dalam drama Korea, apabila mereka pergi menonton konsert, mereka akan membawa bersama poster dan bunting artis kegemaran mereka yang dibuat sendiri. Kita buatlah begitu juga! Tulis nama G.G.D. besar-besar dan tunjukkan sewaktu konsert. Tentu dia terus memandang ke arah kita!"

"Eh, leceh pula hendak melukis dan menulis poster dan bunting. Kita semua ini bukanlah tangan jenis berseni sangat." Fasha berura-ura mahu membantah cadangan tersebut. Namun, cepat-cepat disangkal terlebih dahulu oleh Fazura.

"Siapa kata kita mahu lukis sendiri? Kita gunakanlah kelebihan kita dengan mencetak sahaja bunting tersebut! Mama saya ada kawan di syarikat percetakan. Nanti saya akan minta dia reka bentuk bunting yang cantik dan eksklusif untuk G.G.D.!"

"Wah! Seronoknya! Oh ya, saya cadangkan kita letakkan sekali gambar kita bertiga sebaris dengan G.G.D. dan juga ahli kumpulan Bang Bang yang lain di dalam bunting itu. Letakkan juga logo kumpulan mereka bersama logo The Wannababes. Barulah meletup!" Diana turut berasa teruja saat membayangkan hasil akhir bunting berkenaan. Tentu nampak hebat sekali!

"Saya suka idea ini. Nampak gah dan menyerlah. Barulah peminat lain tahu betapa hebatnya The Wannababes. Let's proceed!" Fasha juga sudah memberi kata persetujuan siap menayangkan isyarat ibu jari sebagai tanda bagus.

"Kalau hendak lebih hebat, kita sediakan juga hadiah jambangan bunga besar seperti di dalam drama Korea. Selalu saya lihat syarikat-syarikat besar memberi hadiah jambangan bunga sebagai tanda ucapan tahniah. The Wannababes buat begitu jugalah! Barulah peminat lain tidak terlawan dengan hadiah kita yang bertaraf tinggi. Tentu sahaja kita akan diingati oleh G.G.D.!" Tangan Diana sudah menggenggam erat tangan Fazura yang duduk di sebelahnya. Kedua-dua mereka kini sudah berangan-angan mendapat ciuman layang daripada G.G.D. yang kacak dan berkaliber sekali.

"Baik, cadangan itu juga saya luluskan. Nanti saya tempah jambangan bunga paling besar khas untuk G.G.D. dan Bang Bang. Biar ternganga semua peminat lain yang biasa-biasa sahaja." Begitu riak sekali nada suara Fasha tatkala menyebut perkara itu. Peminat lain jangan haraplah mampu hendak melawan kemaraan The Wannababes!

"OMG! I can't wait until next week! Tidak sabarnya saya mahu berubah menjadi bidadari Kpop yang anggun, jelita dan menggoda di konsert itu nanti. Ditambah pula dengan bunting bersaiz mega dan hadiah jambangan bunga, tentu sahaja G.G.D. tidak berkelip mata memandang kita bertiga!" Fazura, Diana dan Fasha berpegangan tangan lalu berjalan seiring meninggalkan gymnasium tempat mereka berlatih menari. Buat apa susah-susah belajar menari Kpop kalau boleh menarik perhatian menggunakan duit sahaja? Ada duit, semua boleh dapat. Itulah untungnya menjadi ahli The Wannababes!

[ Cⓥ ] The Wannababes Dan Misteri Perculikan Bintang Kpop™ | CC StoryWhere stories live. Discover now