part 5 [Aksesori Kpop]

352 27 1
                                    


"Faz, apa yang awak bawa banyak-banyak ini?" Fasha berkerut-kerut dahi melihat beg plastik yang dibawa oleh Fazura dengan penuh susah payah itu.

"Inilah dia kelengkapan wajib untuk kita menonton konsert kumpulan Bang Bang itu." Fazura mula mengeluarkan dan menyusun satu persatu barang yang dibawanya itu. Fasha dan Diana hanya menjadi tukang pemerhati sahaja.

"Apa ini? Lampu suluh? Telinga arnab? Eh, ada lampu-lampu pula? Untuk apa semua ini?" Fasha mula membelek-belek aksesori berlampu yang dibawa oleh Fazura itu. Langsung dia tidak mengerti kaitan aksesori tersebut dengan konsert yang bakal dihadiri mereka.

"Saya lihat kalau di dalam drama Korea, mereka semua suka memakai aksesori sebegini jika menonton konsert! Ini bukan lampu suluh, tetapi light stick rasmi kumpulan Bang Bang. Telinga arnab ini pula boleh dipakai dan dipasang lampunya supaya dari jauh G.G.D. boleh nampak kita semua yang cantik dan comel ini dengan jelas!" Fazura sudah menggayakan aksesori tersebut di atas kepala. Berpinar-pinar mata Diana dan Fasha dibuatnya dek kilauan lampu yang memancar lip lap lip lap itu.

"Hei, sudahlah! Tutuplah lampu yang berkelip-kelip itu! Pening saya dibuatnya. Perlukah kita memakai semua ini? Macam badut sarkas sahaja!" Fasha mencebik tanda menyampah melihat aksesori kebudak-budakan yang langsung tidak glamour itu. Sekali pandang, Fazura sudah seperti lampu isyarat di jalan raya pula.

"Faz, saya tahu artis Kpop memang kebanyakannya suka bergaya pelik-pelik. Tetapi, kita ini The Wannababes. Jadi kita perlu tonjolkan gaya kita sendiri. Tidak mungkinlah mahu meniru gaya orang lain. So low class!" Kata-kata Diana itu mendapat persetujuan Fasha. Laju sungguh Fasha mengangguk kalah burung belatuk.

"You are so right, Di! Kalau kita mahu G.G.D. dan ahli kumpulan Bang Bang itu menyedari kewujudan kita, maka kita perlulah bergaya secara luar biasa."

"Alah, buat penat sahaja saya beli semua light stick dan aksesori berlampu ini. Takkanlah mahu dibuang?" Fazura sudah memuncungkan bibirnya sepanjang sedepa. Hancur angan-angannya mahu bergaya lip lap di hadapan G.G.D.

"Saya tidak suruh buang. Kita masih boleh gunakan barang-barang yang awak bawa ini. Tetapi, pada masa yang sama haruslah disuntik aura The Wannababes!"

"Jadi, gaya apa yang mahu kita tonjolkan pada hari konsert berkenaan?" Ketiga-tiga mereka kini tergaru-garu pipi yang tidak gatal. Kepala masing-masing ligat mencari idea dan konsep fesyen konsert Kpop itu.

[ Cⓥ ] The Wannababes Dan Misteri Perculikan Bintang Kpop™ | CC StoryWhere stories live. Discover now