Part 82 [Bilik Misteri]

126 13 0
                                    


"Kenapa dengan pintu ini? Apa yang menariknya?" Fasha dan Diana merenung pelik ke arah Fazura. Terjumpa pintu pun rasa seronok?

"Awak berdua tidak rasa pelik? Mengapa tiba-tiba di penjuru dinding ini ada pintu?"

"Alah, apa yang mahu dihairankan? Barangkali ini pintu setor buku lama ataupun bilik punca kuasa elektrik. Sebab itu letak di hujung." Penjelasan Diana itu kedengaran logik. Fasha juga mengangguk tanda menyokong.

"Oh really? Kalau ini bilik setor, mengapa ada tangga menuju ke bawah pula?" Selamba sahaja Fazura menolak daun pintu tersebut lalu kelihatanlah tangga yang berhabuk menuju ke ruangan bawah yang gelap gelita.

"What?! Faz, kenapalah awak tidak cakap awal-awal!" Terbeliak mata Fasha dan Diana lalu serentak mereka menepuk bahu Fazura dengan kuat.

"Aduh, sakitlah! Hish, janganlah jerit kuat sangat! Nanti ada orang dengar!" Fazura mengusap bahu yang sakit ditepuk dengan suara separuh berbisik.

"Adakah ini bilik bawah tanah yang dimaksudkan oleh Syed Mazlan?" Diana meninjau-ninjau ke dalam bilik gelap itu.

"Saya juga tidak pasti. Tetapi, banyak sangatkah bilik bawah tanah yang ada di sekolah ini?" Fasha pula kelihatan berfikir dan wajahnya mempamerkan seribu kesangsian.

"Kalau hendak tahu, marilah kita masuk dan siasat." Fazura memberikan cadangan dengan penuh rasa teruja.

"Hish, tidak mahulah! Gelap dan berhabuk! Jangan-jangan tangga ini juga sudah reput." Diana menggeleng laju. Risau betul melihat bilik yang menakutkan itu.

"Di, kita kena siasat juga. Itu adalah arahan Syed Mazlan. Dari semalam kita tunggu, apabila sudah jumpa, tidak mungkinlah mahu berdiam sahaja."

"Tetapi risikonya tinggi, Faz! Macam mana kalau kita yang terperangkap di dalam bilik ini?" Diana tetap tidak bersetuju.

"So Fasha, how now? Hendak beritahu Syed Mazlan bahawa kita sudah jumpa bilik bawah tanah tetapi tidak berani masuk?" Fazura bersilang tangan lalu mengeluh.

"Kita masuk." Terbeliak mata Diana mendengar respon pendek Fasha.

"Apa?! Fasha, janganlah begitu. Bukankah tadi kita mengejar G.G.D? Mengapa sekarang mahu masuk bilik bawah tanah pula?"

"Jangan risau Diana. Janganlah kita semua masuk serentak. Saya dan Fazura akan masuk, awak pula tunggu di luar dan perhatikan kawasan sekeliling. Kalau ada yang mencurigakan, cepat-cepat beritahu kami." Diana kelihatan mengetap bibir menimbang tara cadangan Fasha itu.

"Baiklah. Tetapi awak berdua jangan lama-lama ya?" Perlahan Diana mengangguk.

"Hati-hati, Fasha. Awak jalan di hadapan ya?" Fazura sudah menarik sedikit hujung baju sekolah Fasha di belakang.

"Faz, janganlah tolak!" Fasha mengeluarkan telefon pintar miliknya lalu memasang aplikasi lampu suluh bagi mengurangkan kadar kegelapan bilik berkenaan.

Baru setapak kaki Fasha memijak tangga menuju ke bilik bawah tanah tersebut, tiba-tiba...

"What are you doing here?" Satu suara menegur mereka dari belakang.

[ Cⓥ ] The Wannababes Dan Misteri Perculikan Bintang Kpop™ | CC StoryWhere stories live. Discover now