BAB 7

4.9K 88 1
                                        

PANG!!!

Aleeya pandang jemari sendiri sebelum beralih pada si suami yang sudah terteleng muka ke kanan.

Pertama kali dalam sejarah hidupnya, dia lempang orang. Dan orang itu ialah suami sendiri.

"Pukullah abang, kalau itu dapat memuaskan hati Leeya." Zariel kembali tegakkan pandangan. Kuat tamparan si isteri ke pipinya sehingga terasa rahangnya hampir tercabut. Nampak saja kecil, tak sangka pula sekuat itu.

Aleeya menggeleng. Walau dia bunuh Zariel sekalipun, hatinya tak akan puas. Tapi, kalau lagi lama dia di situ, tidak mustahil tangannya boleh membunuh.

"Sayang..." Namanya yang diseru Zariel buat Aleeya rasa mahu termuntah.

Apa sebenarnya makna sayang dan cinta buat Zariel?

"Abang minta maaf." Entah untuk ke berapa kali, ayat itu keluar dari bibir Zariel.

Aleeya senyum namun air mata pula yang mengalir keluar. Kenapa dia rasa perkataan maaf itu terlalu menyakitkan? Masih bolehkah dia memberi maaf jika kesilapan Zariel sudah sampai ke tahap ini?

Tidak! Curang itu bukan satu kesilapan yang tidak disengajakan. Itu satu perbuatan yang boleh dipilih sama ada mahu atau tidak mahu. Tapi, Zariel memilih MAHU. Dan ia bermakna Zariel memilih untuk merobek sekeping hatinya yang tulus.

Ya! Tulus hatinya menyintai Zariel tapi, ini yang Zariel balas untuk cintanya.

"Leeya..." Zariel memanggil lagi apabila si isteri sudah menjauh darinya.

"Abang mengaku semuanya khilaf abang..."

"Kita berpisah!" Aleeya terus memintas.

"No!" tegas Zariel spontan. Tersentak dengan permintaan Aleeya.

"Abang tak akan lepaskan Leeya. Tak boleh!"

Aleeya senyum dalam tangis.

"Kalau pun kita hidup sebumbung, semuanya tak akan sama macam dulu-dulu." Aleeya makin berundur. Kali ini, undurnya ke arah pintu.

"Leeyaa..." Bicara Zariel terhenti tatkala lima jemari Aleeya naik mengisyaratkan 'stop'.

"Jangan cakap apa-apa lagi." Aleeya menggeleng. Pandangannya didongak ke atas. Terasa tidak berupaya lagi memandang seraut wajah si suami di depannya.

"Leeya please....

"Abang tolong lepaskan Leeya. Kahwinlah dengan perempuan tu. Jangan buat dosa lagi." Itu permintaan yang mampu Aleeya luahkan buat waktu ini.

"Abang masih sayangkan Leeya. Sayang sangat-sangat."

Aleeya mencebik.

Sayang?

Sayangkah kalau sanggup menduakan dirinya?

Sayangkah namanya kalau di belakang boleh berasmara dengan perempuan lain?

Jika benar ini namanya sayang seorang suami pada isteri, dia sanggup jika tidak punya suami seumur hidup.

"Leeya..."

"Abang jangan dekat!" Aleeya undur lagi ke belakang apabila Zariel mahu merapatinya.

"Leeya tahu abang sayang Leeya kan?" Soalan ditanya dalam usaha memancing simpati si isteri.

Aleeya geleng kepala. Sekarang dia sudah tidak tahu di mana letaknya dia di hati Zariel.

"Pleaseee...lepaskan Leeya." Air mata menitis lagi saat dia merayu agar Zariel melafazkan talak.

Dengan pandangan sayu, Zariel pandang ke mata si isteri yang sudah basah.

"Leeya bertenang dulu, nanti kita bincang."

Sekali lagi Aleeya geleng kepala. Dia sudah tidak nampak jalan untuk berbincang.

"Tak ada apa lagi yang boleh dibincang, abang. Ini keputusan Leeya..."

"Tapi bukan keputusan abang." Zariel memintas.

Aleeya himpun sabar. Rasanya dia sudah tidak boleh berlama di sini. Takut pula kewarasannya hilang.

"Leeya..." Zariel makin mendekat.

Namun, Aleeya berterusan berundur sehingga ke depan pintu bilik. Tanpa menunggu, dia terus berlari keluar.

Sungguh, dia tidak sanggup untuk berada dekat dengan Zariel lagi walau pada dasarnya mereka masih suami isteri. Dia rasa jijik.

"Leeya, tolong dengar dulu cakap abang." Zariel merayu.

"Leeyaaaa!!!!" Zariel menjerit apabila kata-katanya tidak dihiraukan oleh si isteri.

Saat itu, pintu bilik sudah terbuka dan semua mata yang ada di ruang depan memandang ke arah Aleeya yang terburu-buru melangkah ke pintu utama.

"Leeya nak ke mana???" Soalan Zariel yang mengejar dengan sebelah kaki bertongkat tidak dihiraukan. Pantas saja Aleeya menyarung sandal.

"Biarkanlah dia pergi! Buat apa nak halang-halang. Sekarang kamu dah nampak kan, bagaimana sebenarnya perangai bini kamu tu? Degil dan kurang ajar. Ceraikan aje!" Kata-kata ibu mertuanya buat langkah Aleeya terhenti.

Dia berpaling. Matanya jatuh pada ibu mertuanya sebelum beralih pada Zafri yang sedang memandangnya.

'Terima kasih Zafri, sebab pernah ingatkan saya tentang ini. Tentang setia seorang lelaki.'

Langkah terus diatur menuju ke kereta. Saat itu, baru dia teringat tentang kunci kereta yang diletakkan di atas meja di dalam bilik. Namun, dia sudah nekad tidak mahu lagi menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah tersebut.

Lantas, yang boleh dia lakukan ialah lari. Dalam hujan renyai, dia lari ke pintu pagar dan terus ke jalan raya.

Berlari dalam hujan di malam yang kelam, satu-satunya kerja gila yang tak pernah dia lakukan. Tapi, kalau dia masih di rumah itu, mungkin juga dia akan jadi gila.

Sambil berlari, jemari runcing naik ke pipi menyeka titis-titis air jernih yang tidak jemu menyapa ke situ.

Kemudian, kedua tangan menekan ke dada. Di situ, terasa sakit. Sangat-sangat. Memang sesuatu yang paling sukar diterima akal apabila orang yang kita cintai, yang mengaku menyintai kita sebenarnya juga bermain cinta dengan perempuan lain.

Detik-detik sukar begini, iman seakan menipis, hati mula tertanya di mana DIA berada.

Ada suara jahat berbisik menyalahkan takdir di atas apa yang berlaku. Tapi sedetik dia tersedar dan beristighfar dalam hati. Sentiasa ingat, the teacher is always quiet during a test.

Ya! Ini hanya ujian yang diberikan oleh DIA. Pastilah DIA akan diam memerhati.

Kedua telapak tangan naik meraup muka. Cuba sedaya mungkin menarik sabar yang seakan mahu melangkah pergi.

Saat yang sama, lariannya terus terhenti apabila ada cahaya menyilaukan mata. Dan tiba-tiba dia rasa pandangannya gelap.

SAKITNYA TUH DI SINITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang