"SooRa, pengurus nak jumpa awak." Kata lelaki yang menolong aku kelmarin. Aku terpaku melihatnya. Mata kami bertembung sebentar sudah cukup membuatkan jantung aku melonjak laju seperti baru sahaja melakukan larian pecut. I miss you.
"Maafkan saya." kata SooRa sebelum berlalu pergi. "Maafkan kami cik. Ada hal yang tidak dapat dielakkan." kata lelaki itu.
Aku membaca nama pada tag-nya. Kang MinJun. Jadi, nama dia MinJun dan dia bukanlah Shakespeare. Sekali lagi hati aku menjadi sebak. Pelanduk dua serupa memang wujud rupanya, aku ingat itu hanya kata orang.
Aku hanya tersenyum ke arahnya. Aku melihat SooRa tergesa-gesa keluar daripada suatu bilik. Bilik pengurus mungkin. Kenapa dengan dia? Muka dia nampak muram, kena marah ke? Datang pula seorang lelaki ke arah aku dan MinJun.
"Kang MinJun, pengurus panggil kau." katanya pula.
Sudah, kenapa seorang-seorang masuk bilik pengurus ni? Lepas ni siapa pula? Aku serkap jarang.
Selepas beberapa minit, MinJun pun keluar. Muka nya relax pula tak seperti SooRa tadi. Aku rasa baik aku pulang, semasa mahu membayar minuman di kaunter, aku terdengar perbualan mereka.
"Mak SooRa tak sihat, katanya dimasukkan ke dalam hospital sebab terjatuh tangga." kata salah seorang daripada mereka.
"Kesiannya dia. Tapi bagaimana pula dengan event malam ini? Dah lah kita tak cukup pelayan, SooRa pula dah balik, macam mana ni?" perempuan yang berambut panjang lurus itu pula mengeluh.
"Pengurus kata dia mahu sesiapa pengganti kepada mereka untuk sementara waktu.Lebih kepada part time job."
Hah? Part time job? Aku tersalah dengar ke? Aku pun tengah pokai sekarang ni, sampai bila nak bergantung dekat mummy dan daddy je kan?
"Mmmm..maaf, tapi korang ada sebut pasal part time job ke?" tanya aku menyelit perbualan mereka.
Mereka seperti terkejut mungkin kehadiran aku tidak disedari oleh mereka. "Mainhaeyo. Saya tak perasan cik tadi. A'ah tapi cik berminat ke?"
Aku mengangguk pasti. "Cik perlu isi borang interview di bilik pengurus." katanya.
Interview? Er...kena bawa resume ke? "Resume kena ada ke?" tanya aku ragu-ragu.
"Er..cik perlu berbincang dengan pengurus."
***
"Awak boleh mula bekerja mulai 7 malam ini." kata pengurus Kim.
"Ma..malam ni?" aku seakan tak percaya, walawey tak pernah aku jumpa tempat kerja macam ni? Terdesak sangat ke?
"N..Nae!"
"YooNa, tunjuk kepada Cik Ann bilik persalinan. Dia di bawah tanggungjawab awak." kata pengurus Kim.
YooNa salah seorang pekerja yang membantu aku pergi ke bilik persalinan. Tak lama lagi dia akan bersama-sama aku untuk memikul tanggungjawab ini. Gajinya juga berpatutan. Cafe kayalah katakan.
"Awak tukar baju ini dahulu, ni baju SooRa, saya rasa muat untuk awak. Maaflah buat masa ini semua baju di dobi. Ini saja yang tinggal lagipun baju ini belum dipakai lagi."
"Aniya(tak apa-apa) saya okay.Dah ada baju pun dah cukup " kata aku sambil tunduk hormat sebelum YooNa keluar dari situ.
Sebelum keluar, YooNa atau unnie memberitahu supaya menepek solekan agar pekerja nampak sentiasa segar dan kemas.
Tak berlebih-lebih ke? Aku membelek tubuh di hadapan cermin yang tertampal pada loker. Biarlah, sesekali bukan selalu.
Keluar sahaja dari bilik persalinan aku melalui di hadapan kaunter, entah kenapa aku terasa seperti sedang diperhatikan oleh banyak mata-mata.
"Cantiknya awak!" kata YooNa. Aku tersipu, cantik? Alahai, ni buat aku kembang tak kempis-kempis nanti.
"Baiklah, sekarang saya akan ajar awak buat coffee. Pertama, awak ambil cawan......" satu-satu di terangkan kepada aku. Terperinci betul! Sesekali aku menangkap imej wajah MinJun yang sedang membuat topping dan menghidangkannya kepada pelanggan.
Aku lihat pelanggan di meja 14 itu macam menggedik je bila MinJun melayan karenah mereka. Tapi nak buat macam mana dah itu tugas seorang pelayan dah nama pun pelayan kan?
YooNa meminta aku menghantar pesanan kepada pelanggan tapi tiba-tiba dulang aku aku angkat boleh tak seimbang dan coffee panas membasahi tangan aku.
Aku menahan perit, tak semena aku terasa lengan ditarik dan terus air paip meluncur laju membasahi tempat terkena air panas. Sejuk. "Careless." katanya sepatah.
Aku memandang seseorang yang sedang menyiram tangan aku dengan air tidak berkelip, betul ke apa yang sedang berlaku ni?
"Lain kali kalau melecur cepat-cepat siram dengan air sejuk, bukan diam macam patung cendana dekat situ.Kalau lambat sejukkan nanti melarat."
Haaa..Free-free kene membebel. Walaupun mulutnya berleter tapi riak mukanya masih tenang. Aku melihat tag namanya, Kim TaeHa. Muka macam perempuan tapi kenapa nampak lain eh?
"Tunggu, saya ambil ubat." katanya.
"Tak..tak apa. Sikit saja ni." kata aku.
"Saya buat semua ini bukan untuk awak tapi untuk menjaga repotasi pekerja di sini."
Aku terdiam. Boleh tahan pedas juga mulut unnie ni. Straight to the point sangat.. "Ann!Kenapa dengan tangan awak?!" Soal YooNa kerisauan.
"Saya tak apa-apa melecur sikit je ni."
"Awak ni cuai lah. Lain kali hati-hati lah. Kalau apa-apa terjadi dekat awak, saya yang akan jawab dengan pengurus sebab awak tu di bawah tanggungjawab saya. "
Kena leter lagi, tadi TaeHa. Apalah nasib....
Bersambung~
Macam mana? Okay tak? Maaflah kalau tak berapa menarik, idea datang dan pergi begitu sahaja.. Hmm btw please enjoy, my lovely readers (>o<)
![](https://img.wattpad.com/cover/79152503-288-k331725.jpg)
YOU ARE READING
Shakespeare 2: Cinta Musim Luruh
FanfictionSudah 3 tahun berlalu, Ann masih berharap pada Shakespear si mulut manis. Suatu hari, Ann terserempak dengan seseorang yang amat mirip seperti Shakespear. Siapakah dia? Shakespear di dunia moden? Kini MinHo kembali dalam hidup Ann. Lelaki yang perna...