Chapter 11

52 8 9
                                    

Aku disuruh YooNa untuk duduk di bilik persalinan sementara lecur tangan aku ni kebah. Nak tak nak kena akur juga. Aku duduk di sofa yang telah disediakan.

Bilik persalinan ini diibaratkan seperti bilik rehat kerana peralatannya lengkap dengan sofa dan katil jenis laci. Jika mahu baring hanya tarik katil itu keluar daripada sebuah almari.

Adalah dalam 3 katil yang disediakan.

Pintu bilik terbuka, wajah TaeHa telah terpacak di situ dengan sesuatu yang ditatang. Perlahan-lahan dia hampiri aku.

Dia memberi isyarat supaya menghulurkan tangan aku apabila dia sudah mengambil tempatnya di sebelahku.

Aku hulurkan dan tangan aku disambutnya. Botol yang berisi cecair di sapu pada tangan sebelum ada lagi satu cecair yang disapu sekali lagi.

Aku malas mahu bertanya apa kegunaannya, sekali buka mulut tak pasal-pasal kena bebel. Ketika TaeHa ralit menyapu ubat, mukanya aku amati.

Serious lah, macam kenal? Desis hati aku. Sekali mata kami bertembung, mungkin dia perasan aku tenung dia. Apabila mata betentangan aku pasti aku pernah melihat mata itu, cara dia pandang sama tetapi tubuh yang berlainan.

Ia membuatkan aku teringat dekat Taehyung. Tak akan Taehyung versi perempuan pula kan? Aneh-aneh saja.

Perasaan curiga aku campak jauh-jauh. Kepala aku gelengkan beberapa kali.

"Awak dah kenapa geleng-geleng kepala? Pening ke?" soalnya kepada aku.

Aku terdiam sebentar. "Tak..er..pening-pening lalat je.."

"Pelik, lecur ditangan tapi boleh beri effect dekat kepala pula." nadanya kedengaran menyindir. TaeHa terus bangkit.

"Ehehe.." aku ketawa kekok.

"Saya pergi dulu, kalau dah rasa okay awak pergilah buat kerja awak. Lecur di tangan bukan kaki kan?" terus pintu bilik ditutup rapat.

Asyik kena tembak je setiap kali bercakap dengan dia ni, sebijik perangai Taehyung. Agak annoying.. Tetapi riak mukanya sama sepeti Taehyung, relaks.

Buruk-buruk dia pun, dia masih sudi sapukan ubat.

Aku berlegar-legar didalam bilik persalinan apabila rasa bosan mula menyerang. Baru hari pertama kerja dah kena musibah. Apalah nasib?

Akhirnya aku ambil keputusan untuk keluar daripada bilik ini.
Aku lihat semua bekejar-kejar ke hulu ke hilir. Macam sibuk sangat je.

"Dah sapu ubat?" tanya YooNa yang muncul entah dari mana. Tangannya lincah membuat kerja. "Dah. Saya perlu buat apa?" tanya aku.

"Di sebabkan tangan awak berada di dalam kondisi yang tak berapa elok, baik awak bantu jaga kaunter meja di hadapan pintu masuk."

Tangannya beralih pula mencapai cawan dan mula membancuh air. "Awak jaga dengan MinJun. Dia akan ajar awak. Beritahu dia saya yang suruh."

YooNa terus menatang dulang yang berisi potongan kek dan coffe ke arah meja pelanggan. "Nae.." jawab aku lambat.

Bertugas dengan MinJun? Hmm... Aku menghampiri dia. "Erm..maafkan saya." sapa aku kekok.

Dia menoleh, pandanganya cukup membuatkan jantung aku berdegup kencang. Wahai jantung, janganlah berdegup laju sangat kesian lah dekat aku!!

"Ye?"

"Erm..YooNa mintak saya jaga di sini bersama awak dan dia juga minta awak ajarkan saya apa yang perlu dilakukan." terang aku ringkas.

Dia mengangguk perlahan. "Hmm..Awak jaga kaunter ini, kerja awak ialah memerhati screen komputer yang memaparkan jumlah meja yang kosong. Tapi, kita perlu mengasingkan 20 buah  meja kerana tempahan pelanggan untuk majlis khas."

Aku mengangguk-angguk mendengar penjelasannya.

"Keseluruhan meja di cafe ini hanya 55 buah meja, tolak meja tempahan, hanya 25 meja yang boleh digunakan. Lihat."

Aku berdiri betul-betul di sebelahnya. Canggihlah, benda ini boleh tau meja mana yang kosong! Jantung aku pula semakin galak berdegup kencang.

Lagi 30 minit pukul 8 pekerja sudah berlari-lari menyiapkan pelbagai persiapan. Aku pula di amanahkan untuk menjaga kaunter sahaja.

Pintu automatik terbuka apabila ada pelanggan yang masuk ke dalam kafe ini. Aku seperti biasa hanya tersenyum dan menyapa.

Mata lelaki itu melilau memandang aku dari atas ke bawah  membuat aku tidak selesa. Setelah memberikanya meja yang kosong dia berlalu sambil matanya tak lepas memandang aku.

Sekejap-sekejap ditoleh ke belakang memandang aku. YooNa datang kepada aku dan memberitahu bahawa aku perlu melayan pelanggan sementara seorang pekerja mengambil alih tempat aku.

Aku tak kisah menjadi pelayan tetapi yang aku kisah aku perlu menjadi pelayan di meja lelaki yang memandang aku seperti mahu ditelan. Senyuman misteri kerap muncul di bibirnya.

Sedulang  Coffe Latte sejuk yang aku tatang  aku hidangkan kepadanya. Sedang aku mengalihkan makanan dan kopi ke atas meja daripada dalam dulang, terasa sepeti sesuatu menjalar di kaki aku.

Apabila aku memandang tangannya sudah menyelak skirt paras lutut aku membuatkan aku terkasima dan mahu menjarakkan diri namun tanganya mencapai pergelangan tangan aku. "Jangan takut, oppa tak buat apa-apapun. Ringan-ringan saja." katanya dengan senyuman yang menyeramkan.

"Lepas lah..." bisik aku perlahan.

Hati aku mahu menjerit tetapi risau pelanggan yang lain akan memandang dan suasana disini menjadi riuh pula. Aku serba salah.

Aku gagahkan juga untuk memboloskan tangan aku daripada cengkamannya namun tak berhasil.

"Lepas lah" kata aku menahan geram. " Awak nak saya bagitahu pengurus awak yang awak melawan? Awak mahu dibuang?" ugutnya.

"Saya cakap.."

Terus tangan aku direntap dan membuatkan aku dan lelaki miang itu turut terkasima.

"Walaupun customer always right, tapi Encik berkelakuan kurang siuman." kata MinJun dengan muka biasa namun suara mendatar dan tegas.

Lelaki itu kembali menarik lengan aku dan memeluk pinggang aku erat, aku terduduk di atas pehanya.

Aku mengeraskan tubuh dan mahu berdiri namun tidak terdaya.

"Lepaskan dia."

"Kalau aku tak nak?"

Tangan aku direntap semula membuatkan aku melayang kehadapan dan terbenam di bidang dada MinJun yang terasa berotot walaupun tubuhnya dilitupi kemeja.

Sudah seperti anak patung aku dirampas beberapa kali. Naik pening kepala aku dibuatnya.  Aku di tolak ketepi. Terus satu penumbuk dilayangkan ke arah muka lelaki itu.

Terjelupuk dia jatuh ke lantai.

"Tak guna! Pelayan tak sedar diri! Ini namanya Cafe terbaik? Pelayan macam sampah!! Aku akan saman kafe ini!" katanya lantang.

Suasana kafe menjadi sunyi. Semua mata tertumpu kepada kami.

"Buatlah kalau encik mahu, saya akan membuat report encik melakukan gangguan sexual ke atas perempuan ini. Kami ada bukti CCTV." MinJun menarik mukanya tegang. Mukanya seratus peratus berubah dari flower boy kepada the beast!

Lelaki itu terdiam sebelum bangun dan beredar sambil menyepak meja dan kerusi sehingga menyebabkan bunyi bising dan kerusi tergolek jatuh.

Ketua pelayan iaitu Suho sudah berdiri di sebelah MinJun sambil memegang bahu nya.

Rasa bersalah sudah menjalar di dalam diri aku, bagaimana pula kalau dia dibuang kerana aku yang baru masuk ke sini?

"MinJun, Ann, pengurus panggil." kata Yoona dengan nada mendatar. Sudah!Macam mana ni?!

BERSAMBUNG~

How was it? Enjoy!

Shakespeare 2: Cinta Musim LuruhWhere stories live. Discover now