Chapter 9

35 9 2
                                    


Aku hanya mengangguk. "Rumah cik di mana, saya hantarkan?" Pandangan aku masih kabur tapi wajahnya seolah-olah aku pernah bertemu dengannya.

Aku menatap mukanya. Shakespeare?! Betul ke apa yang aku nampak ni?! Tell me is it real?! Aku menepuk pipi aku beberapa kali. Sakit! Ini bukan mimpi.  

***

Aku jalan beriringan dengan lelaki itu. "Nama awak siapa?" Tanya lelaki itu memecah keheningan sambil memandang ke arah aku. Aku terkedu, dia tak kenal aku ke? "Awak tak kenal saya?" tanya aku semula.

Dia menggeleng. Aku salah orang? Tapi muka dia betul-betul macam Shakespeare. Hati aku remuk, sakit yang amat. Baru rindu aku nak diubati makin bertambah pula parutnya. Tuhan, siapakah insan yang berada di sampingku ketika ini?

"Nama saya.. JiAnn. Han JiAnn." suara aku mendatar. Menahan sebak di hati. Baru aku mahu meneruskan pertanyaan untuk bertanyakan namanya langkah aku terhenti apabila ternampak Taehyung berdiri sambil menyandarkan diri pada dinding tepi pagar rumah aku.

Mata aku terbutang, apa dia buat disini? Bukan dia dah balik ke? "Ann?" panggil Taehyung apabila dia mengangkat muka daripada memandang ke bawah. Muka nya terserlah memancarkan riak kerisauan. Entah betul atau lakonan.

Aku masih membisu. Taehyung merapati tubuh aku lalu didakap erat. Aku menolak tubuhnya namun tiada kesan. "Kenapa pergi macam itu saja? Saya risau tahu tak bila sampai rumah awak, awak tak balik lagi?!"

Lelaki yang tadi menolong aku mengucapkan selamat tinggal sebelum pergi meninggalkan aku. Aku ingin memanggilnya namun aku sesak nafas dengan pelukan terlalu erat Taehyung. Janganlah pergi!! AKu meronta sendiri di dalam hati.

"Lepaslah!!!" aku memukul belakang Taehyung kuat. "Awak pukulah kuat lagi, saya sanggup. Ini hukuman sebab saya tak jaga awak sebaik mungkin." Apa mamat ni merepek? 

"Lepaslah lelaki miang!!" Aku melutut tempat kelemahan lelaki yang tidak boleh dilindungi. Taehyung menjerit kesakitan sambil memegang tempat penangan yang aku hadiahkan. Mukanya berkerut-kerut menahan sakit.

Padan muka kau!! Nak menggatal sangat kan? Rasakan! Aku terus berlari masuk ke dalam rumah. Terkial-kial aku membuka kunci pintu dan menutupnya rapat. Habislah aku esok kalau terserempak dengan dia.

***

Aku berjalan seperti spy yang sedang menjalankan tugas. Spek mata hitam aku pakai kemas, kiri kanan aku pandang sekeliling kot-kot terserempak dengan Taehyung mati aku! Penutup kepala sweater aku kedepankan sedikit menutup separuh muka aku.

 Bahu aku disentuh dari belakang. Segera aku menoleh sambil membuat gaya nak belasah orang. "Wo, wo! Kau dah kenapa?" JungAe menutup mukanya dengan tangan untuk menghalang aku memukulnya barang kali.

Kus semangat aku! Aku ingat siapa tadi. "JungAe? Er.. apa kau buat disini?" tanya aku gagap sebab gemuruh di dada belum beransur." Apa aku buat dekat sini? Kau ingat ni jalan nenek kau ke kau seorang je boleh lalu?" Ha..dah mula dah mulut dia ni.

"Kau ni dah kenapa macam spy pencen je aku tengok, kalau boleh satu badan kau nak bungkus?" JungAe memasamkan muka bercampur riak hairan. " Mana ada." Jawab aku tak acuh.

Kami melangkah menuju ke cafe. "Betul ke Ann?! Aku dah cakap Taehyung syok dekat kau tapi kau buat tak tahu." 

"Biarlah dia nak syok ke tak dengan aku, yang aku tak puas hati dia boleh pe..."

"Ann?" ayat aku dibiarkan tergantung apabila nama aku diseru. Aku memandangnya dengan riak terkejut dengan mata yang membutang. Laju aku bangkit dari tempat duduk aku."Awak nak pergi mana?" tanya dia tapi aku biarkan tanpa jawapan.

"Ann, kau nak pergi mana?" JungAe memegang tangan aku mematikan langkah aku. "A..aku lupa. Er...Kelas aku mula pagi hari ni." Terus aku capai beg galas aku dan berlalu pergi.

"Apa kau buat dekat Ann?" tanya JungAe sambil bercekak pinggang. "Nothing" jawabnya sambil mengenyitkan mata dan berlalu pergi. JungAe menjungilkan matanya. Tak ada apa-apa? Yang dia peluk Ann ketat-ketat tu tak ada apa-apa?

Siap kau Taehyung! Kalau kau berani buat bende pelik-pelik dekat Ann lagi, aku kerjakan kau. Kalau ye pon nak dekat Ann buatlah dengan cara yang betul. Ni tak, tiba-tiba je. Muka dah hensem, pandai, tapi akal pula pendek. Sadis!

***

Aku berjalan berseorangan menuju ke rumah, hati aku terdetik hendak menyinggah ke sebuah kedai kopi di Coffee Prince. Eh, sejak bila cafe ni di buka? Tak perasan pula ada cafe di sini,kenapalah aku boleh tak perasan walhal setiap hari lalu di sini?

Aku melangkah masuk ke dalam kedai itu. Kring! Loceng berbunyi sebaik sahaja pintu dibuka. Aku terpesona seketika, cantiknya!

Aku mengambil tempat. Ramai juga orang di cafe ini. Mata aku tertangkap imej pelayan-pelayan di sini, semuanya cantik-cantik dan hensem-hensem. Tak kuat aku nak pandang lama-lama. Seorang pelayan perempuan datang kepada aku. "Oder?"

"Bagi saya 1 mocha sejuk."

"Itu saja?" tanya dia lembut. Comelnya dia ni~

Aku mengangguk mengiyakannya. Aku memerhatikan sekeliling aku sehingga sekujur tubuh yang amat aku kenali sedang menghidangkan coffee latte. Tanganya berhati-hati mencurahkan susu di dalam cawan itu. 

Nampak seperti sudah mahir. Shakespear..tu kau ke? Kenapa hati aku kuat mengatakan kau sekarang dekat dengan aku. Seolah-olah sedang berdiri di hadapan aku sekarang ini. Secawan mocha diletakkan di hadapan aku.

Perempuan itu berdiri disamping aku . "Kenapa awak berdiri di sini? Ada apa-apa ke?" tanya aku hairan. "Ini memang protokol kami di sini untuk berdiri di samping pelanggan, sebenarnya pelayan cik ialah pelayan lelaki di sini tapi salah seorang pekerja di sini tidak hadir jadi saya gantikannya." Aku mengangguk.

"Setiap pelanggan akan ada pelayan persendirian mereka. Jadi saya ialah pelayan cik buat masa ini." sambung dia. Aku memandang tanda nama yang di pin pada bajunya. Jung SooRa.

"SooRa, pengurus nak jumpa awak." Kata lelaki yang menolong aku kelmarin. Aku terpaku melihatnya. Mata kami bertembung sebentar sudah cukup membuatkan jantung aku melonjak laju seperti baru sahaja melakukan larian pecut. I miss you.

"As long as you're here with me it's make me happy enough"- Han JiAnn (Ann)

Bersambung ~

Shakespeare 2: Cinta Musim LuruhWhere stories live. Discover now