Aku kembali ke meja penyambut tetamu. Fikiran aku kusut asyik memikirkan nasib MinJun. Jangan disebabkan aku yang baru masuk tak sampai sehari dia pula yang dibuang kerja. Jinjja eottokhae? (Seriously, macam mana ni?)
Setiap minit ada sahaja pelanggan yang berkunjung ke cafe ini. Ada yang sanggup beratur tunggu lama untuk mendapatkan meja. Sesekali mata aku tertumpu ke arah bilik pengurus. Dah 15 minit tetapi masih belum keluar?
Suasana kafe biasa seperti tiada apa yang berlaku. Aku hairan sendiri. YooNa datang mencuit bahu aku. Aku menoleh. "Gwaenchana?(okay tak?)" soalnya.
Aku tersenyum kelat.
"Tiada apa yang perlu dirisaukan. Everything should be fine. Lagi pun bukan salah dia. Dia hanya mempertahankan stuff di sini saja." kata YooNa seakan faham apa yang sedang aku fikirkan.
Ya, betul. Hanya mempertahankan stuff. Dia membantu aku kerana tak lebih daripada rakan sekerja sahaja. Bisik hati kecilku hampa. Aku mengangguk perlahan. Aku lihat pintu bilik pengurus sedang tertutup.
Terus wajah MinJun aku cari tapi tiada. Cepatnya menghilang? Entah-entah apa yang aku fikirkan tadi betul terjadi?! Dia dibuang?! "Unnie. Saya nak ke tandas sebentar?" pinta aku.
YooNa mengangguk. Pantas kaki aku menuju ke bilik persalinan yang bersambung dengan tandas. Sunyi. Tiada siapa. Hati aku kembali resah. Mana dia ni?
Puas aku mencari di celah-celah almari tetapi masih tiada. Aku memandang locker. Idea bodoh aku menerjah datang. Satu keluhan berat aku lepaskan. Siapa je yang nak sorok dalam locker waktu-waktu macam ni?
Mana MinJun ni main sorok-sorok ke apa? Desis hati aku. Siapa yang main sorok-sorok kau je yang rajin pergi cari dia!Jawab satu suara dalam diri aku. Aik? Bila masa aku ada kembar di dalam badan aku ni, sampai boleh main tolong jawabkan lagi?
Aku keluar dari bilik itu dengan perasaan yang berkecamuk. Pandangan aku jatuhkan ke bawah. Hancur hatiku... Ceh! Jangan nak over sangat lah. Aku terhenti tatkala terasa kepala aku berlaga dengan sesuatu.
Siapa pula yang letak almari tengah-tengah alam ni? Eh, kenapa almari ni ada kasut? Almari moden ke? Seluar pun dia pakai juga? Perlahan-lahan aku dongakkan kepala memandang atas. The fish?! Bila masa dia ada dekat sini?!
Patutlah masa langgar tadi tak keras sangat..
"Gwaencanha?" soalnya seperti tidak senang dengan renungan aku. Riak wajahku yang tadi blur terus bertukar. Elok sangat perangai aku ni. Sudah terhantuk baru tengadah.
"Nae. Jaesonghabnida.(Ya,maafkan saya.)"badan aku bongkokkan sedikit sebelum mengorak langkah.
Lelaki itu terdiam seketika. "Tunggu."
Panggilannya membuatkan langkah aku terhenti lalu badan aku pusingkan menghadapnya. Dah kenapa ni? Terlanggar sikit je kot.
"Siapa nama awak?" Soalnya pula. Pandangan matanya tepat menusuk ke dalam mataku. Nada suaranya tak begitu dingin dan tak juga begitu mesra.
Aku meneguk liur. Dah kenapa pula dia ni siap tanya nama? Tapi ada sesuatu yang pelik tentang dia ni, kenapa baju dia lain sikit daripada baju pelayan-pelayan yang lain?
Baju macam ni tengah trend ke? Atau dia pekerja di sini juga? Tapi aku pasti seperti pernah nampak baju yang sebegini, di mana ya?
"Han JiAnn.." jawabku perlahan.
Dia menundukkan sedikit tubuhnya ke arah aku. Seperti mahu mendengar suara aku dengan lebih jelas.
"Han JiAnn? Awak pekerja baru?" Soalnya lagi. Aku hanya mengangguk.
"Lain kali jangan careless. Jalan pandang depan. Okay?" Sempat dihadiahkan kepada aku senyuman yang boleh membunuh jiwa wanita jika terlihat senyumannya itu sebelum dia beredar.
"Nae.." Aku tertunduk sendiri malu. Haih.. kenapa lah malang nasib aku sejak masuk sini? Tangan melecur, pergaduhan yang melibatkan MinJun dengan pelanggan, dan sekarang? Terlanggar a boy with pretty baby face. Gosh!
Aku kembali menyusun langkah ke arah meja penyambut tetamu. Tepat pada masa yang dijanjikan, semakin ramai pengunjung datang memeriahkan suasana sambutan majlis ulang tahun kelahiran pelanggan yang menempah beberapa buah meja di sini.
"Ouh, ulang tahun kelahiran dia ke? Patutlah nama yang tercatat pada binaan yang digantung pada dinding seakan-akan aku kenal." Bisik aku sendiri perlahan.
Melihat wajahnya mengingatkan aku pada masa aku kecil-kecil dahulu. Memori lama yang sukar aku lupakan kembali menerjah ruang fikiran aku. Wajahnya aku tenung tepat. Wajah itu lah..
Flashback~
"JiAnn!!" Laung seorang remaja perempuan yang sama usia seperti Ann. Ketika itu Ann 15 tahun. Ann mengalihkan pandangannya ke arah empunya suara. Terus bibirnya mengukir senyuman mekar.
"Nana!!" Ann melambai ke arah Nana yang berjarak hanya beberapa meter dari Ann. Nana berlari-lari anak ke arah Ann.
"Apa awak buat? Seorang sahaja?"
"Erm..tak lah, tadi dengan MinHo Oppa tapi dia pergi ke mana entah."
Wajah Nana sedikit berubah namun dia tetap tersenyum. "Nah, saya bawakan awak air jus oren!" Nana menghulurkan setin air kepada aku. Air tin bertukar tangan.
"Gumawo, Nana."
Nana tersneyum lagi. Kami bergelak ketawa keriangan sehinggalah senyuman aku mati tatkala buaian aku direntap Apabila aku menoleh MinHo senyum sinis kerana berjaya membuatkan aku terkejut.
Nasib aku tak terjun daripada buaian ni tau! Kalau tak ada yang balik rumah kepala benjol depan. Getus hati kecil aku. MinHo yang hanya tua 3 tahun daripada kami sering meluangkan masanya di taman.
Suatu hari selepas menghantar Nana pulang MinHo mengantar aku pula. Dalam perjalanan pulang sampai sahaja di persimpangan berdekatan rumah aku, MinHo bertanyakan soalan yang membuatkan aku duduk tidak senang siang dan malam.
"JiAnn.." panggilnya lembut. Aku menoleh sambil tersenyum. Langkah aku turut terhenti di persimpangan itu.
"JiAnn suka lelaki yang macam mana?"
Aku menggetap bibir sambil mengerutkan kening berfikir untuk menjawab soalannya. "Wae? (Kenapa)"
"Just answer me."
"I think.. I like someone who always make me happy go lucky."
"Lagi?"
"Erm.. lelaki yang selalu berada di sisi Ann walau dalam apa jua keadaan yang menimpa Ann. Caring pasal Ann, sentiasa sayang dekat Ann, hensem, cool , pandai masak, senang cerita full package lah! Kenapa oppa tanya?" Soalku yang mula hairan
"Saja.." Katanya seraya mengalihkan pandangan ke arah lain sebentar.
"Okay." Jawab aku tanpa ragu-ragu.
"Tapikan, apa yang Ann akan buat kalau ada orang luahkan perasaan dekat Ann kerana dia suka Ann sejak kecil . Apa Ann akan buat kalau itu terjadi?" Mata MinHo memandang tepat ke dalam anak mata aku.
Entah kenapa jantung aku mulai berdegup kencang seolah-olah ada sesuatu yang tak dijangka akan terjadi. Wah, wajah aku pula terasa semakin panas! Rasa lain macam je saat ni, sebelum ni mana ada rasa macam ni.
BERSAMBUNG~
I'm very sorry cuz late update!! Jinjja MIANHAE!! Bukan apa sebab author kena ambil PT3. And baru-baru ni author kurang sihat so faham-faham jelah...BTW enjoy!
YOU ARE READING
Shakespeare 2: Cinta Musim Luruh
FanficSudah 3 tahun berlalu, Ann masih berharap pada Shakespear si mulut manis. Suatu hari, Ann terserempak dengan seseorang yang amat mirip seperti Shakespear. Siapakah dia? Shakespear di dunia moden? Kini MinHo kembali dalam hidup Ann. Lelaki yang perna...