Entah kenapa jantung aku mulai berdegup kencang seolah-olah ada sesuatu yang tak dijangka akan terjadi. Wah, wajah aku pula terasa semakin panas! Rasa lain macam je saat ni, sebelum ni mana ada rasa macam ni.
"Siapa je yang suka dekat Ann? Ann bukannya cantik pun."
"Oppa tak cakap pun lelaki tu suka Ann sebab Ann cantik atau tidak tapi sebab tu, hati Ann baik. Kalau dalaman cantik luara pun mesti sama cantik. Hati baik muka pula cun, kira bonus lah tu!" MinHo tersenyum lagi menampakkan barisan giginya yang menawan.
Aku tersipu malu. Dia baru je puji aku cantik ke tadi?
"Mungkin Ann akan pertimbangkan dahulu sama ada dia menepati citarasa Ann atau tidak. Tapi kalau dah kawan lama dan selesa dengannya mungkin Ann akan tolak sebab Ann lebih selesa jika kami berkawan seperti biasa, kecuali.."
"Kecuali apa?" Soal MinHo yang memotong ayat aku.
"Kecuali Ann juga suka dekat dia." Jawab aku ringkas. Mudah dan senang untuk difahami.
"Kalau dia betul-betul suka dan cinta akan Ann walaupun Ann tak cinta akan dia, adakah Ann akan menolak juga?"
"Maybe. Bergantung pada Ann lah nak terima atau tak."
"Macam mana kalau oppa cakap oppa lah lelaki yang suka, cinta dan sayang sangat-sangat dekat Ann, adakah Ann masih akan menolak oppa?"
Soalannya membuatkan aku terkedu, lidah menjadi kelu. Aku terdiam seribu bahasa. "Oppa..?"
MinHo memandang aku dengan pandangan matanya yang redup dan mula menggeleng kepalanya beberapa kali seakan faham apa yang sedang bermain di fikiran aku."Kalau Ann, kalau." Perkataan kalau ditekankan beberapa kali.
Aku menghela nafas lega bercampur sedikit hiba. Lah, ingat betul-betul tadi.. "Entah lah. Er.. Ann balik dulu. Annyeong!"
Aku terus memecut laju meninggalkan MinHo yang terkebil-kebil memandang aku. Nama aku diseru namun aku pekakkan saja.
Argh! Tak boleh, tak boleh! Muka aku sudah memerah seperti tomato kerana malu yang teramat. Kenapa oppa buat Ann macam ni! Malunya!!
Keesokkan harinya sikap Nana seperti berubah. Aku menegurnya ketika di sekolah malah dia hiraukan saja. Nana acap kali melarikan diri daripada aku. Apabila ditanya mengapa dia hanya menjeling geram.
Perkara itu berlanjutan selama 14 hari. Argh! Aku dah tak tahan, walaubagaimanapun aku merayu untuk meminta penjelasannya dia malah memarahiku semula.
"Nana, tunggu! Kenapa ni?" Lengannya aku gapai dan mematikan langkahnya.
"Apa lagi awak nak?!" Dia menoleh sambil mencerlung aku tajam.
"Yang awak nak marah-marah saya ni dah kenapa? Apa salah saya dekat awak? Cuba awak jelaskan dekat saya, saya tak faham lah."
"Wow! Drama queen eh kau ni?! Kau dah rampas kebahagiaan aku, sekarang kau tanya aku kenapa aku marah dekat kau?"
Nana melangkah mendekati aku bersama muka bengisnya. Aku pakukan kaki aku untuk tidak bergerak. Nana tak pernah macam ni, kenapa tiba-tiba saja?

YOU ARE READING
Shakespeare 2: Cinta Musim Luruh
FanficSudah 3 tahun berlalu, Ann masih berharap pada Shakespear si mulut manis. Suatu hari, Ann terserempak dengan seseorang yang amat mirip seperti Shakespear. Siapakah dia? Shakespear di dunia moden? Kini MinHo kembali dalam hidup Ann. Lelaki yang perna...