Kicauan burung di pagi hari yang indah membuatkan Ann tenang mendengar suara alam. Pagi ini dia bangun lebih awal untuk beriadah, dengan beriadah juga masalah yang dibeban dapat dilupakan sebentar.
Ann duduk di bangku khas yang di sediakan di taman itu setelah membuat beberapa pusingan. Air di tangan diteguk. Peluh dilap menggunakan kain yang tergantung pada lehernya. Kalaulah Shakespear ada di sini, pasti hidup aku lebih ceria.
Memori ketika kita bersama main di taman tema, macam-macam rancangan kau bagi pada aku supaya SeungJo jadi milik aku tapi semuanya gagal. Rasa seperti orang lembab pula ketika itu.
Di depan mata sibuk dikejar akhir sekali sangkut dengan kau juga. Tapi, kebahagiaan kita hanya sementara. Kau kata kita akan bertemu kembali, tapi adakah mungkin kata-kata kau itu benar? Atau ia hanya kata penyedap hati aku sahaja?
"Oit! Kenapa termenung?" JungAe mencuit bahu aku, serta merta lamunan aku terbang pergi meninggalkan aku di dunia nyata. "Ha? Mana ada, aku cuma terfikir..Ke mana dia menghilang?" aku mendongakkan kepala ke langit, melihat suasana langit yang hanya disinari sisa matahari.
"Dia? Siapa?" Tanya JungAe hairan. Apa Ann mengarut ni? Siapa dia?
"Duit aku, semalam aku letak atas meja pagi tadi bila aku cari dah tak ada." aku cuba berdalih. Harap-harap JungAe percaya. Sehingga kini aku musykil, mengapa diorang tidak mengenali Shakespeare sedangkan mereka turut bersama aku dan Shakespeare di taman tema ketika itu.
"Siapa suruh letak bersepah, kan dah hilang." JungAe ketawa kecil.
Flashback
"Shakespeare? " tanya JungAe dan SeungJo serentak. Aku mengangguk. "Tak akan korang tak kenal? Dia ada bersama kita semasa di taman tema ketika itu. Ala, budak dari luar negara itu." kata aku.
SeungJo melekapkan tangannya di dahi aku. "Tak panas." Katanya sambil memandang ke arah JungAe. Segera aku menepis tanganya. Memanglah aku tak demam, aku masih waras!
"Aku rasa kepala kau terhantuk kuat ketika kau pengsan. Perlu ke kita ambil rawatan untuk dia?" tanya SeungJo sambil menjongket-jongketkan keningnya ke arah JungAe. JungAe hanya tersenyum hambar antara ia dan tidak.
"Kenapa dengan korang ni? Aku serius! Mustahil korang tak kenal, korang ada bertegur sapa dengan dia lah!" aku semakin frustrated. Kenapa dengan semua orang ni? Aku tak bermimpi lah!
"Ann, aku rasa kau hanya berhalusinasi. Kalau aku kenal dah lama aku kata aku kenal, tapi masalah sekarang aku tidak kenal siapa dia? Bila aku jumpa dia? Bila masa pula ada budak luar negara masuk sekolah kita? Kalau betul apa kau kata, kenapa aku dan SeungJo tak tahu?" JungAe melepaskan berdas-das soalan kepada aku.
Aku hanya mengeluh berat. Tak mungkin hanya aku seorang yang mengenali Shakespeare sedangkan mereka juga ada bersama.
"Ann, kami balik dahulu lah. Aku rasa lebih baik kau berehat supaya otak kau stabil balik." SeungJo bangun daripada duduk di sisi katil aku. JungAe turut bangun. "Aku pun. Aku balik dulu, annyeong." kata JungAe sebelum beredar meninggalkan aku seorang di dalam bilik wad itu.
Buku di sisi katil terletak cantik di atas meja aku tenung lama. Tertera nama penulis karya terulung, Shakespeare. Aku tak bermimpi, tapi semua memori yang bermain di dalam minda aku seoalah-olah diulang tayang banyak kali. Perit!
End Of Flashback
"Ouh ya, bagaimana kau dengan SeungJo?" tanya aku memecah keheningan yang sunyi sebentar tadi. Serta merta muka JungAe berubah warna. "Er..SeungJo kata, bulan depan dia akan bawa aku berjumpa dengan orang tuanya begitu juga aku. Kami akan berkahwin tak lama lagi."
JungAe tersipu-sipu dengan soalan aku tadi. Aku tersenyum melihat gelagat JungAe. Setelah sebulan selepas aku keluar daripada wad, JungAe dan SeungJo mengishtiharkan hubungan mereka. Tak sangka JungAe turut mempunyai perasaan yang sama seperti SeungJo.
Hubungan mereka berlanjutan sehingga sambung belajar di universiti, kami dapat keputusan yang cemerlang dan masuk ke universiti yang sama tetapi kos yang berlainan.
Sudah 3 tahun hubungan mereka terjalin, pasang surut dalam percintaan itu biasa. Semakin cinta diuji, semakin kukuh ikatan yang terjalin. Aku cemburu dengan mereka. Aku rindu Shakespeare. Di setiap pagi dan malam, aku tertanya-tanya di mana kau berada? Aku menunggu saat kau akan kotakan janji kau untuk kita bersua kembali.
Bersambung~
![](https://img.wattpad.com/cover/79152503-288-k331725.jpg)
YOU ARE READING
Shakespeare 2: Cinta Musim Luruh
أدب الهواةSudah 3 tahun berlalu, Ann masih berharap pada Shakespear si mulut manis. Suatu hari, Ann terserempak dengan seseorang yang amat mirip seperti Shakespear. Siapakah dia? Shakespear di dunia moden? Kini MinHo kembali dalam hidup Ann. Lelaki yang perna...