Bab 2

6.2K 172 1
                                    

DINIHARI yang begitu menyejukkan itu digagahkan juga apabila air sejuk menjamah kulitnya. Hatinya tekad melupakan apa yang terjadi. Matanya dipejam tatkala air yang dipasang itu mengenai kepalanya. Usai mandi, kakinya dilangkah ke rak buku dan kitab-kitab yang tersusun kemas. Diamati sedetik al quran yang sering kali dibaca apabila saat-saat hatinya gundah gulana. Dibentang tikar sejadah di tepi katilnya. Solat tahajjud didirikan. Niatnya ingin beristikharah sahaja pada pagi itu. Selesai melakukan solat sunat tahajjud,solat taubat dan solat istikharah, kitab suci Al Quran dibuka untuk dialunkan semerdu mungkin. Sesekali bacaannya terhenti tatkala sebak dihati cuba ditahan. Jam dipandang sekilas. Sudah hampir masuk ke waktu solat subuh. Rizal bingkas bangkit dari duduknya dan mengambil sekali lagi wuduk. Masih ingat lagi pengajiannya di universiti. Bahagian pengajian islam menjadi pilihan. Jika sesiapa yang mengambil wuduk sedangkan ketika itu dia masih ada wuduk, maka pahala yang akan didapat olehnya. Selesai sahaja wuduk, Rizal mendirikan solatnya. Di tumpu sesungguh hatinya agar tiada apa mampu melintas melainkan dengan Nya. Dalam sujud terakhirnya, doa untuk arwah Nabila tidak terlepas dari tatapan bibirnya. Biarlah perginya seorang yang amat dicintai. Ada hikmah mungkin di sebalik apa yang terjadi. Salam terakhir dihabiskan dengan senyuman penuh syukur. Tangan kanannya diletkkan di dada kirinya. Terasa lapang benar. Pakaian nya ditukar. Rizal mengenakan baju t shirt dan seluar trek separas lutut. Kakinya menuruni tangga rumahnya. Kembali teringat waktu dia bersama Nabila. Memang sukar hendak dilupa. Tambahan lagi dia sahaja yang ada untuk hidup bekas tunangnya itu

"Asalamualaikum mama"Rizal memeluk cium pipi ibunya. Dain Azita dan Dato Izril sudah tercengang tak terkata. Adiknya Misya juga tergamam melihat perubahan abang sulungnya

"hey! Kenapa dengan semua ni? zal panggil salam tak ada siapa nak jawab ke?"

"walaikumsalam Rizal. Anak mama ni sihat ke"

"Alhamdunillah. Kenapa mama tanya zal macam tu? zal okey je. Misya?papa?kenapa"

"bukan ke along... "

"pergi tetap pergi kan. Along rasa ni lah masanya. Misya jangan risau "

"ye la. Kan ita dah bagi tahu kat abang kan. Yang anak kita ni memang kuat"

"Alhamdunillah mama. InsyaAllah Zal cuba"

****************
-FLASHBACK-

"ZAFRIN. Apa salah Sya?tiba-tiba je Zaf nak lepaskan Sya?"Nick menyoal

"Sya tak ada salah dengan Zaf. Zaf yang rasa relay kita dah tak ada apa-apa"Zafran yang berjarak umur 3 tahun dari Nick yang berusia 17 tahun pada masa itu memandang tepat ke wajah Nick

"sampai hati Zaf . Sya tak buat pun "

"memang Sya tak buat apa-apa. Tapi Zaf yang tak nak relay ni lagi. Zaf dah ada orang lain"

"Zaf!tak cukup sempurna ke Sya. Siapa yang dah buat Zaf berubah macam ni?"Nick mula menakung air hangat. Baginya Zafran adalah segala-segalanya

"Sya!stop la. Dah orang tak nak lagi. Nak buat macam mana kan" Farah keluar entah dari mana. Nick memerhatikan figura yang berdiri bersebelahan Zafril

"Zaf harap Sya faham. Minta maaf lah. Sya tak payah cari Zaf lagi"

"Zaf?Farah!sampai hati kau. Kau kawan aku"

"cinta tu buta beb. Tak kenal siapa punya. Dah la. Jom sayang"


Inspektor Itu Suami Aku!Where stories live. Discover now