Bab 27

3.4K 129 1
                                    

"KENAPA tak bagi tahu aku dah malam"Nick menggosok matanya

"saya pun baru bangun. Dah! Jom mandi"

"tak nak ahh!"

"apasal la pulak? Mandi je pun. Nak ke badan tu busuk"

"tak..maksud aku.. Emm,biarlah. Aku mandi dulu eah. Bilik air mana?"

"depan awak je"Nick menoleh ke arah pintu gelongsor di bersebelahan almari. Hmm, rumah kampung. Tapi moden jugak. Nick mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air. Baju t-shirt nya dan seluar dibuka. Bengkung yang dipakai di bahagian dada dibuka juga. Haih, sampai bila la nak pakai? Nick membuka air pancut.(bahasa orang kampung tu. MK kan org kampung😅😁)
Baru sahaja air mengenai badannya, seekor lipas berjaya menspoilkan aktiviti semasa berkala Nick

"Arghhhhhhhhhh"Nick menolak pintu dan belari ke arah Rizal.Rizal yang hanya bertuala terkejut melihat Nick berlari ke arahnya tanpa seurat benang. Dah la macam tu, terkam pulak si Rizal ni sampai tergolek atas lantai

"Ya Allah! Kenapa ni? Sayang okey ke?"

"aku geli! Ada lipas!"Rizal memalingkan pandangannya. Nick yang memandang berasa hairan. Baru dia teringat! Dia tak pakai apa-apa!

"Rizalll! Kau nampak ke!!!"Nick berlari semula masuk ke dalam bilik mandi dengan gerakan sepintas kilat. Terus dengar pintu bilik air kena kunci

"nasib baik iman abang tak goyang kau"Rizal mengesat peluh di dahinya yang memercik menahan iman

***************

DI meja makan, Nick lebih banyak diam dan hanya menjawab apa yang ditanya oleh Qila dan Mak Tok. Rizal jadi bake up bila situasi tegang sikit. Lepas makan, Qila keluar. Rizal pulak lepak dekat tangga sembang dengan kawan-kawan dia. Nick je yang teman Mak tok bersembang dekat dalam rumah

"tak silap mak tok, kamu ni cucu ijah kan. Anak tan Sri Adam"

"ye Mak tok. Macam mana mak Tok tahu?"

"tak silap mak tok la, rumah arwah nenek kamu ada kat hujung kampung kan"

"ye la"

"lama kamu tak balik sini ye Sya. Tak ingat ke kat mak tok?"

"maaf la mak tok. Saya tak ingat siapa-siapa pun. Jalan balik kampung ni pun saya dah tak ingat"

"kamu kenal Shah?"

"Shah?"terimbas balik wajah Shah yang memang menyakitkan hati. Dari kecil, sehingga besar dia dihantui dan bergaduh dengan Shah! Memang dia tak akan maafkan Shah pun sampai bila-bila. Banyak sangat perkara yang Shah buat pada Nick. Masa kanak-kanak Nick langsung tak macam budak lain. Shah memang jahat

"Shah tu hidup lagi ke mak tok?"

"Astaghfirullahalazzim. Suami kamu tu Shah la"

"Haaaaaaaa!"Nick memandang ke arah tangga rumah Mak Tok. Terpandang Rizal ketawa bersama kawan-kawannya

"Sya!" Mak Tok menepuk paha Nick. Secara spontan Nick melatah

"opocot suami aku Shah meletup"terus Rizal menjenguk ke dalam rumah. Mak tok sudah mengekek ketawa

"mak tok ni! Terkejut la saya. Nasib baik tak gugur jantung"

"mak tok panggil kamu banyak kali dah. Kamu termenung je"

"la, ye ke? Maafkan say La mak tok. Saya ni memang macam ni.hehehe"

"rindu mak tok dengan Rizal. Nasib baik kamu kahwin dengan Rizal. Sekurang-kurangnya, terpujuk juga dia"

"maksud mak tok?Rizal tu..."

"Sya"Rizal memandang tepat ke arah Nick dan Mak Tok

"err, mak tok, saya masuk tidur dulu ye"Nick meraih tangan Mak tok dan mengucup. Nick berlalu ke bilik bersama Rizal

"apa yang awak nak tahu lagi pasal saya ni?"

"kau ni kenapa?"

"6 bulan tu tak cukup ke untuk awak kenal saya?"

"yang kau nak emo tiba-tiba ni apasal? Patutnya aku yang perlu soal kau macam tu. Kau tak kenal aku lagi ke?"

"saya kenal awak la!"

"kau tahu aku benci kau SHAH?!"Rizal menunduk. Ni mesti mak tok yang memberitahu

"dulu kau selalu buli aku! Marah aku! Kau jahat! Aku benci kau"

"sayang. Wait! Nanti, dengar saya explain"

"huh? Explain? Kau jangan panggil aku sayang! Geli seh aku dengar. Kau tu dulu musuh aku"

"but now, I'm your husband"

"suka hati kau la" Nick menuju ke katil dan menarik selimut. Malas mahu melayan. Terasa katil bergerak menandakan Rizal sudah naik ke atas katil. Selimut Nick ditarik

"what the..."Nick bangun dan menoleh ke arah Rizal dan menarik semula selimut. Nick berbaring semula.Rizal pula bangun dan menarik selimut

"kau ni kenapa Rizal!!! Sejuk la! Aku nak selimutttttt"

"alah,ni bilik saya. Biarlah saya nak lebih"Nick menarik lebih kuat. Rizal pun begitu. Akal jahat Rizal mula menjalar. Lama dia tidak bergurau dengan musuh seteru nya. Dilepas selimut yang ditarik oleh Nick. Akibatnya Nick hampir terjatuh ke belakang. Nasib baik Rizal sempat memegang. Nick mencampak selimut ke muka Rizal

"kalau aku jatuh tadi! Malas layan kau dah! Lantak la kau"Nick turun dari katil. Rizal masih belum habis ketawa

"gelak! Aku nak tidur dengan mak tok"

"ala sayang, jangan la"

"eiii! Buwerkkkk"

"ai, tak kan nak bagi saya anak kut?"

"gatal kau annn!"

"kay, sorry. Dah la, mai tidur sini. Saya bagi awak selimut saya yang cantik gebu ni"Nick memandang Rizal yang tersenyum menyeringai ke arahnya. Tiba-tiba bulu romanya naik menegak

"seram do! Kau jangan senyum la macam tu. Aku tumbuk kau baru tahu. Dah la! Tidur"

Inspektor Itu Suami Aku!Where stories live. Discover now