BAB 14

3.8K 120 0
                                    

PUKUL 2 pagi Rizal bangun dari tidurnya semata-mata nak temankan Nick ke bilik air. Apa la Nick. Perangai tak senonoh. Kay kay .. Jangan marah kat Nick. Nick kan tak sihat. Kau orang pun

"sayang, dah siap ke?" Rizal menyandar di pintu bilik air. Penat pagi tadi pun masih terasa

"dah" Nick mengigit bibirnya. Mukanya sudah pucat kerana sejuk sangat bilik ni

"kita tutup air cond la"

"tak nak. Nanti panas" Nick duduk di atas katil. Tangannya digosok-gosok untuk mencari haba

"demam ke? Mari saya nak pegang dahi" Nick mendekatkan wajahnya dengan tangan kekar Rizal

"panas la. Awak nak pergi hospital tak?"

"err.. Saya takut hospital" Nick menyembunyikan wajahnya

"la. Ye ke? Kalau macam tu, kita makan ubat dulu eh"

"tak nak. Pahit. Saya tak nak ubat"Rizal berfikir sejenak. Masih teringat akan Aqlima yang memberi tahu tentang Nick. Memang begini perangai Nick masa demam. Manja tak bertempat

"ok, kalau tak nak ubat, awak nak apa?"

"emm, saya rasa nak makan tapi tak lalu. Nak tidur pun tak nak sebab nanti demam saya makin teruk, saya nak buat apa?"

"jom tengok tv"kata Rizal lalu memejam matanya

"boleh jugak. Kita main game la. Saya banyak..." dengkuran halus kedengaran

"Rizal"

"huh! Ya"

"saya nak tidur" Nick mendekatkan dirinya dengan Rizal

" Err.. Macam mana eah? Kalau awak nak..." Nick mengeluh halus

"saya tak minta benda tu pun" Nick baring di atas katil empuknya. Comforter tebal ditarik sehingga menutup mulutnya

"ye ke? Kira saya la yang perasan ni. Tapi tak pe. Saya tak kisah"

"emm" Nick menutup matanya. Terasa tubuhnya dipeluk. Adakah dia rela? Ke sebab dia sudah terbuka hati menyintai Rizal?

****************

"MACAM mana Nick? Baru first night dah demam" Adrina menyakat Nick yang mula membahang di sebelah Rizal

"Sya memang demam sebelum akad nikah lagi" Rizal menerangkan kepada ahli keluarganya yang baru . Erkk.. Mak mertua dan kakak ipar angkatnya

"macam mana Nick rasa sekarang? adakah lebih baik?" Adrian yang baru nak merangkak-rangkak mempelajari bahasa melayu menyoal

"okey"

"Mak Su! Nak ni!" Rykal menarik baju Nick

"nak apa?"

"Nak roti ni! Rykal tak sampai"

"nah. Kau pergi main kat mak tok kau" Nick menghulur roti coklat lalu menggosok kepala Rykal. Semua mata memandang Nick

"apasal?"

"tak ada apa-apa. Cuma teringat kali pertama Nick layan Rykal" Adrian menarik anak bongsunya supaya duduk di ribanya

"hemm. Betul" Nick ketawa kecil

"apa yang jadi?"Rizal memandang Adrian dan Adrina

"kali pertama Nick main dengan Rykal, Rykal buli Nick sampai Nick menangis.then, she knock Rykal's head with pillows.at last, both of this 'kids' cried until them sleep together" semua ketawa mendengar Adrian bercerita

Eyy! Mat salleh ni! Kena gak dengan aku. Pi bukak cita lama awat ╥﹏╥.. Mahu je aku seligi mamat ni cukup-cukup

"merah dah muka Sya" Tan Sri Adam menegur wajah Nick yang berubah merah

"lepas ni Rizal nak bawa Sya ke mana?" Puan Sri Zalina menyoal

"entah la mama. Saya pun tak ta.."

"Hospital" pintas Nick

"mak su! Semalam Rykal dengar Mak su rengek-rengek macam budak kecil. Rykal dengar"

"Rykal! Enough"Adrina sudah menjegilkan mata

"mana ada aku rengek-rengek. Kau silap dengar tu. Tu bunyi mama ngan abi kau kut" kali ni memang muka Nick dah merah habis dah. Rizal juga begitu sudah memerah muka

"betul maksu! Mama! Abi! Rykal dengar. Maksu cakap-cakap dengan paksu. Dia cakap.."

"RYKALLLLL!!!!!" Nick mengejar Rykal. Laju sahaja mereka berdua berlari

"Sya! Jaga sikit. Nanti jatuh tu"Puan Sri Zalina menegur. semua mereka hanya tersenyum

"eh! Rizal ni. Makan la. Apa yang tercongok kat situ" Tan Sri menghulur sandwich

"yer Tan Sr.. Err Papa"

"kena biasakan diri lagi tu"Adrian menyiku tangan Rizal

"senyap je si Sya dengan Rykal tu. Kejap Ina pergi tengok ye" Adrina berjalan segenap ruang. Terdengar seperti anaknya yang berumur 4 tahun itu memanggil Nick

"Mak su. Mak su bangun la" Rykal yang duduk di sebelah Nick tadi sudah tersedu sedan. Adrina membulatkan matanya

"Adik!" Terus dipangku Nick di ribanya

"Rizal!!"

"ha! Ada apa kak?" Rizal mengerutkan dahi

"Sya, kenapa dengan dia kak?"

"entah la. Rykal, macam mana mak su jadi macam ni?"

"tadi mak su lari. Lepas tu Rykal kata kat mak su gemuk sebab lari lambat. Lepas tu mak su berhenti. Dia cakap dia pening. Terus dia mati" Rykal mengesat mata

"ish! Nak mama rotan ke?dah pergi kat mak tok" Rizal mendukung Nick

"maafkan akak sebab Rykal"

"ala, budak kecik. Akak tolong buka lock kereta, Zal nak hantar Sya ke hospital" terus Adrina berlari ke kereta milik Nick

"Aston? Kak gurau ke?"

"yang ni je sempat. Ala, Zal pandai-pandai la"

------------------------------------------------------
----------------------------------------------------
----------------------------------------------------

Sorry la. MK ni bt cite hambar😔😓.. Bagi la idea

Inspektor Itu Suami Aku!Where stories live. Discover now