BAB 15

3.7K 132 0
                                    

"HAIH! Macam mana boleh demam sampai tahap ni. Tu la! Degil! Ubat tak nak" Nick menadah telinga sahaja apabila mendengar Zayn yang kini acah-acah maskulin di hadapan Azara. Kini sudah genap seminggu dia tidak sedap badan

"betui apa kata Zayn tu. Hang pun satu! Dah tau demam tu makan la ubat"

"aku tak nak makan. Pahit" Nick mengambil gula-gula hacks lalu dibawa ke mulutnya. Rizal yang sedari tadi teconggoh di hapan mereka semua hanya melayan sahaja apa yang dibual

"Aqlima mana?"Zayn tiba-tiba menyoal Nick

"awak ni kenapa tanya bini orang? Dah teringin sangat nak makan tapak kasut cap timberland ke?"

"ada-ada je kau orang ni! Datang sini nak apa sebenarnya"

"datang sini nak tengok hang la mangkuk oi" Azara mula dingin selepas Zayn bertanya begitu. Dia tahu Zayn menaruh hati pada Aqlima dahulu

"kau orang ni datang sini, nak minum apa-apa tak?" Nick menggapai remote tv nya

"hem, kalau nak buat tu boleh gak. Choco latte satu"

"tengkorang kau! Ingat ni coco rica ke? Urghh! Sat aku gi buat" Nick mengagahkan dirinya untuk bangun

"ehhh! Awak nak gi mana?"

"buat air la"

"tak apa. Saya pergi buat. Awak tak sihat kan" Rizal bingkas bangun ke dapur

"tengok tu, lagu tu la awak kena jadi. Ni tak da, lembik sana, lembik sini. Malu ja" Zayn menarik muka

"Nick, aku keluar kejap eah" Zayn terus bangun dan berlalu. Azara menjeling meluat dengan Zayn

"hang ni apasal?"

"hang tengok la dia. Aku tak boleh la kalau dia duk buat perangai. Aku tau la aku ni kasaq! Tak pakai tudung macam dia nak! Serabut hang tau serabut" Rizal kembali dengan sedulang air dan biskut yang dibeli

"la, mana kawan sorang lagi?"

"kat luar. Awak nak pergi luar, pergi la. Sembang dengan dia" Rizal mengambil dua mug nescafe dan berlalu sambil mata Nick hanya memeharti

"Sya, bertuah la hang dapat suami macam tu"

"Azara, aku tahu apa kau rasa. Tapi kau tak boleh ubah siapa dia. Kau kena tahu yang dia tu terbaik untuk kau. Macam apa yang aku cuba buat kat Rizal sekarang"

"maksud hang?"

"aku cuba terima siapa Rizal dan aku cuba untuk berubah"

"see! Hang pun cuba berubah Sya"

"tak. Bukan macam tu.you know? Trust each other. Like you can accept Zayn in your life. But you try to change yourself  for him. That's I try to be now"

*******

"OKAY tuan. Mangsa buat masa ni masih lagi dalam kawalan saya" Rizal menghendap di dalam rumahnya takut kemunculan Nick

"ye tuan saya faham. Tapi ini soal emosi tuan. Walaupun saya kahwin dengan dia atas dasar under cover, tapi saya tetap suami dia yang sah. Dan pekara ni melibatkan agama tuan" Nick yang terdengar terus berhenti dari terus mencuri dengar. Jelaslah sekarang kenapa Rizal seperti tidak endahkan dirinya. Hanya cukup sekadar mengetahui dirinya selamat sahaja. Hatinya tiba-tiba sebal

"sayang, awak buat apa ni?" Rizal tiba-tiba muncul. Nick pantas mengesat air matanya

"kenapa ni?"

"tak de apa. Kemas sini tadi, mata saya masuk habuk" Nick membesarkan matanya yang sudah sedia besar

"la, awak kan tak sihat. Apa la awak ni" pinggang isterinya itu dirangkul

"betul ke sebab habuk atau sebab lain ni? Sayang demam ke?" Nick tiba-tiba menyembamkan mukanya di dada bidang Rizal

"hey, kenapa ni?"

"betul ke awak kahwin dengan saya sekadar kerja je?" wajah Rizal berubah terus. Lantas tangannya membelai rambut Nick yang mula memanjang ke paras bahu

"sayang tak shiat lagi ni. Saya hantar naik atas eh"

--------------------------------------------------

Sorry tak de idea yunk. Vote😘



Inspektor Itu Suami Aku!Where stories live. Discover now