Bab 39

3.1K 97 6
                                    

PINTU kereta ditutup kuat

"kau gaduh dengan suami kau?"Fazila yang baru sahaja balik dari luar negara dijemput oleh Sya. Fazila ni sepupu Sya sebelah mamanya. Bukan selalu pun berjumpa. Tapi masih berhubung

"kau ni! Baru balik dari oversea boleh tak kalau tak membebel? Aku serabut tahu tak"

"ni aku nak stay mana ni? Kau ni pun satu hal la. Malam-malam macam ni aku mengimpikan bilik yang selesa dan ada sekotak pizza atas katil tu"Sya memandang wajah Fazila yang berharap gitu

"kau nak sangat kan. Sekejap"Sya mengeluarkan iphonenya dari poket seluar. Sya mendail sesuatu. Selepas siap memesan 3 kotak pizza, Sya menghidupkan enjin kereta. Jam sesekali dikerling

"pukul 1 pagi nok. Kau mengantuk?"

"tak pun. Time-time ni aku tengah lepak la weyh. Kau ni pun. Cakap macam aku ni duk kat malaysia"

"memang kat malaysia pun"

"Opps! Maafkam hamba" Sya tersenyum melihat telatah sepupunya yang seorang ni. Fikirannya mula menerawang pada Rizal

"jom la Sya.balik la cepat . Aku ngantuk gila dah ni"

"tahu pun diri tu gila"Sya ketawa kuat sambil memutar stereng kereta

"kau masih sama kan Sya" Sya tak balas apa-apa pun. Biar dia melayan perasaan sendiri

"Sya, kenapa kau tak pernah cuba untuk sayang diri kau sendiri?"

"apa maksud kau?"

"Sya! Please la. Aku tahy kau sekarang ni pura-pura je happy. Padahal dalam hati tu.. "

Sya tidak membalas

"kau boleh tak happy kan diri kau tu duku. Baru kau ingat untuk happy kan orang lain?"

"STOPP!!" Sya memberhentikan kereta mendadak

Fazila memandang Sya. Dia tahu , keadaan tadi sudah melampaui batas. Tapi niatnya tetap satu. Cuma nak melihat sepupunya itu bahagia

"macam mana aku nak hidup macam orang lain kalau setiap kebahagiaan aku kena halang?"

"apa maksud kau?"

"aku sayang nenek. Tapi nenek dah tak da. Aku nak mak bapak aku masa aku kecik lagi. Tapi Huzrie ada masa tu untuk ambil semua hak yang patut aku dapat. Zafril! Aku sayang dia! Cinta dia! Tapi kawan baik aku sendiri yang tikam belakang aku. And now. Rizal.. Pun ada orang nak ambil dia"Fazila melayan sahaja apa yang hendak diluah oleh Sya

"habis tu, macam mana aku nak happy? Hanya dengan member, dengan kau je aku boleh happy. Aku cuba untuk lupa ! Tapi hati aku sakit! Kau faham tak?"

"Sya" panggil Fazila sepatah

"kita balik jom"

Sya mengesat matanya. Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya

"aku biar kau drive eah. Aku nak tidur"

*************
**************
*****************

"SYA pergi mana? Lambatnya balik"Puan Sri Zalina membuka pintu

"ma, Sya dapat call tadi. Fazila. Anak pak ngah dah balik malaysia. Dia turun penang sebab lagi 2 minggu dia ada dapat tawaran kat sini.tak apa ke kalau dia tidur sini?"mata Puan Sri Zalina melirik ke arah kereta anaknya. Memang anak saudaranya ada di situ

"hmm, mama kejut si Fazila tu. Kmu masuk dalam. Suami kamu demam. Abang Ad teman kan dia tadi. Nasib baik abang Ad tu ada. Baik dia tu. Jaga Rizal. Nak harap Sya.. Hmm. Dah pergi la" Sya menggosok rambutnya. Sya segera masuk ke biliknya. Memang betul kata Puan Sri Zalina. Rizal demam. Dia sudah beri tahu awal-awal yang suruh sahaja Rizal rehat di runah. Tapi, Rizal berkeras juga nak ikut sekali. Sya duduk di sisi Rizal. Sebenarnya, tiada apa pun dalam telefon Rizal. Tapi, itu sahaja tiket nak larikan dirinya pada masa itu. Sya membuka hoodies nya. Hanya tinggal singlet hitam gym nya dan seluar jeans

"baru balik?"Rizal menyoal lalu matanya dicelik

"hmmm"

"tadi cakap apa kat abang? Tengok phone abang? Abang tengok tak ada apa pun"

"sorry"

"hmm.. Tu la kau orang ni. Perempuan semua macam tu"

"abang pun satu. Please jangan sebut lagi pasal anak. Anak tu urusan Allah. Selagi Allah tak bagi rezeki, selagi tu la kita kena usaha"

"okey. Abang minta maaf. Kita usaha sekarang la eah"

"eiii!! No way. Dah la. Sya penat la. Sya nak tidur" Sya mencium dahi Rizal sebelum merebahkan badan

"tapi abang pelik. Kenapa Sya moody je kat meja makan tadi? Pasal abang atau pasal .. Huzrie"

Sya memutar bola mata lalu duduk

"abang, Sya bukan nya moody masa tu. Cuma Sya rasa memang patut Sya buat muka macam tu. sebab ye la, Huzrie ada kat depan kut"

"Sya sayang Huzrie sebagai abang atau lebih"

"siapa? Si Huzrie tu? Abang boleh tanya Sya sayag dia macm mana? Abang dengar sini baik-baik! sya tak akan pernah rasa apa-apa pun dengan dia. Sampaikan Sya nak rasa benci pun, Sya rasa memang arghh!! Tak tahu la. Abang ni kenapa? Huzrie! Huzrie ! Huzrie"

"abang cuma nak tahu"

"abang tak perlu tahu apa-apa pun. Sya memang tak akan pernah terima Huzrie dalam hidup Sya. Sama ada sebagai abang atau pun sesiapa je"

"Zayn?"

"he just my best freind ever"

"Zafrin?"

"abang, stop tanya pasal laki lain la. sya penat la abang. Sya cuma ada abang seorang ! Okey? Just you"Sya baring dan menarik comfeter tebal hingga menutup mukanya. Rizal pula masih memikirkan apa yang Sya katakakan tadi. Mungkin ada betulnya. Tapi, setiap kali Sya hampir dengan Huzrie, hatinya gelisah. Jika dengan Zayn pula, perasaannya gundah. Zafrin lagi la membimbangkan

"apa lagi abang fikir?"

"tak ada apa"

"tidur la. Sya faham perasaan abang. Tapi Sya nak buat apa lagi. Sya cuma ada abang seorang"

"abang tahu. Tapi..."

"apa yang tapi lagi abang?"

"abang takut abang tak boleh nak bahagiakan Sya macam mana yang Sya nak"

"maksud abang?"

"Sya, abang.. Abang takut sejarah kita dulu .. "

"abang. Sejarah tu memang Sya akan ingat. Tapi , abang tolong la faham Sya. Sya perlu masa"

"abang faham"Rizal memejamkan mata. Hatinya dikawal daripada menangis. Nasib la jadi laki sado. Dah tu polis lak tu. Tahan la kau air mata kau tu.. Hahahaha. Kalau nangis malu beb. Detik hati Rizal. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyum pula. Otak pun penat fikir

Inspektor Itu Suami Aku!Where stories live. Discover now