Bab 29

3.5K 112 2
                                    

BILA rasa bosan ni! Ajak la kawan-kawan datang kampung. Main bola sekali la ap la. Mujur dekat jugak. Lagi pun memang si Azara ni nak balik rumah nenek dia pun kat situ

"PASS la kat sini woi!" Zayn memberi bola kepada Nick. Azara pula mengelecek bola. Pemain-pemain lain memainkan peranan yang hebat. Biasa la, budak padang. Nick pun gila main dengan dia orang. Di ajak nya sekali azara,Zayn dengan suaminya sendiri. Aqlima, memang ada niat untuk ajak. Tak akan la dengan sarat macam tu nak bawa ke sini main

"weyh! Kat sini!"pasukan lawan menjerit. Rizal mengambil bola dari Azara dan membawa ke gerbang gol

"Zal! Pass kat Zayn dulu"

"mana boleh"

"pass kat Zayn!" Rizal akur. Zayn menyambut bola dan menendang dengan kuat. Nick pula mengambil dan menendang ke arah pintu goal. Pasukannya yang lain tergamam menunggu keputusan

"GOALLLLLLLLLLLLLLLLLL"Nick dan yang lain menjerit. Nick melompat sambil memeluk Rizal

"ehem! Ni padang ye. Bukannya bilik hang pa"Nick tersengih dan menjauh sedikit. Mereka semua beransur pulang apabila hari beransur senja. Menjadi kebiasaan Nick akan pergi ke padang dan bermain bersama budak-budak padang yang hampir dengan  rumah neneknya dulu. Rizal mengesat peluhnya dan berjalan beriringan dengan isterinya

"tak pernah-pernah isteri dengan suami main bola sekali. Best jugak kan sesekali"

"haa! Tu kau tak tahu. Kau kira untung la dapat isteri macam aku. Level limited adition do"

"memang limited pun. Sentuh pun belum" Rizal bergumam dengan mulut tertutup. Nick menoleh

"kau cakap apa?"

"haa? Tak ada apa" Rizal berhenti seketika. Kerap juga dia berhenti. Nick mula hairan. Tanya la kalau nak tahu kan-_-#. Sampai je rumah, Rizal terus menggapai kerusi di set meja santai yang sengaja diletak di luar

"kau apasal?"

"kaki saya sakit la"Nick mengahampiri kaki Rizal. Kasut bola Rizal dibuka

"laa! Kau tak pakai ankle guard ke?"

"tak, lupa nak pakai"

"hadui, ni kena potong kalau gaya macam ni"

"amboi! Nipu ngat aih"mereka ketawa sekali

"tak apa. Kau tunggu sini jap . Aku pergi ambilkan minyak urut"

"awak pandai urut ke?"

"aku?huh! Champion  la.dulu masa kat dorm, aku la tukang urut dia orang. Tapi tu la, lepas je aku urut, mesti dia orang dah tak nak kena urut lagi dah"

"errr, kenapa? Kalau macam tu tak apa la Sya. Saya urut sendirian berhad je la"

"eh! Mana boleh. Aku kan ISTERI kau. Aku cuba nak bagi yang terbaik ni"tangan Nick menyentuh bahagian yang agak kebiruan. Daripada melutut, sampai la Nick duduk atas lantai simen tu. Sebab nak cari posisi selesa la kononnya masa mengurut. Rizal pulak tak habis-habis menjerit sakit la, geli la, apa la

"kau diam boleh tak? Aku nak urut ni"

"jap la! Sakit tahu tak?"

"ish! Sambung malam ni la"

"malam ni?"Rizal senyum sampai ke telinga

"eiiiii! Kau ni gatal kan!"

"apa gatal pulak? Ei! Dia yang bayang kan benda- benda yang tu, saya pulak yang kena"

"mana ada aku buat macam tu"

"ada. Tadi duk, aeiiiiiii"Nick ketawa panjang apabila Rizal meniru gayanya

"saya cakap malam ni leh urut lagi"Nick membalas

"ha?"

"la! Tak dengar ke?"

"tak, tadi.. Awak ada sebut"

"sebut?"Nick menyoal kembali. Rizal hanya menggeleng lembut. Malas mahu bertanya lagi. Sejurus itu telefon bimbitnya berbunyi

"tak akan baru cuti 3 hari pun dah call kut. Agak-agak la. Nak cuti pun susah!"Nick bangun dari lantai sambil mulutnya terkumat kamit menahan geram. Baru dia ingin memanjakan diri dengan suaminya sendiri dah ada yang sibuk. What? Manja! Hahaaha! Lawak la. Tapi, kenapa aku rapat dengan dia semenjak dia cuti ni? Tak akan dah terbuka kut hati? Tapi tempoh 6 bulan tu bukan sekejap. Memang lama kalau bagi seorang suami untuk bersabar menunggu isteri betul-betul selesa dengan dirinya. Entahlah. Kalau la Nick tak dengar perbualan Rizal, mesti dia dah ada anak pun. Tunggu masa je nak bersalin agaknya

"awak, esok kita ada nak buat apa-apa tak?"

"kenapa?"

"awak tak ingat ke? kita nak pergi honeymoon. Tak akan tak ingat?"Nick menepuk dahinya. Barang-barang semua tak siap lagi. Macam mana dia boleh lupa

"Hmmm..lupa la tu. Dah la, saya nak mandi kejap"

"weyh! Kaki kau kan sakit"

"sikit je. Kalau tak, apa guna saya jadi polis?"

"belagak! Aku urut pun terjerit-jerit"Nick terkumat kamit lagi. Bayang Rizal sudah tiada di belakangnya. Hari nk rumah mak tok Rizal ni sunyi je. Qila dah balik pagi tadi. Baru dia nak bermanja la lagaknya kut. Dah kena balik kat rumah dia.Nick memandang telefon Rizal di atas meja. Berdering banyak kali selepas Rizal naik. Apa yang penting sangat? Nak jawab ker? Jawab la

'Hello Zal. You buat apa tu? You janji petang ni nak keluar' suara perempuan dari corong telefon didengari oleh Nick

'Rizal, you ni kenapa?diam je. You kata nak bincang'

"siapa ni? Nak cakap dengan siapa?"

'ouh sorry. Saya nak cakap dengan Rizal. Awak siapa ye?'

"ouh. Nak cakap dengan suami saya? Minta maaf ye. Saya dengan suami saya tengah honeymoon. So, suami saya tengah penat, boleh call lain kali la ye"Nick memutuskan talian telefon. Nama di skrin itu diamati. Shila! Siapa Shila!

Inspektor Itu Suami Aku!Where stories live. Discover now