BAB 43

2.9K 92 0
                                    

"Hadoiiiii!! Penat badan baq hang" Fazila mendepakan tangannya sebaik membuka pintu masuk rumah mama Sya

"apa yang kau nak penat? Aku yang drive. Penat konon.blah la"

"penat la weyh! Kau apa tahu. Aku kena jalan lagi, kena tidur lagi.MasyaAllah. penat tau dik"

"poodahh" Sya menolak kecil kepala sepupunya

"Hello, Qila ada kat sini ni" beg berat tu ditunjuk-tunjuk. Serius aku cakap. Memang berat weyh. Macam bawa batu

"engkau niiiii. Ada tangan kan. Bawak la" Fazila menjeling Qila. Sya membesarkan matanya. Malas nak mendengar bebelan bebelan mak jemah kat situ. Jadi, biarlah dia menjadi sukarelawan acah-acah tak rela tu. Beg Qila diheret. Nasib baik beroda kau. Tapi tu la. Tang nak naik tangga tu satu azab beb

"thanks kak"lengan Sya dipaut lagi

"cepat la. Aku nak tunjuk bilik kau lagi"Sya cakap tanpa beriak. Terus dia berlalu dulu

"Sya aje? Aku nya mana?"

"mana apa? Dah kak Faz tak tolong. Nak ucap apanya" Qila terus mengikut Sya yang dah lama naik tangga. Fazila meniru semula gaya gedik Qila

"thanks tau" Qila tersenyum manja. Oii seramnya. Sya tidak melayan. Terus dia menapak ke biliknya. Rizal masih lagi tidur. Sya membuka cap dan hoddie. Hoddie dicampak saja bersama cap di atas lantai. Sakit belakang mengangkat beg Qila tadi. Bila baring je. Wow! Dunia ini ana yang punya. Best gila babun

"baru balik"Sya berpaling ke sebelah

"hai. Tak tidur lagi?"

"Sya pergi mana sebenarnya"

"ambil Qila"

"haa!!!" Rizal bangun dari baringnya

"Sya nak bergaduh lagi ke dengan abang?"

"apasal pulak?"

"hari tu Qila call pun sampai seminggu merajuk. Lagi satu Sya, ni bukan rumah abang. Qila tu adik sepupu abang. Nanti apa pulak kata mama"

"apa abang nak cakap ni"

"ingat rumah mama ni hotel ke Sya? Lepas satu, satu yang datang. Fazila tu tak apa jugak. Sebab dia tu sepupu Sya. Ni keluarga abang. Adik sepupu abang. Tak ada kena mengena dengan mama.Abang malu Sya"

"habis? Abang nak suruh Sya lempar mana si Qila tu hah? Dia yang call saya. Suruh check in hotel , dia tak nak"

"tapi Sya boleh bagi tahu abang kan"

"ye la! Bagi tahu abag! Lepas tu nanti abang menggatal dengan dia. Kalau nak sangat anak! Kahwin je. Sya sedar Sya tak boleh mengandung" Sya bangun dari katil. Kunci kereta dan hoddie diambil semula

"Sya!" Rizal memanggil isterinya. Sya tidak melayan. Kakinya laju meninggalkan bilik

"Sya! Abang berhenti" Sya tetap tidak mendengar. Sesampai sahaja di kereta, Sya menghidupkan enjin. Rizal yang baru sampai di muka pintu dipandang tajam. Terus kereta itu meluncur laju meninggalkan teratak astana milik Tan Sri Adam dan Puan Sri

"degil!" bentak Rizal. Rizal naik semula ke biliknya. Baju t hitam yang tersarung di badan ditanggal. Seluar track dan baju t singlet digapai

"eh Rizal, hang nak pi mana, pi mana, pi mana, pi mana"Fazila menyoal dengan meniru gaya lagu

"aku nak cari Sya"

"Sya?tak da ka kat ataih. Eh, awat aku cakap utara?"

"ish kau ni. Buang masa la"Rizal berlari ke luar rumah

************************

Rizal memakir kereta. Dah agak dah. Memang kat sini Sya lepak.padang kota. Siapa je yang tak nak datang kan. Rizal turun dari kereta. Baru sahaja turun, angin yang sepoi-sepoi menampar pipi

"aip!"

"opocot!"

Rizal mengejutkan Sya yang selamba badak layan perasaan kat situ

"buat apa kat sini?"Sya mengesat air mata

"kenapa ni?"Rizal duduk berhadapan dengan Sya

"tak ada apa"

"dah tu"

Sya membuang pandang ke laut yang gelap beralaskan langit gelap gelita

"buat apa kat tempat gelap ni sayang? Sejuk. Malam pulak tu"

"biar la. Bukan nya orang tu kisah pun"

"tak kisah pulak kata dia. Eh, abang ni sayang kan Sya tau. Tu sebab abang kejar sampai sini. Kalau tak, lantak la nak balik bila pun. Romantik tu"

"puihhh! Blah la"Sya menjeling tajam

"Sya, cuba tengok sana, ada mak cik tengah menangis" Sya berpaling pada arah yang ditunjuk

"dia baru lepas selamatkan anak dia tau dari kena langgar kereta. Nasib baik dia dan tangkap"

"kenapa bagi tau Sya"

"sebab benda tu jadi kat belakang Sya je. Sya tak perasan sampai tahap tu. Sebab tu salah satu sebab abang suruh Sya balik sekarang"


"dah la. Diam la. Cakap je la nak pujuk"

"Sya. Abang ni la satu-satunya manusia yang cintakan Sya sangat-sangat. Abang mengaku abang handsome. Abang mengaku ramai yang gilakan abang. Tapi abang tak layan sebab abang sayang Sya je"

"blah la. Muka haprak kata handsome"

"ye la. Abang mengaku abang muka tempe"

"apa la tempe" Sya ketawa melihat Rizal membuat muka

"jangan menyesal nanti keluar anak muka tempe sudah la ye"Sya mencuit hidung Rizal

Inspektor Itu Suami Aku!Where stories live. Discover now