Bab 32

3.4K 110 1
                                    

MATA Rizal tertacap pada wajah isterinya yang sedang lena tidur dibuai mimpi. Rambut Sya dielus-elus perlahan. Ribaan Rizal menjadi alas kepalanya untuk Sya tidur pasa malam itu. Sebenarnya, Rizal tidak berapa memahami cerita dan perkara yang ingin disampaikan oleh Sya. Mana tidaknya?! Ini sudah kali kedua Sya memberitahunya yang perutnya seperti ditikam. Walhal, tiada sebarang perkara yang berlaku. Jika ada sesiapa yang cuba bermain dengan dirinya, memang mereka silap besar. Sya yang tadinya tidur membuka tubir matanya apabila terasa seperti sesuatu mula membelai mukanya

"kau tak tidur lagi? Sorry Zal. Aku buat kau fikir masalah aku"

"eh, awak terjaga ke? Sorry sayang. Just tidur la balik. Awak penat"Rizal merebahkan badanya di tempat pembaringannya. Sya menarik tangan Rizal semula

"Zal, bila kita nak pergi honeymoon?"

"kenapa awak tanya? Dah tak sabar ke nak ..."Rizal tersenyum dan menjungkitkan keningnya

Sya menampar lengan Rizal

"Zal! Aku tanya elok-elok kau main-main"

"kenapa tiba-tiba tanya ni Sya? Awak tak suka ka duk sini?"

Sya merenung kembali wajah Rizal

"bukan tak suka. Aku ...aku cuma"

"cuma?"

"aku cuma rasa yang mimpi tu macam jadi kenyataan"

"mengarut apa ni? Tahu tak sekarang pukul berapa?"

Sya membalas

"tak. Dah la, kalau kau tak caya aku, tak apa la" Sya memejamkan matanya sebaik sahaja kepalanya hinggap di bantal

"okey,saya percaya la. Awak ni kan, saya cakap sikit nak merajuk la apa la" Rizal pun baring di sebelah Sya

"kau suka tak kalau.. Kalau kita ada anak?"

"nak ke awak bagi?"

Sya mengalihkan badan supaya menghadap Rizal

"nak ke kau terima?" Rizal memandang hairan

"betul ke ni?"Sya hanya mengangguk

"er.. Tapi, bukan sekarang la. Aku tak cakap sekarang"

"empph.. Baik tak payah cakap"

"ala, sabar la. Honeymoon nanti kan..aku.. Kau.. Kau"

"ye ye. Saya faham. Dah la, tidur jom. Awak ni kan"Sya tersenyum sahaja mendengar Rizal merungut. Hatinya terbuka menerima Rizal. Kalau Rizal tiada, harinya tidak lengkap. Secepat itu dia berubah untuk menerima Rizal. Tapi, tidak patut jika Sya membuat begitu lagi. Kerana Zafril , Sya menghukum Rizal. Zafril baginya tidak ada makna sedangkan Rizal pula suaminya

"aku sayang kan kau Rizal"Sya berbisik perlahan. Hanya dengkuran halus didengari. Sudah tidur rupanya, detik hati Sya. Sya pun perlahan-lahan melelap mata..cuba untuk tidur

*********************

"KENAPA nak balik awal sangat? Baru 4 hari kamu dua orang duduk dengan mak tok"

"kami pergi 3 hari je. Nanti kami stay la kat sini sampai Qila datang ye mak tok"Rizal cuba memujuk mak tok yang baru sahaja habis solat subuh

Mak tok membalas

"gamaknya lah, isteri kamu tak suka duduk kat sini ye? Mak tok tahu rumah mak tok kecil ja. Panas"

"ish! Apa mak tok ni? Sya dengan Zal memang ambil cuti pergi honeymoon pun. Tapi, Zal yang ajak Sya datang sini. Sya bukan jenis macam tu mak tok" Rizal memegang tangan mak toknya. Berat hati mahu meninggalkan mak tok nya sendiri. Dari usianya 18 dia tidak pernah pulang ke rumah mak tok nya sehingga la dia sudah berusia 24 tahun

"iye lah. Hati-hati pergi. Jaga isteri kamu tu Rizal. Sayang dia macam mana dia sayang kamu"

"InsyaAllah Mak tok"

********************

2 JAM baru sampai di Langkawi.Puas juga la Sya dan Rizal menaiki kereta dan feri

"yeay!!!!! Sampai dah! Jom mandi laut"

"kejap. Mana boleh lagi. Kita kena check in hotel dulu"

"ala! Aku nak main air laut dulu"

"awak nak tidur kat air ke nak tidur dalam bilik ni? "

Sya menjeling selepas Rizal memerlinya

"dalam bilik la"

"dah jom. Orang nak bawa pergi Bali nak juga ke Langkawi. Macam-macam"

Rizal mengomel laju. Sya membiarkan sahaja. Suasana tepi laut ketika itu memang benar menyegarkan diri.memang dari kecil dia sebegitu. Menyukai air sungai sehingga laut mahupun air kolam sekalipun. Sya memandang sekelilingnya.memang terasa tidak puas mata memandang. Sesampainya sahaja di chalet, Sya memandang lagi ke arah laut

"awak ni kenapa ni?awak nak mandi dah ke?"

"yea. Aku sebenarnya lama dah tak mandi laut"

Sya memandang dengan mata bersinar

"awak.. Saya sebenarnya.. Nak awak.. Nak.."

"nak??"

"nak.. Awak .. Err.. Macam mana nak cakap eah? Nanti awak kata saya gatal pulak"Rizal menoleh ke kiri dan ke kanan. Macam nak lintas jalan pulak. Hehehe

"saya sebenarnya nak awak rehat sebab malam ni..."

"eiiiii!!!! Kau ni kan. Aku benci la macam ni"

"ala, semalam cakap nak bagi. Lagi pun, saya ni exited bila awak cakap yang nak bagi saya anak"

"aku .. Kau ni kan! Spoil la. Aku nak mandi lauuuuttttt"

"heeeishhhhhhh!!! Ye la. Nak mandi laut sungai kolam perigi longkang! Macam-macam!"Rizal menarik tangan Sya ke kaunter chalet itu

"kau merepek apa. Aku nak mandi laut je la" Sya sempat mencubit pinggang Rizal

"mandi la ketam!" Rizal ketawa berdekah selepas mengenakan Sya. Sampai sahaja di kaunter, Sya tersenyum

"Nak bilik untuk honeymoon. Satu ya" mata pekerja yang bertugas di kaunter itu tidak bergerak daripada memandang wajah Sya. Mungkin hairan la kut sebab Sya kan dressing macam jantan.Rizal pulak tough semacam je. Kut dia ingat Sya dengan Rizal ni gay

"Encik, saya nak Ic untuk buat pendataran" Sya mengeluarkan kad pengenalannya dan memberi kepada pekerja kaunter itu. Terlihat muka wanita yang baru berginjak umur 20 an itu berubah

"okey. Nak menginap berapa hari?"

"3 hari 2 malam"

Inspektor Itu Suami Aku!Where stories live. Discover now