Bab 8

4.1K 152 1
                                    

Matanya dibuka. Berat sahaja ingin mengingati apa yang berlaku . Apakah betul apa yang dia mahu buat? Hatinya diburu resah . Sudah berulang kali dia membuat istikharah. Tetapi jawapannya tetap sama sahaja. Wajah yang sama dan masih lagi orang yang sama. Rizal menlangut di atas. Jam di dinding masih belum menunjukkan waktu subuh baginya. Rizal baring sebentar. Wajah Nick bagaikan bermain-main di matanya tika itu. Pernah juga dia nampak Nick dalam keadaan sempurna. Waktu berbaju kurung dan bertudung. Waktu itu dia datang dalam mimpinya

"Ya Allah, apakah petanda ini?" mulutnya mengumit sendiri. Baginya Nick seorang yang tabah tetapi susah untuk ditafsir. Pagi ini dia akan masuk meminang Nick. Hatinya gundah gulana mahu meneruskan hajat yang terbuku di hati. Mahu sahaja dia lari dari semua masalah. Mana tidaknya, Nabila masih di hati. Nick pula pasti tidak akan menerimanya walaupun selepas berkahwin. Adiknya pula diburu nyawa oleh seseorang. Bagaikan ada permainan yang berlaku antara mereka. Tetapi pemainnya tidak dikenali sama sekali. Ada sahaja yang mengelirukan setiap kali perkara sebegitu terjadi. Apakah semua ini hanya dugaan atau cabaran yabg harus ditempuh. Azan subuh mematahkan angannya. Bingkas dia bangun dari baring dan segera mengambil wuduk. Solatnya dipraktikkan dengan segala iman yang tertumpu. Dalam sujud akhirnya juga wajah Nick terbayang. Selepas selesai memberi sala terakhir, Rizal lantas beristikhfar

"along, mama tanya. Nak pergi dah ke? Rasanya dah boleh ni. Along nak ikut ke?"

"along ikut? Boleh ke?"

"ala along ni! Masa arwah kak Ila, along boleh pulak pergi sekali"Misya berseloroh kepada Rizal

"Misya, kalau betul Along kena pergi sekali pun, perlu ke Misya ungkit pasal arwah Kak Ila" Rizal membuka songkok di atas kepalanya

"sorry"

"ye la. Misya keluar dulu. Along nak bersiap. Dalam 10 minit lagi along turun"

************

DATIN Azita memuji-muji kecantikan bakal menantunya. Nick tersenyum palsu. Hanya senyuman plastik sahaja dia mampu buat. Cincin yang bertakhta kan berlian putih utu tersarung di jarinya  . Semua yag terjadi ini hanya kemahuan Tan Sri Adam buat kali terakhir. Nick turutkan sahaja selepas tahu papanya mengalami sakit jantung yabg kritikal. Malas hendak bersoal teka dengan ahli keluarganya. Dengan abang sulungnya sahaja sudah menyesakkan dada mahu berjawab

"kalau macam tu, dua bulan lagi, boleh la kita langsungkan perkahwinan ni. Beruntung saya dapat berbesan dengan kawan baik sendiri. Ye tak ye Datin Azita?"

"nampaknya macam tu la. Ala Puan Sri ni! Panggil aja saya ni Ita. Bukan orang lain pun. Bakal besan juga" Nick tersenyum tawar. Dia memohon untuk masuk ke dalam biliknya. Walau majlis belum habis, dia tetap mahu masuk ke dalam biliknya juga. Sejenak dia menutup pintu, perlahan-lahan dia terduduk. Air matanya jatuh buat sekalian kali. Hatinya tiba-tiba sebak. Makin labma, makin laju pula air matanya. Telefonnya berdering tanda panggilan masuk. Lantas dilihat nama di skrin

"Azara?" Nick berfikir sejenak. Telefonnya ditutup

"Sya, Sya! Buka pintu ni" abang sulungnya, Huzri memanggil dari luar. Nick mendiamkan diri

"Nick! Aku cakap bukak tu bukak la!" Nick bangun dan membuka pintu biliknya

"kau nak apa ha!!"tamparan di mukanya dilayangkan oleh Huzri. Nick terdiam seketika

"puas la kau!kau buat papa masuk ICU!"

"kau pergi mampus la! Aku benci tengok muka kau. Kau datang sini semata-mata nak tampar aku. Pergi la jaga papa kau" Nick menolak Huzri. Huzri menarik bahu Sya. Adrina pantas berlari ke arah mereka berdua

Inspektor Itu Suami Aku!Where stories live. Discover now