Emery kini berdiri tegak di hadapan bangunan tinggi, Xavier Enterprises. Senyuman manis yang mampu mencairkan hati lelaki tidak lekang dari bibirnya. Gembira bercampur teruja dia hari ini. Ditangannya terdapat dua bungkusan kek yang telah dibeli dari sebuah kedai kek yang terkenal di kawasan tempatnya tinggal. Penampilannya dikemaskan lagi sebelum dia melangkah masuk. Baju kemeja panjang dibetulkan dan juga tidak lupa skirt labuhnya. Rambutnya disanggul menjadi messy bun. Sebaik sahaja dia berpuas hati dengan penampilannya, langkah segera diatur menuju ke penyambut tetamu. Tidak lupa juga dia melemparkan senyuman tulus dan manisnya kepada penyambut tetamu tersebut.
"Hai Kak Zurin!" Sapa Emery kedengaran begitu ceria sekali. Zurin iaitu penyambut tetamu khas mengangkat wajahnya. Wajah comel Emery meyapa pandangan matanya. Senyuman serta merta diukir buat Emery.
"Hello Emery, how are you my dear?" Soal Zurin ramah.
"Hello Kak Zurin, I'm good, better than last night,"
"So what brings you here.... again?" Soal Zurin. Emery menunjukkan senyuman comelnya sebelum menunjukkan dua bungkusan kek tadi. Kek yang satunya diletak diatas meja Zurin.
"Today is Asy's birthday and I want to celebrate it with him and this cake is special for you," terang Emery ringkas.
Zurin menyambutnya dengan senyuman lebar. Emery baginya seperti adik perempuannya. Emery akan datang ke pejabat bosnya setiap hari dan disetiap hari itu juga Emery akan memberikannya bermacam-macam buah makanan contoh sekarang ni kek. Terlalu baik hati Emery. Emery gadis yang ceria dan hyper. Everyone in this building knows her.
"Terima kasih Emery. Bos ada kat atas," ucap Zurin tulus seraya itu memberitahu tentang keberadaan CEO mereka iaitu Assyauqie Xavier, lelaki berketurunan arab dan mewarisi wajah kearaban dari ayahnya, Dato Aaron Xavier. Bosnya dikatakan seorang lelaki yang dingin, berkarisma dan tergolong dalam lelaki yang kacak.
"Okay. Emery pergi dulu," Emery melambaikan tangannya sebelum dia berlari anak menuju ke sebuah lift. Nasib baik dia sempat menahan pintu lift. Kalau tidak, apalah nasib. Kakinya melangkah masuk ke dalam lift itu.
Dia bernyanyi kecil sambil sesekali matanya melirik jejaka di sebelahnya yang sedang sesekali melirik jam tangannya.
"Hai." Sapa Emery akhirnya. Lelaki itu menoleh kearah Emery. Terkejut mungkin tiba-tiba ditegur olehh seorang gadis yang langsung dia tidak kenali.
"Oh hello," lambat-lambat dia membalas sapaan gadia disebelahnya. Tatapannya lurus ke hadapan.
"Nama saya Alisha Corinna Emery. Pamggil saya Emery. Umur saya 17 tahun dan saya masih bersekolah dan tahun ni akan menduduki peperiksaan besar," ujar Emery laju diikuti senyuman comel dibibirnya. Lelaki tadi terus sahaja menoleh, memandang Emery tanpa berkelip.
'Betul ke tak otak perempuan ni? Ke.. dah tercicir otak dia?' Bisik hati kecil jejaka itu namun matanya tidak lepas dari terus memandang gadis itu. Cantik!
"I'm Harraz," singkat sahaja dia memperkenalkan dirinya tanpa senyuman yang disunggingkan dibibirnya. Pandangannya dialihkan ke hadapan.
"Oh selamat berkenalan Harraz!"
Harraz cuma mengangguk tanpa sebarang ucapan dari mulutnya. Kenal pun tidak tapi entah kenapa jantungnya tiba-tiba berdebar hebat ketika melihat seraut wajah gadis itu. Manis, cantik dan tutur bicara entah kenapa terlalu comel untuk didengar. Harraz menggelengkan kepalanya menghalau fikiran yang bukan-bukan. Mungkin perasaannya sahaja. Mana mungkin playboy seperti dia jatuh cinta dengan mudah. Lagipun 17 tahun, muda gila!
Bunyi lift berdeting menandakan lift sudah sampai ke destinasi yang dituju. Mereka berdua beriringan keluar. Kebetulan pula tingkat yang dituju sama cuma lain arah je, dia ke kanan manakala Emery memilih ke kiri.
YOU ARE READING
Silently Destroyed
RomanceDia kaya. Dia kacak. Dia berkarisma. Dia idaman para wanita. Dia sempurna di luar. Juga, Dia berjiwa kejam. Dia berhati dingin. Dia sadis. Dia jahat. Dia digelar 'iblis'. Tapi, Dia pernah kehilangan sesuatu yang begitu berharga dari nyawanya. Di...