Assyauqie berjalan berdampingan dengan Emery. Bukan rela hati tapi terpaksa. Mana tidaknya, Dato Aaron dan Datin Aleah sedang memerhatikan mereka berdua dari belakang. Emery mestilah teruja gile namun Assyauqie, macam-macam sumpah serenah ucapkan dalam hatinya. Nak luah, tu namanya tempah lubang kubur.
Mereka berempat tiba di sebuah rumah agam yang besar dan beriringan masuk ke dalam dan menuju terus ke halaman belakang rumah tersebut. Majlis diakan di halaman belakang rumah. Cukup besar juga halaman belakang rumah tu. Terdapat kolam renang di tengah-tengahnya. Mata Emery meliar melihat sekelilingnya. Kagum dia seketika. Seumur hidup dia, ni lah kali pertama dia menghadiri majlis macam ni.
Dato Aaron membawa diri berjumpa dengan rakan-rakan seperniagaannya begitu juga dengan Datin Aleah. Dan mereka ditinggalkan berdua sahaja. Assyauqie berura-ura untuk meninggalkan Emery namun Emery sempat menahan langkahnya.
"Abang nak ke mana?" Soal Emery sambil memandang sekelilingnya sebelum memandang Assyauqie kembali Kurang selesa bila bersendirian di tempat asing.
Assyauqie diam sejenak memerhati seraut wajah Emery. "Kau rasa aku nak ke mana?" Soalannya berbaur sinis.
Emery menggaru tengkuknya yang tidak gatal sebelum melepaskan keluhan berat. "Takkan nak tinggal Emery kat sini sorang-sorang? Emery bukan biasa dengan majlis-majlis macam ni?"
"Ada aku kesah?" Sejurus itu dia meninggalkan Emery. Kejam! Ya memang kejam. Tapi ni baru sikit, ke depan lebih kejam. Senyuman sinis tersungging di bibir merahnya.
Emery mengeluh berat. Tiba-tiba pula tekak ni rasa kering. Dengan langkah longlai, dia membuka juga langkah menuju ke meja yang sudah terhidang dengan pelbagai makanan dan minuman. Nampak semua mewah. Dia mencapai jus oren dan meneguknya perlahan sambil mata meliar memandang sekelilingnya. Namun, satu figura yang dia kenal menyapa pandangannya.
"Eh, tu bukan Abang Harraz ke?" Bisiknya sendiri. Segera dia meneguk habis jus oren itu lalu meletak gelas kosong tersebut keatas meja. Emery mula mengorak langkah mendekati figura yang dimaksudkannya. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan dari belakang. Lelaki itu berpaling.
"Hai Abang Harraz!" Sapanya. Ceria sungguh nada suaranya.
"Sorry? Who are you?" Soal lelaki itu pelik.
"Abang ni, takkan terkena amnesia? Cepatnya lupa. I'm Alisha Corinna Emery and I'm 17 years old,"
Zup! Baru ingat. Budak yang dia jumpa di lift tempohari tu. Tak sangka pula boleh jumpa lagi kat sini. Harraz mengukir senyuman nipis. Dia mengambil dua donut yang bersalut coklat.
"Nah," satu donut dihulur kepada Emery. Apa lagi Emery, kalau dah bab makan dia tak payah cover macam perempuan melayu terakhir. Semua dia lahap. Emery menggigit sedikit donut tersebut. Kedua matanya tertutup rapat menikmati donut tersebut. Begitu juga dengan Harraz. Matanya tidak lepas dari terus memandang gadis itu.
"Sedap!"
"So, what are you doing here? Dan you datang dengan siapa?"
"Datang dengan Abang Assy, ibu dan ayah." Jawabnya ringkas, masih menikmati donutnya.
"Abang Assy?"
"Assyauqie Xavier. Kenal?"
Harraz mengangguk beberapa kali. Namun, apa hubungan dia dengan Emery? Apa yang dia dengar melalui khabar angin, Assyauqie Xavier ni ada adik angkat perempuan. Mungkin ni la yang orang-orang maksudkan? Harraz berdehem.
"You ni siapa Assyauqie?"
"Oh, saya ni adi-"
"Dia bakal isteri aku. Jemput datang nanti ke majlis aku. Nanti aku ada edarkan kad jemputan kami," sampuk seseorang dari belakang. Suara itu, tak lain tak bukan, Assyauqie.
YOU ARE READING
Silently Destroyed
RomanceDia kaya. Dia kacak. Dia berkarisma. Dia idaman para wanita. Dia sempurna di luar. Juga, Dia berjiwa kejam. Dia berhati dingin. Dia sadis. Dia jahat. Dia digelar 'iblis'. Tapi, Dia pernah kehilangan sesuatu yang begitu berharga dari nyawanya. Di...