CHAPTER 6

8.8K 339 13
                                    

Zayn mendengus halus. Dan ini kali yang keberapa dia menerima surat daripada junior dan yang sebatch dengannya. Tidak lupa juga dengan coklat, jam tangan, gelang tangan dan cincin yang diselitkan bersama surat. Zayn mengambil kasar surat-surat tersebut.

"Dear Abang Zayn Adeef, namamu indah bak dipuja, wajahmu kacak seperti sang putera yang baru turun dari kayangan, jantungku berdegup bila melihat abang. Mungkinkah abang cinta sejati yang dicari selama ini? Abang, disini saya ingin meluahkan perasaan saya kepada abang, saya suka abang. Saya cinta abang. Abanglah cinta hati saya yang saya cari selama ni dan- ahh! Mengarut betullah. Pelik-pelik je budak-budak ni. Entah betul entah tak dia ni.."

Zayn mengambil surat seterusnya. Dihidunya surat tersebut sebelum dibuka. Wangi. Minyak wangi apa dia pakai ni? Haihlah, membazir duit je orang. Ada ke sembur minyak harum kat surat. Pelik betul. Zayn menggelengkan beberapa kali memikirkan sikap budak-budak zaman sekarang.

"Abang, saya suka abang. Saya suka abang semenjak abang masuk kelas ni lagi. Abang kacak sangat! Abang nak tak date dengan saya? Lagipun kat sekolah ni saya paling comel dan cantik. Abang takkan rugi ambik saya jadi teman wanita abang. Hish! Ni lagi mengarut. Bukan mengarut je, terlebih perasan. Sekedar cantik dan comel boleh diterima. Ni cakap dia paling cantik dan comel dalam sekolah ni? Such a weirdo," bicaranya sendiri. Zayn merenyukkan surat-surat yang diterimanya dan dibuang ke sampah. Segala coklat-coklat ni, telan je lah dengan Adelle dan Emery.

Zayn meletak beg sekolahnya diatas meja. Novel seram kegemarannya dikeluarkan dari beg sebelum beg tersebut diletak di tepi meja. Kerusi ditarik dan dia terus berlabuh duduk. Mukasurat ke 20 diselak, meneruskan bacaannya selama beberapa minit.

"Boo!"

"Astaghfirullahalazim! Ya Allah!"

Emery ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Zayn tadi. Zayn mengurut dadanya perlahan. Mulutnya terkumat-kamit menyebut nama Allah manakala Emery tengah sedap menertawakan dia.

"Eh budak ni! Terkejut I tahu tak? Dahlah I tengah baca novel yang bukan-bukan. Boleh pula you pergi kejut I," marah Zayn. Alaah, bukan marah betul pun. Marah-marah manja gitu.

"Alah kejut ke? Alololo, kesiannya dia. Meh sini I pujuk," perli Emery kemudian meneruskan lagi tawanya yang bersisa tadi.

"Dah, tak payah. Pergi main jauh-jauh. I sibuk dengan buku ni," halau Zayn sambil mengibas tangannya menyuruh pergi. Namun Emery tidak mengendahkan. Beg sandangnya diletak di sisi meja. Punggung berlabuh duduk di kerusi.

"I tak nak main," lidahnya dijelirkan. Sengaja mahu mengusik atau pendek kata, sengaja cari pasallah. Zayn mencebik lalu meneruskan bacaannya yang terbantut tadi.

"Tadi, surat dari peminat lagi ke?"

"Hmmm." Singkat sahaja balasan yang diberikan oleh Zayn. Matanya tetap fokus pada buku yang dibacanya. Seronok sangat ke buku tu?

"You nak I tolong tak?" Pertanyaan Emery berjaya mengalihkan perhatian Zayn. Dia menoleh memandang Emery. Kening dinaikkan.

"So?"

"Macam mana kalau kita couple sampai habis SPM?"

"Kahwin kontrak, I pernah dengar. Tapi couple kontrak? I belum pernah dengar istilah tu. You ni biar betul. SPM tinggal beberapa bulan je. Lagipun kalau kita couple main-main dan dorang tahu perkara sebenar, samalah jugak kesnya. Dorang masih terkejar-kejar I," bantah Zayn sekeras mungkin.

"Siapa kata kita couple main-main? Lagipun, mana ada istilah couple main-main. Kita seriuslah. Lepas habis SPM kita putuslah. Yalah, macam kahwin kontrak tapi ni versi lain. Couple kontrak. I pun tak pernah dengar istilah tu, tapi apa salahnya kita cipta? Alah bukan lama pun, sekejap je tu,"

Silently DestroyedWhere stories live. Discover now