CHAPTER 9

8.3K 300 6
                                    

Emery memandang lagi jam tangannya. Mulutnya tidak henti-henti mengeluarkan rungutan kecil. Janji pukul 8 malam sharp kat sini tapi ni dah lambat 30 minit. Pandainya dia, suruh perempuan pula tunggu. Ni lagi satu, janji melayu betul! Emery mendengus kasar. Pantang betul dia dengan orang macam ni.

"Cuba teka siapa ni?" Mata Emery ditutup dari belakang dengan kain.

"Sayang.."

"Betul!"

Zayn beralih ke tempat duduknya. Senyuman mekar tidak lekang dari bibir lelaki itu. Emery mencebik. Amboi, datang lambat boleh pula senyum-senyum macam tu. Nak je kasut tinggi melayang ke muka hensem dia tu. Ish! Nasib baik hensem. Kalau muka seposen, dah lama agaknya melayang kasut tinggi ni.

"Asal lambat hah? Sayang, you tahu tak? I tunggu 30 minit kat sini. Dah macam patung cendana tak tak? Rasa-rasanya dah boleh dijadikan perhiasan kat restoran ni," tu dia, keluar dah bebelan dia. Dia berpeluk tubuh.

"I'm so sorry honey. I forgot that I have date tonight with you,"

Zup! Rasa menyirap darah ni ke kepala. Riak wajah Emery terus berubah. Pandangan tajam diberikan kepada lelaki itu.

"Apa? You lupa? Lupa? Are you serious? You sendiri yang tetapkan malam ni kita ada date, you wasted my time! I have many works to do at home. I have to do my revision for upcoming exam! You know how precious time is," leter Emery tidak puas hati.

Zayn tunduk. Tidak berani dia membalas kata-kata Emery. Baginya, ni lah kali pertama melihat Emery marah sebegitu rupa. Jarang sekali untuk melihat Emery marah.

"Maaf sayang. Lain kali tak buat lagi. Tadi I betul-betul lupa sebab I penat sangat tadi sampai tertidur. Bangun, bangun lepas tu tengok jam, dah jam 8:15 malam," lembut bila dia menuturkan kata maaf.

Hati Emery cair mendengarnya. Riak wajahnya melembut. Bibirnya menarik senyuman nipis seraya itu mengangguk.

"Yelah, lain kali jangan buat lagi,"

Serta-merta Zayn menguntum senyuman manis buat Emery. Jeda buat seketika. Rasa janggal kian timbul. Haihhlah, kalau dah janggal timbul, nak buat apa pun serba tak kena. Namun, nasib baik menyebelahi mereka. Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan mereka.

Emery merebahkan tubuhnya di katil empuk kesayangannya. Sungguh malam ini malam yang begitu membosankan. Zayn malam tadi memang tak banyak bunyi langsung. Niatnya ingin berterus terang mengenai hubungan mereka terbantut dek kerana rasa janggal menemani.

"Aku cinta Assyauqie. Tapi, dalam masa yang sama, aku tak nak Zayn terluka." Keluh Emery sendiri.

"Tapikan, dia mana ada suka aku. Lagi pun kami couple atas dasar nak selamatkan dia je dari dikejar terus oleh peminat dia. Ish kau ni! Perasan betul la," kepalanya dipukul lembut.

Seiring dia melepaskan keluhan kedua, bunyi ketukan pintu kedengaran. Emery kerling jam. Baru jam 11 malam. Siapa pula ketuk pintu? Takkan ayah dan ibu? Ish apa pula diaorang? Maklumlah, Dato Aaron dan Datin Aleah ketika ini berada di luar negara atas urusan perniagaan Dato Aaron. Datin Aleah tolong teman je.

Mahu tidak mahu, Emery terpaksa bangun dari pembaringan menuju ke pintu. Jaket yang tersangkut di belakang pintu dicapai dan disarungkan ke tubuhnya. Dah pakai baju tidur seksi macam ni, takkan keluar macam tu je. Tombol pintu dipulas perlahan dan daun pintu dikuak.

"Abang Assy?"

Assyauqie mengukir senyuman menggoda. Bau arak serta merta menusuk ke hidung Emery membuat tekak Emery loya seketika. Dia sedikit menjauhkan dirinya dari Assyauqie.

Silently DestroyedWhere stories live. Discover now