CHAPTER 14

10.4K 426 54
                                    

Hidupnya memang terasa sungguh suram semenjak peristiwa hitam tempoh hari. Semakin hari perangai Assyauqie semakin tidak dijangka. Sekejap jadi iblis, sekejap jadi syaitan, sekejap jadi hantu.

Emery membelek pergelangan tangannya yang lebam. Disentuhnya dan diusap perlahan lebam itu. Dia meringis menahan kesakitan.

"Emery!"

Wajah diangkat ketika suara itu menyapa gegendang telinganya. Sedikit rasa takut dan trauma bertandang dalam dirinya. Namun dia memang tak boleh tunjuk dua perasaan tu. Dia kena gagahkan diri mahu tak mahu, kena tunjuk kuat walaupun pada hakikatnya dia rasa nak je gali kubur sendiri sekarang ni.

"Emery! Kau dengar tak aku panggil ni pompuan?!"

Cepat-cepat dia mengangkat punggungnya dari katil dan berlari anak turun ke tingkat bawah. Kelibat Mak Jah menyapa pandangannya.

"Mak Jah, Assyauqie mana?"

"Mak Jah rasa dia kat office dia," jawab Mak Jah yang ketika itu sedang sibuk mengelap perhiasan rumah di ruang tamu.

Emery mengangguk kecil sebagai balasan dan berlalu ke office Assyauqie. Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum tangannya diangkat mengetuk pintu tersebut. Tombol pintu dipulas setelah mendepat kebenaran masuk oleh Assyauqie. Kelihatan Assyauqie sedang sibuk dengan kerja-kerjanya.

"Ehem." Emery berdehem membuatkan suaminya mengangkat wajahnya, menatap wajah Emery buat seketika. Pandangannya itu membuat Emery rasa kurang selesa.

"Awak nak apa?" Dingin sahaja nada suara Emery ketika melontarkan soalan tersebut.

Assyauqie mengukir senyuman sinis. Dia bangun dari duduknya dan membuka langkah mendekati Emery. Dagu Emery diangkat menggunakan jari telunjuknya tetapi Emery menepisnya kasar.

"Kau.. ada adab tak?"

"Tak." Emery menjawab sepatah, masih dalam intonasi suara yang sama.

"Do you-" sekali lagi dagu Emery diangkat kemudian pipinya dicengkam kuat membuat Emery mahu tidak mahu menatap wajah kacak suaminya. Tajam tatapan yang diberikan oleh Emery kepada Assyauqie. "-know who I am?"

"Yes, of course Mr. Assyauqie. Suami yang tidak seberapa layak dianggap suami. Lelaki yang-"

Pang!

"Satu patah kau jawab, ni kau dapat,"

Emery memegang pipinya yang terasa panas. Air mata tanpa dipinta mengalir begitu deras namun cepat-cepat dikesatnya. Dia tidak boleh nampak lemah depan lelaki ni. Kalau tak, memang senanglah lelaki tu pijak kepalanya.

"Buatkan aku coffee, letak gula satu sudu teh my wifey,"

Emery mengangguk patuh tanpa sebarang bantahan keluar dari mulutnya. Cepat-cepat dia melangkah keluar dari bilik itu. Tubuhnya disandarkan ke dinding setelah pintu ditutup rapat. Mata dipejam membiarkan air mata mengalir begitu deras. Pipinya yang bekas ditampar diusap perlahan. Gila tak sakit, sakit!

"Kenapa awak buat macam ni kat saya? Saya cintakan awak sangat-sangat tapi ni yang awak balas kat saya. Salah saya apa kat awak? Sakit sangat kat dalam ni,"

Dengan penuh berhati-hati dia menatang coffee yang dibuatnya. Namun entah silap mana kakinya tersandung sesuatu menyebabkan coffee tersebut tumpah mengenai kertas-kertas kerja Assyauqie dan tubuh Assyauqie sendiri.

"Fuck!"

Membulat matanya ketika menyedari hal itu. Allah! Dia dah siram minyak kat apilah pula.

Silently DestroyedWhere stories live. Discover now