CHAPTER 5

9.1K 341 14
                                    

"Assalamu'alaikum, akak!" Salam diberi sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah. Emery berlari anak ke menuju ke dapur. Kepalanya dijengulkan ke dapur mencari kelibat Alya namun tidak kelihatan. Pelik jugak. Biasa petang-petang macam ni, mesti kat dapur.

Emery meneruskan lagi langkahnya menuju ke bilik tidur Alya. Tombol pintu bilik dipulas dan daun pintu ditolak lembut. Kedengaran bunyi air dari bilik air. Mandi mungkin. Emery mendekati pintu bilik air. Perlahan tangannya mengetuk pintu tersebut.

"Akak, Emery ni,"

Pili air ditutup apabila mendengar suara yang begitu Alya kenali. Tuala mandi dicapai lalu dibalut ke tubuhnya. Daun pintu dibuka sedikit.

"Emery? Bila sampai?" Soal Alya hairan. Rasanya jam masih menunjukkan masa masih awal. Tiba-tiba hari ini Emery datang awal.

"Baru je akak. Akak cepat siap tau, pakai tudung. Ada kawan lelaki Emery di luar," beritahu Emery dengan nada suara yang begitu perlahan.

"Oh, teman lelaki eh?" Usik Alya diikuti tawa kecil darinya. Cepat sahaja Emery mencubit lembut lengan kakaknya. Merah pipinya diusik oleh Alya. Haih.. ada-ada je benda yang nak Alya usik, paling dia suka bila perkara sesuatu tu berkaitan dengan Emery. Lagi liat dia usik.

"Bukanlah. Dah, baik akak cepat bersiap. Emery tunggu luar," Emery berdalih. Dia segera beredar keluar dari bilik Alya. Makin lama dia di bilik Alya, makin merahlah pipi dia diusik nanti. Pantang diusik, mesti merah pipinya semerah buah tomato. Emery menggelengkan beberapa kali, menghalau fikiran yang bukan-bukan. Tak terbayanglah kalau dia dan Zayn ada hubungan istimewa tu.

"Korang nak minum apa-apa tak?" Tawar Emery sebaik sahaja langkahnya terhenti di ruang tamu. Adelle yang berpaling ke arah Emery. Senyuman nipis terbit di bibirnya.

"Tak payah susah-susahlah," tolak Adelle lembut.

"I pun tak payah," balas Zayn, memberikan jawapan yang sama seperti Adelle. Zayn berlabuh duduk di salah sebuah sofa panjang. Begitu juga Adelle dan Emery.

"Kakak kau tak marah ke?" Soal Adelle sambil mata sibuk melilau meneliti satu ruang tamu.

"Taklah. Dia orangnya baik, peramah, murah hati.. cantik lagi. Kau tengok nanti. Mesti kau ternganga. Nasib baik kau ni perempuan, kalau kau lelaki mesti dah lama memang kau pun tak lepaskan peluang," ujarnya panjang.

"I ni laki oi," sampuk Zayn.

Belum sempat Emery membuka mulut, kelibat Alya datang menyapa pandangan mereka. Perlahan Alya melabuhkan punggungnya di sebuah sofa. Sempat tangannya meraba ke atas meja mencari sesuatu.

"Kenapa kak?"

"Tak hidang minuman ke untuk kawan Emery?"

"Dorang tak nak kak," balasnya ringkas. Emery berdehem beberapa kali sebelum memulakan pembicaraan yang sebenar. Adelle di sisinya sudah duk menjeling. Zayn yang duduk berlawanan dengan Emery dan Adelle, berpindah duduk di sisi Emery.

"Cantik kakak angkat you. Nak je aku kebas dia," bisik Zayn perlahan. Takut Adelle dan Alya dengar.

"Macam ni kak, kawan Emery ni nama dia Adelle. Yang Emery selalu cakap tu. Emery nak mintak tolong sikit. Boleh tak buat.. urm.. sementara waktu ni je, dia tinggal dengan akak? Tak lama kak, paling lama pun seminggu. Kalau akak keberatan takpelah," terang Emery begitu berhati-hati.

Sunyi seketika menemani mereka. Adelle di sebelahnya dah asyik menyiku Emery. Manakala Zayn cuma menjadi pemerhati dan pendengar setia. Pendek kata, buang tebiatlah jawabnya. Emery masih setia mendengar jawapan yang akan diberikan oleh Alya. Kalau Alya jawab 'tak', terpaksalah Adelle tinggal dengan dia. Dia okay je, tapi Adelle sendiri cakap dia tak selesa dengan abang angkatnya. Kalau dah anti dengan lelaki ni, memang susah.

Silently DestroyedWhere stories live. Discover now