CINTA QASEH RATNA

137 8 7
                                    

Detik terindah antara antara aku dan si dia saat kali pertama kami bertemu di Kem PLKN,.Kami mula berkenalan semasa kelas kenegaraan.Sejak aku tahu dia satu kelas denganku,aku rasa gembira kerana dapat berkenalan dengan lebih rapat.

Sebelum ini,kami pernah bergambar semasa aktiviti.Aku rasa sudah jatuh cinta dengan jejaka tinggi lampai bernama Amirul.Pernah sekali aku beritahu kawan sebilikku yang aku suka sudah jatuh hati dengan jejaka itu,malah kawan sebilikku bernama Nisa beritahu bahawa jejaka itu satu sekolah dengannya.

Satu hari tanpa pengetahuanku, Nisa telah berjumpa dengan jejaka itu dan memberitahu hasrat hatiku ingin berkawan dengannya.Namun,aku sangat kecewa kerana jejaka itu tidak berminat denganku,mungkin dia tidak kenal aku lagi.Satu hari,aku terima SMS dari nombor yang aku tidak kenali

Ternyata nombor itu adalah nombor jejaka yang sangat aku minati.Jejaka itu memberitahuku dia dapat nombor telefonku daripada seorang kawan juga bernama Anif.Anif teman rapatku semasa di sekolah.

Akhirnya kami mula berkenalan lima hari sebelum kem PLKN berakhir.Aku sangat sedih kami kerana berkenalan dalam waktu singkat.Berat hati aku mahu tinggalkan kem itu tersebut.Tetapi jejaka itu selalu memberi aku semangat semasa pada suatu masa nanti,kami akan berjumpa lagi.

Setelah tamat PLKN sekali lagi ALLAH pertemukan aku dan dia.Jejaka itu datang dengan ibu bapanya untuk berjumpa keluargaku.Pertemuan itu sangat indah buat aku dan si dia.

Setelah dua tahun kami berkenalan,aku sangat bersyukur kerana mengenali seorang yang jujur dalam percintaan.

Alhamdulillah,hubungan aku dan dia mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.Aku seakan bermimpi kerana perkenalan dengan si dia berakhir dengan detik terindah yang di kongsi bersama keluarga.

Setiap tahun kami akan meraikan ulang tahun perkenalan kami,iaitu pada 5 September 2016.

Tamat.
Terima kasih .
❤ ❤ ❤ ❤

CERPEN TERINDAHWhere stories live. Discover now