KAMI DAH COUPLEE

37 5 2
                                    

Disebabkan satu tragedi,aku mengenalinya.Semuanya bermula selepas berakhirny PT3.Sebagai pelajar asrama,aku kena juga hadir ke sekolah.Tak pernah ponteng.Jadi,pelbagai aktiviti di atur oleh guru-guru untuk mengelakkan pelajar ponteng sekolah.Salah satunya bermain bola tampar.

Nak dijadikan cerita,pada suatu hari,pemain-pemain bola tampar sekolah kena bertarung di gelanggang.Semestinya pelajar lelaki tingkatan tiga.Aku dan rakan-rakanku yang lain menyaksikan mereka beraksi.Bosan pula rasanya.Kepala ini pening,asyik toleh ke kiri,ke kanan dan ke kiri semula.

Sedang asyik menyaksikan perlawanan,tiba-tiba kami dikejutkan dengan suara orang menjerit.

"Azzim!Azzim!Azzim!"

Dari mana datangnya suara itu?Eh,itu suara aku sendiri!Aku menyaksikan Azzim bermain penuh yakin.Hampir setiap hari aku akan nampak dia.Hatiku mula terpikat.

Selepas beberapa minggu,warden asrama membuat pengumuman yang kami akan di bawa ke Cameron Highlands.

Wah,seronoknya!Aku tidak pernah ke sana.Jadi,macam-macam perancangan aku hendak lakukan bersama rakan-rakan.

Aku terkejut apabila melihat si dia turut menyertai rombongan ke Cameron Highlands.Aku sudah teruja.Hendak menegurnya,terasa malu pula.

Perjalanan bermula dengan dua buah bas.Apa lagi,aku dan beberapa rakan yang lain sudah berasa loya dan pening.Apa tidaknya?Jalan bengkang-bengkok macam ular ke palu untuk naik ke atas.Akhirnya,kami sampai juga.

Sebaik turun dari bas,kami menunggu beberapa orang guru untuk membeli tiket masing-masing,kami masuk ke bahagian permainan di luar.

Seronoknya dapat mengambil gambar,bermain alat-alat permainan yang ekstrem.Hatiku bergoncang tatkala melihat si dia.Dia tidak menyedari yang aku asyik memandangnya.Biarkanlah!

Tapi aku mengeluh.Aku mula berpijak di bumi nyata.Dia langsung tidak kenal aku.Dia langsung tidak ambil peduli tentang siapa yang selalu bagi sokongan setiap kali bermain bola tampar.

Kini,aku sudah di tingkatan empat.Aku tidak sangka si dia juga berada di sebelah kelas aku.Aku tetap meminatinya dalam dia.

Aku terkejut ketika perhimpunan untuk memilih jawatan baru rumah sukan,nama Muhd Azzim Farhan diumumkan sebagai pengerusi.Aku terus panggung kepala.Jadi selama ini,si dia satu rumah sukan dengan aku.Setiausahanya Balqis Humaira.Sekali lagi aku terkesima.

Itu nama aku!Kebetulankah ini?

Sejak itu kami banyak berurusan dan menjadi kawan sehinggalah kami habis SPM.

Suatu hari,si dia memberi pinjam novel.Aku membacanya sampai habis.Menarik juga jalan ceritanya.

Apabila sampai di muka surat terakhir,ada terselit sehelai nota.Aku terkejut.

"Awak,jom couple!"

Aku betul-betul terkejut dan akhirnya kami sudah couple.

Siapa tak sangka aku dapat couple dengan crush aku?

Terima kasih kepada yang sudi baca.Maaflah ye cita kite tak berapa best.Tapi alhamdulillah,saya dapat sokongan dari family and kawan-kawan saya.

Vote and comment please!

CERPEN TERINDAHWhere stories live. Discover now