SAHABAT

113 5 5
                                    

"Kau ada di kala suka.Kalaku duka.
Dalam tiap tangisan dan juga ketawa.Kau ada dikalaku perlu,setia menemamiku.Pegang erat tanganku kala aku jatuh.Kaulah yang selalu menemaniku.Mendengar kisah pahit manis hidupku.Kaulah yang di situ,setia menungguku.Kaulah yang satu,menjadi sahabatku..."

"Di atas muka bumi ini,selain keluargaku,aku hanya mempunyai dua orang sahabat.Kami bersahabat sejak berada di sekolah menengah lagi.Imani,Izwanis dan Ikhma(aku).Kami di sekolah di gelar 3I,kerana nama kami semua bermula huruf I.Perancangan Allah sangat sempurna.Di sekolah juga di gelar Nike disebabkan beza ketinggian.Jika di surun,aku,Imani dan Izwanis pasti akan kelihatan seperti tangga.

Walaupun kami mempunyai ketinggian yang berbeza,kami sering mencuba untuk membeli sesuatu benda yang sama.Pernah sekali,memandangkan aku paling rendah antara mereka,aku suka membeli kasut tumit tinggi.Bila aku membeli kasut tinggi,Imani dan Izwanis juga membeli kasut yang sama walaupun mereka jarang memakai kasut tumit tinggi.

Kami sering berkongsi.Berkongsi makanan kegemaran,berkongsi tudung,berkongsi cerita dan berkongri rasa.Kami juga berkongsi pencuci muka dan kami juga menggunakan produk kecantikan yang sama.Sekiranya kami bermalam di rumah salah seorang antara kami,kami tidak perlu membawa pencuci muka atau krim kerana pasti ada di rumah salah seorang antara kami.

Indahnya mengenangkan waktu itu.Kadang-kadang mengalir air mata melihat gambar kami bertiga.Tidak di nafikan,sepanjang hampir 10 tahun kami bersahabat,berlaku juga selisih faham dan perbezaan pendapat terutama bila masing-masing sudah mempunyai teman istimewa.Namun,persahabatan kami tidak pernah terputus sehingga kini.

Walaupun masing-masing mempunyai komitmen,kami masih berhubung dan bertanya khabar.Kini Imani dan Izwanis sudah berumah tangga.

Indahnya persahabatan ini bila saling memahami dan bertolak ansur.Kami pernah membina impian bersama.Ingin tinggal serumah bertiga,masak bertiga,berniaga bertiga atau paling tidak bekerja setemgat.Namun,satu pun impian itu tidak pernah tercapai.Mungkin bukan begitu yang di takdirkan untuk kami.Kita hanya merancang,Allah yang menentukan.

Pasti ada sesuatu yang tidak dapat di dugakan.Perancangan Allah itu INDAH.
Seindah persahabat kita.




Terima kasih sudi baca cerita yang tidak seberapa ini.Kalau ada tajuk yang ingin di buat.Saya akan buatkan.Khas untuk pembaca.

Vote and komen.

CERPEN TERINDAHWhere stories live. Discover now