PAYUNG

77 5 4
                                    

Hujan lebat membasahi bumi.
Muncul seorang gadis misteri memberikan aku sekaki payung untuk aku berlindung daripada aku terkena hujan.Aku pun tidak tahu siapa pemberinya.Alangkah indahnya jika aku dapat melihat dirinya.Kerana dia,aku tidak dihujani.Aku amat berterima kasih padanya.Aku berdoa agar aku dapat berjumpa dengan gadis itu lagi.

Gadis misteri itu muncul lagi.Dia juga memberikan lagi payungnya kepadaku.Payungnya yang dulu pun aku tidak pulangkan lagi,inikan pula dia berikan yang baru.Aku tahu,aku tidak dapat melihatnya.Tapi suatu hari,pasti aku bisa melihat wajahnya.

3 bulan telah berlalu,aku sudah bisa melihat.Aku harap aku dapat berjumpa dengan gadis itu lagi.Hujan lebat turun selebatnya,aku tidak membawa payung kerana aku berharap agar gadis itu memberikan aku payungnya dan aku dapat melihat wajahnya.Tetapi aku hampa,gadis itu tidak muncul.Kenapa?
Adakah kerana aku sudah bisa melihat atau dia sudah tidak mahu melihatku.

Sesuatu hari,rakanku bilang yang gadis tersebut telah bertemu Ilahi.Aku sedih.Aku tertanya-tanya bagaimana dia menemui ajalnya.

Aku terpana.Apabila aku terdengar sekumpulan pelajar sedang berbual gadis misteri itu.Apa yang aku dengar,gadis itu selalu membawa payung.Dia meninggal di sebabkan
di ragut waktu hujan,sewaktu dia menunggu seseorang.Otak ku berfikir siapa yang gadis itu tunggu sewaktu hujan??

Adakah aku atau kekasihnya?
Menjadi tanda tanya kepadaku.
Aku harus siasat siapa yang di tunggu.

Keesokan harinya,rakanku memberikan aku sekaki payung dan sepucuk surat.Aku terkejut.Siapakah gerangan yang memberikan aku ini?

Aku membaca surat itu,lalu air mataku mengalir sederas-derasnya.Rupanya gadis misteri itu yang memberikan aku surat.

Aku sedih,dia mati di sebabkan aku.Dia menunggu aku.Ketika dalam keadaan kritikal,dia sanggup menulis surat dan dia sempat meminta rakanku memberikan aku payung dan surat itu.Ketika dia meninggal aku menjalani pembedahan.
Di dalam surat itu,terselit sekeping gambarnya.Akhirnya,aku dapat melihatnya walaupun ia hanya gambar.

Aku berjanji,aku akan simpan surat dan payung ini untukmu.Inilah payung terakhirmu buat diriku.Walaupun kita tidak pernah bercinta atau saling mengenali.Aku sudah sayang padamu.Aku akan sentiasa menziarahi kuburmu.

Kaulah gadis misteriku.

Sorry,kalau tak best.
Vote and komen.

CERPEN TERINDAHWhere stories live. Discover now