CINTA BERPUTIK KEMBALI

73 2 2
                                    

Aku Anna.Aku dari Skudai,Johor.Aku pelajar akhir Politeknik di Jitra.Sebelum menduduki Peperiksaan SPM,aku berkenalan dengan seorang jejaka yang berasal dari Langkawi.Beberapa bulan berkenalan,akhirnya kami bercinta.Aku terpaksa memutuskan hubungan dengan dia kerana kami akan menduduki peperiksaan SPM dan aku berjanji akan datang kembali apabila aku berjaya menyambung pelajaranku di IPTA dan IPTS.

Sepanjang perjalanan cinta kam-dia seorang yang baik,caring malah tidak pernah meninggikan suaranya kepada aku.Yang paling aku tidak percaya,kali pertama pertemuan kami adalah di Stesen Kereta api di Kluang.Dia sanggup datang ke Johor semata-mata ingin bertemu dengankug.SUNGGUH AKU TERSENTUH.SO SWEET.

Sebulan sebelum Peperiksaan SPM, dia dan aku berpisah.Dan hampir selama tiga tahun lebih kami berpisah,tidak berhubung dan bertemu,akhirnya kami bertemu kembali di Pulau Langkawi.Itulah pertama kali aku menjejakkan kaki di Pulau Langkawi untuk bercuti dengan kawan-kawanku.Setibanya aku di Jeti Pulau Langkawi,tiba-tiba dia menegurku.Terasa indah pertemuan yang Tuhan tetapkan.Raut wajah,senyuman dan perwatakannya telah menyentuh sanubariku.

Banyak perubahan dirinya sekarang berbanding dulu.Dulunya dia bertemu dengan aku dengan berpakaian lusuh tetapi sekarang dia sangat bergaya.Tuhan temukan dengan dirinya di pantai yang indah dan jauh dari kesesakan di dunia luar.

Beberapa hari aku berada di Pulau Langkawi,hampir setiap hari dia datang bertemu denganku dan meluangkan masa bersama.Dia membawaku mengelilingi pulau yang indah.Dia membuatkan hari-hariku penuh dengan gelak ketawa dan aku bahagia.

Tanpa aku sedari,aku mula jatuh cinta kembali dengannya.Terasa indahnya apabila bersamanya dan tidak ingin untuk berpisah lagi.Aku cuba berlagak jual mahal,tetapi ada sahaja perkara yang di lakukannya menyentuh hatiku dan melembutkan hatiku.Ingin sahaja aku menyatakan padanya yang aku cinta padanya,tetapi terasa malu dan takut cintaku bertepuk sebelah tangan.

Keesokan harinya,pagi-pagi lagi aku pergi ke pantai untuk menghirup udara segar.Tiba-tiba datang seorang perempuan datang memberi bunga kepada aku.Aku pelik tapi aku mengambilnya dan datang pula seorang demi seorang datang memberi bunga kepadaku.Aku semakin hairan.Tidak lama kemudian,mataku ligat memerhatikan kelibat kawan-kawanku jauh sedikit jarak dariku.Aku cuba mendapatkan mereka dan apabila aku hampir dengan mereka,mereka menyanyikan lagu untukku.

Tanpa aku sedari,di sebalik kawan-kawanku tersembunyinya dia dengan sejambak bunga di dalam dakapannya.Dia datang menghampiri diriku dan menyatakan padaku bahawa dia amat mencintai diriku,inginkan diriku menjadi permaisuri hatinya dan ingin menyunting diriku sebagai isterinya.Aku terkejut kerana dia berani menyatakan niatnya di hadapan kawan-kawanku.

Aku setuju,lagipun aku masih sayang padanya.

Akhirnya aku dan dia berkahwin.

Inilah yang di namakan jodoh.Tidak kiralah dimana kita berada atau sejauh mana pun kita berada jodoh pasti akan kita temui.

Cinta bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi.
Tapi kalau awak nak tepuk dengan saya,saya ok je!



Hey guys....I hope that U alls enjoy with my story.I'm really sorry if have some mistakes in my story.

For the information,this story is like my dream.The heroes came with the romantic scene.Give flower at the island.Wow that was the great moment.

That alls from me
-MAMA-

AND DON'T FORGET TO VOTE AND COMMENT.
LOVE U.

CERPEN TERINDAHWhere stories live. Discover now