Detik perkenalan aku dan dia adalah satu cabaran daripada rakan-rakanku.Empat tahun aku korbankan cinta dengan insan bernama S tetapi aku dapat hanyalah sekeping kad undangan.Aku gagahkan diri untuk lupakan S selepas kehadiran dia.
Permulaan kami mengenali sesama sendiri semasa aku pulang dari rumah rakanku.Entah kenapa malam itu dengan selambanya aku memarkirkan kereta aku betul-betul di hadapan rumah jiran kawan aku.
"Nanti aku dah masuk kereta baru kau gerak tau"pesan aku kepada Ain.
"Okey",jawab Ain ringkas.
"Aik,kertas apa pula yang terlekat dekat cermin kereta aku ini,"omelku hairan.
Tulisan yang tertulis di kertas itu,'FOR SALE'.
"Gurau kasar dah diorang ni.Mesti kerja diaorang ni."
Entah macam mana,tiba-tiba muncul seseorang.
"Ada kertas tak kat cermin depan kereta awak tu?"tanya lelaki itu.
"Oh,ada...ada,"jawab aku laju.
Aku memang tidak kenal sangat lelaki itu.Entah siapa dia,aku malas nak ambil tahu.
"Okey,itu nombor telefon saya.Saya nak nombor awak boleh?"ujar lelaki itu lagi.
Dengan selamba aku menjawab, "Tak perlulah ambil nombor saya.Nanti saya call awak."
"Okey,tapi jangan lupa call.Tak nak call,miscalled pun tak pa,"ujar lelaki itu lagi.
Setibanya aku di rumah sewa,aku masuk ke dalam bilik lalu merebahkan diri di atas katil.Sebelum tidur,semestinya aku berborak dulu bersama roommate aku.Setiap malam, ada saja cerita yang aku kongsikan.
Sebelum aku melelapkan mata malam itu,aku teringat akan janji aku pada lelaki itu.Aku mencapai telefon bimbit dan kertas berwarna hijau.Aku membelek kertas itu.Nama lelaki itu Aliff.Aku menekan telefon bimbit mengikut nombor yang tertera di atas kertas hijau itu.Selepas bunyi 'bip' yang kedua,terus aku tekan butang merah.Tidak berani untuk bercakap dengannya.
Dalam masa beberapa,minit tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi.Aku melihat skrin.Itu nombor yang aku dail tadi.
"Eh,dia ni apa hal call aku pula?Aduh!Nak jawab ke tak?Nak cakap apa ni.?"Aku keresahan.Akhirnya,aku tekan butang hijau.
"Helo,awak ke yang call saya tadi?tanya si pemanggil.
"yup,saya,"jawab aku,sedikit gugup.
"Nama saya,Aliff.Saya nak kenal awak dengan lebih dekat boleh?"
"Hah?Nak kenal?"Ketika itu nadaku sedikit terkejut.
"Ya,nak kenal.Boleh?"tanya lelaki itu.
"Okey,tapi sekarang saya nak tidur,"balasku,cuba beralasan.
"Sorry,tapi sebelum itu....nama awak siapa?"tanya lelaki itu lagi.
"Atiqah"
"Okey...good night, Atiqah.Mimpi yang indah-indah."
Setelah beberapa hari aku berWHATSAPP dengannya.Hubungan aku dan dia semakin akrab selepas kami keluar makan bersama.
Genap sebulan perkenalan kami.Dia memberanikan diri untuk serius dalam hubungan ini.Yang paling aku tidak dapat lupakan ketika aku demam.Dia menghantar bubur nasi ke rumahku.Dia menasihatkan aku agar makan ubat mengikut jadual.
Hubungan aku dan dia bertambah kukuh apabila dia berjaya menambat hati ibuku.
Semester pun berakhir.Aku berjaya menamatkan Diploma Perniagaan walaupun pointer tidak seberapa.Hubungan aku dan dia masih bertahan sehingga kini.Bagi aku,dia seorang penasihat yang baik.Walaupun dalam 10 nasihat dia,satu pun belum tentu aku pakai.
Akhirnya,impian aku berakhir dengan hubungan yang sah.Biarlah aku yang terakhir buatmu.Inilah Cinta antara aku dan dia.
Terima kasih sudi baca.hope korang boleh vote and komen.kalau tak paham sorry.saya pun tak paham cita ni.hahahaha:-P
YOU ARE READING
CERPEN TERINDAH
RandomDetik terindah untuk aku dan dia Akan kekal selama-lamanya Walaupun maut memisahkan kita Akan kukenang sepanjang hayat Bila cinta berputik kembali Akanku kejar cintaku You are my everything You are my destiny And You are my love #cerpenbuatmu