Bab 3

2.7K 49 1
                                    

HAMPIR seminggu. Ya, hampir seminggu. Dyla garu kepala. Memang apa yang dikatakan Alfan minggu lepas benar-benar terjadi. Dia suka muncul secara mengejut. 'Tak lama lagi memang kena heart attack aku dibuatnya.'

Dyla ke kafe untuk makan tengah hari. Pelbagai juadah yang terhidang menjadikan perut yang berkeroncong saat itu bertukar menjadi dangdut. Saat tangannya hendak mencapai senduk, jarinya tersentuh tangan seseorang yang turut sama ingin mengambil senduk yang sama. Dyla menoleh.

"Shah!"

Lelaki itu tersenyum. "Nak ambil ni juga ke? Orang tolong ambilkan, eh?" Laju sahaja tangan Shah mencedok kuah ke pinggan Dyla.

Dyla tersengih. "Thanks."

"Jom makan sekali?" ajak Shah.

Dyla mengangguk setuju. Perkenalan sejak sekolah menengah nyata membuatkan hati Dyla muncul satu perasaan aneh tatkala mata dan hatinya disapa lelaki itu. Disimpan lama perasaan itu tanpa ketahuan sesiapa. Biar hanya dia yang tahu. Malu menyimpan hati pada lelaki yang belum tentu sudi menyapa. Hanya dia yang terbuai sendiri.

"Macam mana studi?" soal Dyla memecah sunyi.

"Stres jugalah. Banyak pula nak kena handle aktiviti."

"Jangan aktif terlebih, nanti letih sangat. Studi pun payah nak fokus."

Shah senyum. "Risau?"

Jantung Dyla berdegup laju daripada biasa. Pipi terasa hangat. Apakah riak wajahnya sudah berpaling tadah untuk memalukan tuannya?

"Risaulah. Awakkan kawan saya." Cuba membentengi diri.

"Kawan aje?" Shah menduga.

Dyla jadi tidak tentu arah. Oh! Kalaulah boleh dinasihatkan jantungnya agar jangan bergetar sekuat ini... Takut didengar si jejaka di hadapan, mana mahu diletakkan mukanya?

"Tak." Dyla merenung anak mata Shah. Jemarinya digenggam kuat, meyakinkan diri sendiri. Shah menunggu jawapan.

"Kawan baik..." lantas bibir Dyla mengukir senyuman plastik.

"I am your best man whatever it takes, tau!" ujar Shah.

Dyla mengangguk.

"When are you getting married, Shah?"

"Hm... tunggulah habis studi dulu."

"Lagi berapa tahun?"

"Setahun."

"Samalah."

"Nak kahwin after grad juga ke?"

"Ha? Erm... calon pun tak de."

"Boleh cari."

"Tengoklah nanti macam mana. Kerja dululah." Dyla ketap gigi. Jantung kian kuat debarannya.

"Hi!" sapa satu suara.

Dyla menoleh perlahan-lahan. Jantung bagaikan mahu gugur melihat wajah itu muncul lagi.

Shah blur.

Dyla ketap bibir.

"Mind me to join you guys?" tanya Alfan.

"Tempat lain banyak lagi..." jawab Dyla.

"Dyla..." tegur Shah. "Duduklah." Senyuman Shah ikhlas.

Dyla berkerut dahi merenung Shah. Perubahan riak muka Dyla dapat dibaca Alfan.

"Saya mengganggu ke?" soal Alfan seolah-olah tidak bersalah.

"Eh, tak delah. Dyla, orang ada kelas ni. Orang gerak dulu eh. Nanti kita jumpa lagi." Shah segera bangkit dari kerusi sejurus bersalaman dengan Alfan.

Dendam CintaWhere stories live. Discover now