MESEJ daripada Alfan yang baru diterimanya dipandang sepi.
Your answer will exipire tomorrow.
Tidak habis-habis mahu mengingatkan dia fasal itu.
'Aku tak peduli. Kalau tiga hari ni aku boleh lari, aku lari dulu. Masalah tu semua fikir kemudian.'
Dyla menyimpan baju ke dalam bag pack. Adilah dan Saadah masing-masing berada di bilik masing-masing. Berkemas untuk hari esok.
Barang yang diperlukan disertakan sekali ke dalam beg. Walau macam mana pun, kena fikir juga macam mana hendak lari selepas hari perkhemahan.
Dyla merengus lagi. Bunyi WhatsApp bergema. Alfan Si Penyayang. Belum tengok mesej, bibir sudah senyum sampai ke telinga.
Shah: Awak pergi kem esok?
Dyla jelas terperanjat. Shah WhatsApp? Shah WhatsApp!!! Rasa macam hendak melompat dari katil pun ada. Dengan tenang Dyla membalas.
Dyla: Pergi. Awak?
Shah: Tak dapat join. Sabtu nak kena pergi perkampungan. Ada aktiviti untuk kelab medic.
Dyla: Ya ke :( Hmmm.
Dyla silap. Shah tidak seperti Alfan yang akan balas benda macam tu. Benda tak penting padanya, dibiarkan sahaja.
Dyla: Hati-hati untuk aktiviti perkampungan awak nanti.
Terpaksa Dyla memulakan perbualan semula. Kalau boleh dia hendak berWhatsApp lagi dengan Shah. Tetapi lelaki itu terlalu sibuk untuk melayannya.
Shah: Awak juga. Hati-hati dalam hutan tu.
Dyla: Okey. :)
Bunyi WhatsApp terus senyap. Dyla muncung mulut. 'Aku nak kau reply WhatsApp akulah, gila! Tu pun tak faham ke?' Dyla membebel sendiri dalam hati.
Selesai mengemas, beg pakaian diletakkan di sebelah katil. Esok pagi-pagi lagi sudah kena berkumpul di dataran.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RomanceBacaan Awal Sahaja Tajuk: Dendam Cinta Penulis: Nurul Ain Syuhada Penerbit: Penulisan2u Harga: RM30.00 (Semnanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak) http://www.p2u.my/beli-online.html?page=shop.product_details&flypage=flypage.pbv.v2.tpl&product_id=117&c...