Bab 4

2.7K 45 0
                                    

"SHAH!" Dyla memanggil.

Shah menoleh ke belakang. Senyuman terukir. Kakinya berhenti melangkah. Kot putih yang tersarung di tubuh, dibetulkan sedikit. Sebuah buku tebal berada dalam pegangan.

"Kenapa, Dyla?"

"Sorry pasal semalam."

"Kenapa dengan semalam?"

"Yalah. Tiba-tiba lelaki tu appear dan buatkan awak pergi."

"Eh, tak de apalah. Memang ada kelas waktu tu."

"Oh ya ke? Hm... tak pelah."

"Dyla... dia tu siapa?" Shah ingin tahu.

"Dia?" Dyla terkejut. Kenapa tiba-tiba Shah mahu ambil tahu? Tidak pernah-pernah lelaki itu mahu ambil tahu hal peribadinya sebelum ini.

"Bakal isteri...." Entah dari planet mana lelaki ini muncul, tiba-tiba sahaja dengan muka tidak malunya meletakkan lengannya di atas bahu Dyla dengan sengaja. Gigi yang tersusun rapi dihadiahkan buat Shah. Shah terkedu sebentar.

Dyla kerut dahi. Masih mencerna apa yang dikatakan Alfan.

Hairul di belakang Alfan turut panar. 'Bila masa pula bos aku ada bakal isteri?'

Shah senyum. "Dyla, orang masuk kelas dulu."

Kelibat Shah dipandang kosong. Seketika, baru dia sedar. Saat kakinya melangkah cuba mengejar Shah, terlebih dahulu lengannya dikunci dengan genggaman kuat Alfan yang beralaskan baju kurung.

"Awak ni kenapa?" jerit Dyla geram.

"Hei, relaks la. Yang kau marah sangat ni kenapa?"

"Awak nak apa? Tak boleh ke awak tak kacau saya sehari?" Turun naik nafas Dyla menahan geram dan marah.

"Oh... too bad. Tak boleh. Sebab..."

"Sebab saya tak bayar hutang awak lagi? Awak keep on cakap benda yang sama hari-hari. Tak bosan ke? Awak memang tak de life, eh? Awak siap ada PA, tak mungkin awak ni orang miskin yang desperate nak duit tu, kan? Tak boleh ke awak sehari aje jangan kacau saya, tolonglah!"

"Tak boleh," jawab Alfan pendek.

"Orang kedekut mata duitan macam awak ni... mesti tak de siapa yang nak, kan? Atau, ada. Tapi selalu kena tinggal. Kekurangan kasih sayang. Sebab tu awak tak de benda lain nak buat selain ganggu saya, kan?" Entah kenapa tiba-tiba mulut Dyla menjadi lancang.

Melihatkan perubahan mimik muka Alfan membuatkan Dyla tersenyum puas. Mesti memang selalu kena tinggal.

Alfan hanya merenung Dyla. Tenungannya macam mahu tembus.

"Tenung saya sampai tembus pun, I will never regret what I have said."

"Hairul!" panggil Alfan.

"Ya, tuan."

"Siasat siapa Shah. Jangan tinggal sebesar kuman pun information," ujar Alfan tegas, sedang matanya menikam anak mata Dyla.

Kata-kata Alfan sedikit sebanyak membuatkan Dyla terkejut.

"Apa awak nak buat?" tanya Dyla dengan penuh rasa ingin tahu.

"Memberi kau peluang untuk merasa..." jawab Alfan.

Dyla tidak faham. Keliru.

"Apa maksud awak?"

Alfan tidak mempedulikan lantas meninggalkan Dyla yang terpinga-pinga.

SHAH memusing-musingkan pen di jari. Matanya tidak fokus pada slide show yang terbentang di hadapan mata. Tiba-tiba lengannya disiku orang sebelah.

Dendam CintaWhere stories live. Discover now