Bab 1

7.1K 79 1
                                    

"KELAS maintain pukul empat, kan? Aku nak pergi Shah Alam kejap. Nak beli barang. Jangan anjakkan kelas pula!" kata Dyla kepada teman sekelas.

Masing-masing mengangguk tanda faham. Namun kedapatan juga mata yang sudah mula bersinar jahat.

"Kau nak beli apa sampai ke Shah Alam?" tanya Ikram.

"Adalah...." Dyla mencari-cari kunci kereta di dalam beg kuliahnya.

"Apa yang kau cari?" Ikram turut sama menghendap.

"Kau ngendap apa, ha? Sibuk nak tengok dalam beg orang. Aku cari kunci kereta aku, lah!"

"Ohhh... ingatkan apa!" Ikram mencebik.

Ah! Jumpa.

"Aku pergi dulu."

"Hati-hati bawa kereta tu."

"Iya, iya." Dyla lambai ke belakang. Nafas dihela seraya masuk ke dalam perut Viva.

Terasa bahang. Walaupun baru pukul 11.00 pagi, matahari sudah mencacak tegak atas kepala.

Enjin kereta dihidupkan. Pendingin hawa turut sama dihidupkan. Angin panas keluar mengena wajah 'sunburn' Dyla. Sementara menunggu enjin kereta panas, Dyla membelek muka.

'Sunburn teruk gila! Ni kalau balik kampung, mintak nenek perah susu kambing. Nak berendam dalam susu kambing. Aci tak?'

Sedang dia asyik membelek wajah, cermin tingkap keretanya diketuk kuat dari luar. Terkejut dibuatnya. Boleh gugur jantung dari bronkus.

Cepat-cepat cermin tingkap diturunkan secara automatik.

"Ha, kenapa?" Dahi Dyla berkerut menahan terik matahari dari luar.

"Nak pergi mana?" tanya Shah dengan buku penuh di tangan. Baru keluar perpustakaan barangkali.

"Nak pergi Shah Alam kejap. Kenapa? Nak teman?" sengih Dyla. Shah turut sama tersenyum.

"Ada kelas tak?" soal Shah.

"Ada. Pukul empat nanti. Awak?"

"Ada, pukul satu. Ni nak balik rumah kejap. Mandi and study sikit."

"Oh! Nak orang hantarkan?" pelawa Dyla. Dalam hati penuh mengharap agar Shah akan ikut.

"Hmmm. Tak pelah. Motor tu siapa yang nak bawa? Takkan nak tinggal macam tu aje?"

Dyla memuncung. Betul juga!

"Malam nanti free tak?" Shah bertanya. Bunyinya seakan mengajak untuk makan malam. Berdua. Hanya dia, dan Shah. Bulat mata Dyla. Dalam hati, anggukannya laju sekali macam mahu terputus urat leher.

"Hmmm... free rasanya. Kenapa?" lagak Dyla. Cuba menjulang ego.

"Makan, jom?"

"Hmmm..." sengaja mengambil masa. Konon mencongak masa yang ada.

"Kalau tak free, tak pelah. Lain kali ajelah." Shah meluruskan kembali tubuhnya daripada menunduk tadi.

"Eh, free!!!" jerit Dyla cepat dan kuat.

Shah tersengih.

"Jumpa awak malam karang."

"Okey." Dyla gigit lidah.

'Konon nak bajet ego. Nampak macam kau yang terhegeh-hegeh, Dyla!'

DYLA tawaf satu kedai. Gembira hatinya melihat barang yang sudah penuh sebakul. Dia tersenyum puas. Barangan itu kemudiannya diletakkan di atas kaunter.

"Debit card boleh guna tak kat sini?" tanya Dyla.

"Boleh, cik..." jawab si penjaga kaunter.

Selesai membayar semuanya, Dyla sibuk menyimpan barangannya di tempat duduk penumpang belakang sebelum dia sendiri masuk kembali ke dalam kereta. Tika itu baru dia perasan yang telefon bimbitnya tertinggal di dalam kereta ketika sibuk membeli-belah tadi. Terdapat beberapa panggilan tidak berjawab daripada Ikram!

Dendam CintaWhere stories live. Discover now