DYLA ke kelas dengan mata bengkak dek menangis semalaman hingga tertidur. Matanya sepet hingga sukar untuk dibuka. Hanya satu yang dia boleh guna. Cermin mata hitam! Pandangan budak kelas yang lain usah dikata. Semua menuduhnya bajet cool, bajet... bajet... bajet. 'Ahhh. Whatever!'
"Kau dah kenapa dengan cermin mata gerhana ni?" Ikram mengusik.
"Jangan kacau."
Amaran Dyla tidak dihiraukan. Cepat sahaja tangan gatal Ikram menarik cermin mata itu. Hendak ketawa pun ada, kasihan pun ada, serba salah pun ada. Semua bermain dalam fikirannya.
"Kau kenapa ni?" Ikram menolak kembali cermin mata hitam itu ke tempat asalnya.
Dyla malas hendak marah. Tidak guna juga terjerit terlolong marahkan orang yang tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Hanya menambahkan kesal, geram dan sakit hati.
"Tak de apalah."
"Kau menangis ke?"
"Hm."
"Sebab apa? Kaukan memang tak boleh menangis banyak-banyak. Dah macam apek-apek dah aku tengok mata kau."
"Adalah masalah aku."
"Kenapa? Cuba cerita dengan aku. Kut aku boleh tolong?"
"Hmmm. Privacy aku. Tak payah la aku cerita." Dyla mengeluarkan buku notanya. Puan Asnah masuk ke kelas kemudiannya.
"Dyla," panggil Puan Asnah.
Dyla mendongak.
Puan Asnah sedikit terkejut melihat penampilan Dyla yang di luar kebiasaannya itu.
"Ada orang nak jumpa kamu kat luar," bicara wanita separuh abad itu. Lagaknya seperti ibu. Sememangnya semua pelajar selesa dengannya.
Dyla berfikir sejenak sebelum bangun dan keluar dari kelas. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Siapa yang cari?
"Dah dapat jawapan?" Alfan sergah dari belakang membuatkan Dyla terperanjat. 'Kau kalau tak terkejutkan aku, memang tak sah!'
"Jawapan saya?" Dyla teragak-agak. Otaknya ligat berfikir.
"Kalau saya setuju pun, mak ayah saya takkan setuju. Plus, hutang awak saya dah bayar. Kenapa awak masih mendesak saya?"
"Kau yang mulakan semua ni. Puncanya daripada kau." Alfan mendekati Dyla selangkah.
"Saya dah mintak maaf. I was wrong, okay? Puas?" ujar Dyla lemah. Ditambah pula dengan kepalanya yang berdenyut sakit kembali.
"Seminggu. Aku bagi kau masa seminggu untuk bagi jawapan. Make sure jawapan yang kau bagi tu tak menyusahkan orang yang kau sayang sangat tu." Alfan lantas berpaling pergi tanpa menoleh sedikit pun. Angkuh.
Dyla tidak membalas. Sakit. Kepalanya terasa berpinar-pinar hingga dia rebah ke lantai.
Alfan menghentikan langkah apabila terdengar suatu bunyi pelik di belakangnya. Kepalanya pantas sahaja berpusing. Matanya bulat melihat tubuh Dyla yang sudah tidak bergerak di atas lantai. Pantas kakinya berlari mendapatkan Dyla. Terus dia memangku gadis malang itu.
"Dyla! Dyla!!!" jerit Alfan. Namun jeritan itu langsung tidak membuatkan Dyla sedar. Gadis itu benar-benar pengsan.
Melihatkan keadaan Dyla yang tidak memberi respons, dengan pantas Alfan mencempung Dyla hingga ke kereta. Silap pula dia hari ini datang sendirian. Tidak bersama Hairul.
Laju kereta Alfan membelah jalan menuju ke hospital.
"APA hubungan encik dengan pesakit?" tanya doktor.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RomanceBacaan Awal Sahaja Tajuk: Dendam Cinta Penulis: Nurul Ain Syuhada Penerbit: Penulisan2u Harga: RM30.00 (Semnanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak) http://www.p2u.my/beli-online.html?page=shop.product_details&flypage=flypage.pbv.v2.tpl&product_id=117&c...