Bab 2

3.2K 54 0
                                    

KUNCI kereta dicampak ke atas meja. Malangnya tergelincir jatuh ke lantai dek kelajuan tahap maksima. Bibir merah menyala selepas terlepas daripada ketapan kuat. Tudung ditanggalkan lantas dibaling ke sofa.

"Balik-balik terus mengamuk ni kenapa?" Adilah berkerut dahi melihat perlakuan Dyla sejurus pulang dari kelas.

"Shit! Shit! Shit! Shit! Shit!!!" luah Dyla berulang kali.

Adilah membulatkan mata. Terkejut. Dalam rumah ini yang paling jarang sekali maki hamun ialah Dyla. Tetapi kenapa hari ini?

"Kau kenapa, Dyla?"

Gigi diketap rapat. Keluhan keluar. Air mata cuba ditahan. "Tak de apa..." lantas kaki melangkah naik ke biliknya di tingkat atas. Tubuh dihumban ke tilam. Mata dipejamkan rapat. Tidak mahu fikir. Tetapi kejadian itu yang acap kali bermain dalam fikirannya. Tidak sampai beberapa saat, mata kembali terbuka.

'Gosh! What have I done?' bisiknya sendiri.

'Mana aku nak cari duit dua ribu? Macam nak pinjam dengan along!' Lengan diletakkan di atas dahi. Kusut.

"Dyla, kita orang nak masak ni. Kau nak join tak?" tanya Saadah.

"Hm? Kejap lagi aku turun. Aku nak mandi kejap."

Saadah mengangguk dan menutup kembali pintu bilik Dyla.

Dyla menghela nafas lemah. Telefon bimbitnya dicapai. Nombor ibu ditekan. Namun terlebih dahulu nama "ibu" tertera di skrin sentuh. Panggilan masuk.

"Assalamualaikum ibu, akak baru nak call ibu..." sapa Dyla dengan suara lembut.

"Waalaikumussalam. Dah dua hari akak tak call ibu. Busy sangat ke?"

"Assignment banyak la, ibu. Kalau akak free pun, pukul dua tiga pagi. Ibu dah tidur."

"Hm... duit ada lagi?" soal Puan Dalila.

"Ha? Kenapa bu?" Dyla pelik.

"Yalah. Ibu takut akak tak de duit. Aida pun baru mintak duit dengan ibu. Habis dah duit ibu. Tak de langsung simpanan. Gaji ayah lambat lagi..." cerita Puan Dalila.

Suara Dyla tersekat di kerongkong. 'Aku baru nak mintak duit, adik aku lagi laju dah mintak.'

"Ada aje. Cukup untuk sebulan." Tipu.

"Hm... akak berjimatlah guna duit tu sampai gaji ayah nanti."

"Ya, bu." Apalah lagi yang harus dikata.

"Ibu nak pergi surau ni. Nanti ibu call lain."

"Okey, bu. Kirim salam dekat adik dengan ayah."

"Okey. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, bu." Talian dimatikan. Dyla terus terbaring.

"Ahhh!!!" jerit Dyla. Stres! Tension!

"Kenapa? Kenapa?" Adilah dan Saadah berlari-lari dengan senduk di tangan menuju ke bilik Dyla. Terkejut Dyla dibuatnya.

"Erk. Tak de apa. Kau orang dah start masak ke?" Bulat mata Dyla melihat Saadah menghampirinya dengan senduk di tangan.

"Aku tengok kau macam tension aje. Tu yang kita orang masak dulu. Kau rest la, eh," balas Saadah.

Dyla hanya tersenyum sumbing.

"ADAH, Dilah..." Dyla memulakan bicara. Nasi masih belum berusik di dalam pinggan. Saadah yang sedang mencedok kuah hanya mengangkat wajah tanda "apa?".

"Kau orang boleh pinjamkan aku duit tak?" Segan sebenarnya Dyla ingin mengeluarkan kata-kata itu. Tetapi apa boleh buat... dia tiada pilihan.

"La, muka tension tegang macam orang nak makan orang dari tadi ni sebab masalah duit aje ke? Berapa kau nak?" tanya Adilah.

Dendam CintaWhere stories live. Discover now