"KENAPA lambat?" herdik Amir.
Dyla diam. Amani di sebelah turut sama menunduk. Alfan berpusing ke belakang. 'Orang lain dah habis solat, baru dia orang nak datang?'
"Saya dah bagi tahukan, jangan lambat!" tinggi suara Amir. Amir pandai jaga bahasa. Bila hanya berdua dengan teman-teman yang dia kenal, "aku – kau" menjadi bahasa diri. Tetapi bila formal, dia menggunakan "awak – saya".
"Maaf." Dyla bersuara lemah.
"Awak berdua akan didenda. Cuci pinggan semua orang lepas makan tengah hari nanti!"
Alfan hanya memerhati dari jauh. Tidak terniat untuk membantu.
DYLA bergelak ketawa dengan Amani sambil mencuci pinggan. Entah apa yang kelakar, Alfan pun tidak tahu. Adilah dan Saadah telah diberi amaran supaya tidak membantu teman sekhemah mereka.
"Bibir akak pucat," tegur Amani.
"Eh?" Dyla menyentuh bibirnya.
'Sentuh-sentuh bibir pula dia!' rengus Alfan.
"Dyla, maaflah menyusahkan kau." Ikram letak pinggan ke dalam besen.
"Salah aku juga."
"Nak aku tolong cakap dekat Amir ke?"
"Kawan pun, kalau langgar perintah kena denda juga."
"Kau letih sangat ke Dyla? Muka kau pucat!" Giliran Ikram menegur.
"Tak delah. Aku okey." Dyla ketap bibir.
Petang itu mereka dibenarkan untuk berehat bersama-sama. Sungai menjadi tempat lepak mereka. Gelak tawa mewarnai suasana.
Dyla celup kaki dalam sungai. "Sejuk gila!"
"Kalau tak sejuk..." suara Fariz kedengaran.
"Bukan sungai namanya!!!" Haikal menyambung.
Tawa pecah lagi.
Terus Dyla menepis air dari tepi sungai ke arah mereka.
"Apa ni? Apa ni? Kau nak main water fight? Fine! Let the war begin!" Jeritan Ikram membuatkan semula pelajar turut serta. Perempuan versus lelaki.
Tiada tempat lain untuk Alfan mendaratkan pandangannya. Hanya pada Dyla. Entah apa jadi dengan syarikat, dia tidak tahu. 'Abang ada, tak pe...' fikirnya.
Melihatkan tawa Dyla, Alfan jadi sakit hati. 'Perempuan tu tak boleh gembira!' Entah kenapa dia begitu membenci senyuman gadis itu. 'Macam mana dia boleh ketawa, dia boleh senyum kalau sebelum ni dia pernah permainkan hati orang? Macam mana perempuan ni boleh hidup dengan permainkan hati orang?'
Alfan tidak boleh cerna. Kerana pada dia, menyakiti hati seseorang itu adalah silap paling besar sekali.
Sewaktu ayah meninggalkan dia dan abangnya, hidupnya terumbang-ambing. Kehilangan ibu sewaktu kecil sudah cukup menyeksakan. Ditambah pula dengan ayah yang pergi kepada wanita lain. Membiarkan anak diuruskan bapa saudara.
Sebelum pemergian ayah buat selamanya, harta sudah diberikan. Amanah dijelaskan. Hanya Alif yang berada di sisi ayahnya ketika saat genting. Sedangkan dia di Ireland, menempuh peperiksaan.
Berapa kali harus dia ditinggalkan? Orang yang meninggalkan orang lain ni, macam Dyla ke? Sentiasa ceria dan bahagia?
"Abang Alfan! Jomlah join kita orang!" Ikram tolak rambut basah ke belakang.
Dyla tidak mahu menoleh memandang biarpun lelaki itu sudah mencecahkan kaki masuk ke dalam anak sungai. 'Pedulikan dia!'
"Walaupun Dyla tunang abang, I guess abang kena buat fair game, kan?" Alfan masuk ke sebelah lelaki.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RomanceBacaan Awal Sahaja Tajuk: Dendam Cinta Penulis: Nurul Ain Syuhada Penerbit: Penulisan2u Harga: RM30.00 (Semnanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak) http://www.p2u.my/beli-online.html?page=shop.product_details&flypage=flypage.pbv.v2.tpl&product_id=117&c...